Get To Know Me
Jom Get To Know Me Better
Antara tajuk yang sekian lama dah duduk dekat draft akhirnya aku publish juga artikel Get To Know Me. Artikel kali ni lebih santai sempena hujung minggu. Dengan konsep ‘tak kenal maka tak cinta’ jadi aku terangkan lebih lagi tentang diri aku dalam entri kali ni.
Weh serius rindu nak baca blog yang tulis hal personal. Bukanlah hal membawang cuma artikel yang tak berunsurkan paid review. Dulu aku ketagih follow blogger sebab seronok baca kehidupan masing-masing. Lama-lama benda tu berubah kan.
Faham je, ada yang nak maintain kan prestasi sebab blog jadi tempat cari makan, ada yang menjaga niche, ada yang tak selesa eh macam-macam lah. Apa pun alasan masing-masing kita hormati. Tak suka kita jauhkan, yang suka kita teruskan. Begitu.
Untuk kawan-kawan blogger dan kawan-kawan di alam maya yang mengenali aku secara sengaja mahupun tidak, terima kasih sudi berkawan dengan aku. Aku sejenis biasa-biasa sahaja. First impression orang jumpa aku dekat luar akan kata aku ni sombong sebab muka jenis muka garang. Tapi aku okeh je sebenarnya. Muka aku garang tu mungkin masa tu aku tengah berfikir.
Sebelum baca jawapan kepada soalan-soalan dibawah, boleh baca lebih tentang aku dekat ~ SINI
1 My Nickname
Semasa di sekolah rendah, kawan-kawan panggil nama penuh. Bila masuk sekolah Menengah orang dah mula panggil aku Odie. Idea kawan-kawan panggil Odie dan lama-lama serasi. Sesuai dengan perwatakan aku, melekat la nama tu aku bawa sampai ke Universiti. Masuk ke alam pekerjaan aku sedikit segan sebab nama nampak kurang professional dan selalu masuk mesyuarat aku perkenalkan diri sebagai Diah.
Betul la orang cakap, panggilan nama ni sedikit sebanyak mempengaruhi perwatakan kita. Bila orang panggil aku odie, perwatakan aku jadi boyish. Agak kasar, dan memang aku jenis gila-gila masuk air. Kalau pilih kawan pun sikit sangat kawan perempuan aku. Boleh bilang dengan jari.
2 Where I’M From
Aku anak jati Pahang. Dilahirkan oleh ibu bapa yang juga anak Pahang, dibesarkan dan mendapat pendidikan pun di Pahang. Kampung aku terletak dalam Felda Gugusan Bera, which is Dato’ Ismail Sabri punya kawasan pentadbiran. Aku anak kelahiran Felda. Bangga betul jadi hasil produk Felda. Tanaman dekat Felda yang arwah abah usahakan adalah ladang kelapa sawit. Jadi aku sempat la merasa kutip buah relai, masuk ladang dan memancing dekat paya.
Habis tamat pengajian diploma di UiTM Jengka Pahang aku sambung pelajaran di UiTM Shah Alam. lepas graduate memang aku menetap di Kuala Lumpur dan cari rezeki, berkahwin dengan suami yang juga merantau cari rezeki di Kuala Lumpur dan sehingga ke hari ini masih belum ada perancangan untuk bersara di negeri mana. Itu pun kalau panjang umur.
3 Languages I Speak
Walaupun aku sempat belajar Bahasa Arab tapi aku hanya sempat berkomunikasi dalam Bahasa Arab masa minggu bahasa masa di Universiti. Itu pun berlakon drama jadi pembaca berita untuk markah Bahasa Arab. Kemahin kalau ulang balik pengalaman tu memang gelak sampai keluar air mata.
Bahasa pertuturan utama semestinya Bahasa Malaysia. Walaupun duduk di kawasan agak jauh dari bandar, aku tak la cakap loghat Pahang yang pekat. Loghat Pahang pun banyak jenis, suka dengar orang-orang tua berborak. Tak pandai tapi faham apa mereka borakkan. Dekat Felda ramai orang Utara okeh. Pelik tapi benar. Jadi nak dengar orang cakap loghat Pahang pekat kena pergi Temerloh.
4 My Lucky Number
Aku tiada lucky number, kalau percaya kang syirik pula. Cuma aku ikut sunah Nabi sahajalah suka nombor ganjil. No kesukaan aku ialah 13 & 11 sebab aku lahir 13 haribulan 11. Lepas tu aku suka no berturutan. Contoh 22, 55, 44. Saja suka tiada sebab khusus.
5 Things I Do When I’M Bored
Biasa kalau aku bosan aku akan layan cerita Korea, tapi kalau aku bosan dan lapar semestinya aku akan masak lepas tu tonton cerita Korea. Kalau masih lagi bosan aku akan menulis, kalau bosan lagi aku akan baca buku. Biasanya jarang aku akan bosan, cuma aku selalu hilang mood.
Jadi tajuk tu kena tukar, things I Do When I’M No Mood. Lol.
Memang sejenis suka makan, ni aku makan Mee Celup Delima
6 What is My Dream
Aku dah siapkan aku punya 100 impian untuk aku capai sebelum aku meninggal dunia. Bila aku meninggal dunia aku pun tak tahu jadi aku plan sajalah. Lepas ni aku nak print dan laminate supaya aku sentiasa ter motivasi untuk capai impian aku. Dari sekecil-kecil impian seperti makan di restoran mewah sehinggalah ke impian besar seperti melancong ke seluruh dunia.
Antara wish list nak teroka Pulau-Pulau cantik di Terengganu!
Itu sahaja enam soalan Get To Know Me yang boleh aku kongsikan. Harap terhibur membaca tentang aku. kalau korang nak buat tajuk yang sama silakan dan tinggalkan comment dekat entri ni nanti aku blogwalking ya. Selamat mengarang dan berkenal-kenalan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/04/get-to-know-me.html