Gerombolan Chauvinist Hanya Tersenyum Lu Boleh Bikin Apa


Jangan biarkan si biadab berleluasa
ALASAN penggunaan Jalur Gemilang yang salah sempena perasmian Kejohanan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak, anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) baru-baru ini mengundang kemarahan ramai selepas tular di media sosial.

Ramai menyifatkan kesilapan itu mencabul kesucian bendera Malaysia dan satu kebiadaban yang tidak boleh dibiarkan.

Imej bendera bintang berbucu lima yang dipaparkan menerusi klip video berdurasi satu minit 42 saat ketika nyanyian lagu Negaraku itu ternyata membuatkan ramai tidak senang duduk sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

‘Penghinaan’ yang dipaparkan secara terbuka menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah agenda sebenar penganjur pada temasya sukan berkenaan? Adakah tidak sengaja atau disengajakan?

Kesilapan itu menyebabkan MABA memohon maaf dan akan bertanggungjawab sepenuhnya termasuk memecat kontraktor yang terlibat.

Meskipun pihak pengurusan MABA telah memohon maaf, namun masih ramai tidak berpuas hati termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu tindakan tegas diambil.

Beliau menyifatkan tindakan MABA menggunakan Jalur Gemilang yang salah adalah satu tindakan cukup memalukan kerana tidak melambangkan budaya Malaysia.

“Alasan ‘tersilap bendera’ seperti yang dikemukakan pihak terlibat tidak boleh diterima kerana budak kecil berumur 5 tahun pun mengetahui mana satu bendera Malaysia.

Kedaulatan
Insiden berkenaan turut dianggap sengaja mahu mempersendakan simbol kedaulatan negara.

Felo utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Teo Kok Seong berkata, tindakan biadab itu adalah satu pengkhianatan terbuka kepada negara tercinta.

“Tindakan biadab ini seolah-olah mempersendakan negara. Jalur Gemilang adalah satu lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Oleh itu, kita jangan ambil mudah terhadap perkara ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bendera bintang berbucu lima itu, pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, bendera itu adalah draf dalam fail dan tidak pernah diterima sebagai bendera rasmi Malaysia.

“Tidak timbul isu bendera itu pernah menjadi bendera rasmi Malaysia. Ia tidak diterima ketika itu. Apapun alasan diberikan tidak boleh diterima dan bersifat kurang ajar.

“Sebagai rakyat Malaysia tidak kira kaum dan bangsa, kita wajib tahu mengenai bendera negara sendiri. Tidak ada isu kesilapan kerana bendera adalah simbol penghormatan dan martabat sesebuah negara,” katanya.

Bukan setakat itu sahaja, isu bendera semakin panas apabila sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas seorang netizen mendedahkan bendera negeri Perak pula terbalik pada jersi pemain bola keranjang.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, penjelasan pihak pengurusan pasukan berkenaan mendapati kesilapan cetakan hanya berlaku pada sehelai jersi pemain.

Beliau turut mengingatkan semua pasukan, persatuan dan kelab sukan negeri agar lebih cakna dan teliti terhadap lambang terutama bendera rasmi negeri bagi mengelak masalah berkenaan berulang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan, Asrullah Affendi Abdullah menegaskan, ‘kesilapan’ melibatkan bendera itu bukan kali pertama berlaku.

“Seharusnya Kementerian Belia dan Sukan bersama pihak berkuasa perlu mengambil tindakan amat tegas sebagai amaran kepada mana-mana badan sukan.

“Kami mencadangkan mana-mana badan sukan yang mahu menjalankan sesebuah acara perasmian perlu mendapatkan kelulusan bahan paparannya daripada kementerian berkaitan terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan membuat pindaan undang-undang sedia ada berkait bendera Jalur Gemilang supaya kehormatan negara dijaga dan dilindungi.

Mungkin ramai bersetuju dengan semua pandangan itu supaya kerajaan dan rakyat Malaysia tidak lagi memandang enteng terhadap sebarang kes yang melibatkan simbol kebangsaan. Sudah tiba masanya elemen kebangsaan diperkasakan tanpa kompromi.

Jika dibiarkan dan tiada tindakan, dikhuatiri insiden sama akan terus berulang dan menjadi modal provokasi segelintir pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan masyarakat majmuk. - www.sinarharian.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/11/gerombolan-chauvinist-hanya-tersenyumlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Silap Cara Gosok Gigi Pun Boleh Sebabkan Gigi Anak Rosak Bukan Hanya Makan Makanan Manis

Kalau Silap Cara Gosok Gigi Pun Boleh Sebabkan Gigi Anak Rosak Bukan Hanya Makan Makanan Manis

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1235 hits
Masalah gigi rongak gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak kanak Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang Masalah kerosakan gigi pada kanak kanak ini berlaku diseb...
Bikin Sayap Helang Yang Boleh Gerak

Bikin Sayap Helang Yang Boleh Gerak

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 466 hits
Memang sayap ini tidak akan boleh membantunya terbang Tapi bentuk dan gerakannya sangatmenarik Sayap helang itu boleh digerakkan seperti gerakan asalnya Menurut keterangan dalam video di Youtube sayap itu dipersiapkan untuk kostum halloween...
Loyalis Zulkifli Hasan Ketum Pan Cuma Boleh Satu Periode Hanya Mitos

Loyalis Zulkifli Hasan Ketum Pan Cuma Boleh Satu Periode Hanya Mitos

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 281 hits
Ketua DPP PAN Yandri Susanto menyebut hanya mitos ketua umum PAN cuma boleh satu periode Dia mengatakan tidak ada di aturan internal partai melarang ketua umum PAN dua periode
Trend Challenge Didakwa Hanya Perempuan Boleh Buat Kalau Lelaki Try Tak Jadi Saintis Beri Penjelasan

Trend Challenge Didakwa Hanya Perempuan Boleh Buat Kalau Lelaki Try Tak Jadi Saintis Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 283 hits
Warga maya tak pernah ketandusan idea untuk menarik perhatian orang ramai dengan cabaran cabaran tertentu Ada cabaran yang sekadar hiburan dan ada pula yang mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan Terbaru tular di media sosial luar ne...
Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

Ikut Suka Je Nak Gomol Baby Orang Banyak Virus Yang Boleh Datang Dari Kita Jangkit Pada Dia

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 434 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan menicum bayi b...
Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

Abah Nak Cuba Boleh Abah Tak Pernah Pakai Permintaan Ayah Di Hari Konvo Buat Hati Anak Sebak

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 647 hits
Masih lagi dengan musim graduasi pasti ramai yang berasa teruja untuk bergaya dengan jubah graduasi masing masing Ibu bapa juga pasti berasa gembira teruja dan bangga dengan kejayaan yang dirangkul anak anak mereka Kehadiran ibu bapa ahli k...
Abah Nak Cuba Jubah Konvo Boleh Abah Tak Pernah Pakai

Abah Nak Cuba Jubah Konvo Boleh Abah Tak Pernah Pakai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 516 hits
Umum sedia maklum bahawa sejak penghujung September lepas merupakan musim institusi pengajian tinggi mengadakan hari konvokesyen bagi meraikan para graduannya yang telah berjaya menamatkan pengajian Pelbagai kisah suka duka dicoretkan sepan...
Ini 4 Tips Bagaimana Dari Customer Service Boleh Jadi Ceo Syarikat Yang Berjaya

Ini 4 Tips Bagaimana Dari Customer Service Boleh Jadi Ceo Syarikat Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 236 hits
Biasanya ramai yang anggap pekerjaan customer service ini untuk orang lepasan SPM lah atau selalu dikaitkan dengan pekerjaan kelas bawahan Mereka semua tidak tahu bahawa pekerjaan itu banyak melahirkan pengarah pengarh syarikat usahawan usa...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims