Geramnya Tengok Kek Sarang Semut Yang Cantik Ni



Ada siapa di sini peminat kek sarang semut? Atau ada juga yang panggil kek gula hangus? Bila tengok kejadian kek sarang yang sempurna dengan lubang-lubangnya, memang geram kan.
Tambah pula, kek cukup rasa. Tak manis sangat dan sedang-sedang saja. Memang nikmat bila dapat makan untuk minum petang.
Tapi kan, dengar kata bukan senang nak buat kek sarang semut ni ye. Apa kata kita tengok resipi daripada Syafawatie Yatiey ini, yang hanya menggunakan kaedah kukus saja.
Nampak senang kan? Jom kita tengok bahan-bahan untuk membuatnya.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula – beli di sini
1 cawan air panas
2 sudu marjerin atau mentega – beli di sini
4 biji telur (gred A atau B)
1 cawan susu pekat (kalau tak nak manis, boleh letak ¾ cawan saja) – beli di sini
Esen vanilla – beli di sini 
1 cawan tepung gandum – beli di sini 
2 sudu kecil soda bikarbonat – beli di sini 
CARA-CARA:
1. Masak gula sehingga menjadi perang atau nampak seperti rupa hangus. Apabila gula sudah perang, masukkan air panas. Hati-hati ketika tuang air panas kerana boleh terjadi letupan kecil. Tuang sikit demi sedikit.


2. Kemudian, masukkan marjerin atau mentega. Biarkan larut semua. Ketepikan.

3. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur, susu pekat, esen vanila. Kacau sehingga sebati. Boleh juga gunakan cara whisk.

4. Selepas itu, masukkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau lagi hingga sebati.

5. Apabila sudah sebati adunan kek tadi, masukkan air gula perang tadi. Kacau-kacau bagi sekata.

6. Tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang (loyang yang digunakan ini ialah saiz 5).

7. Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus dengan menggunakan api besar.

Sedikit tips untuk memasak kek sarang semut:
*Sapu minyak di bahagian bawah loyang sebelum masukkan adunan supaya senang untuk diterbalikkan.
*Untuk elakkan gula melekat ketika dipanaskan, masukkan 2 sudu air dan kacau sehingga gula betul-betul cair. Baru biarkan sampai jadi perang atau hangus. Guna api sederhana (tidak kecil dan tidak terlalu besar).
*Boleh gunakan gula perang untuk cepatkan proses membuat gula hangus.
*Masukkan bahan-bahan lain ketika air gula sedang mendidih.
* Jika guna kaedah bakar, panaskan oven 20 minit suhu 180°. Bakar guna api bawah 30 minit pertama atau kalau kek dah berbuih tinggi. Lepas itu, baru guna api atas bawah, fan on.
Kredit resipi & foto: Syafawatie Yatiey
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak laman web Rasa:
https://ift.tt/2Tr8F3X
https://ift.tt/3gq1emz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/06/geramnya-tengok-kek-sarang-semut-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Pokok Sarang Semut Lubang Seribu

Khasiat Pokok Sarang Semut Lubang Seribu

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 1388 hits
Pokok herba sarang semut atau juga dikenali lubang seribu adalah pokok tumpang Pokok ini dikatakan berasal dari Papua Dinamakan herba sarang semut disebabkan terdapat semut yang menjadikan ia sebagai rumah atau sarang Semut tinggal di dalam...
Haikal Bela Semut

Haikal Bela Semut

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 403 hits
Haikal duk ngendap atas katil dengan penuh khusyuk Ambe pun tanyelah Ambe Haikal wat gape tu Haikal Haikal tengoh main2 dengan semut hok Haikal bela masa tadika dulu Hasbu name die Ambe Bela semut dari tahun lepah Haikal Ye aboh Haikal kena...
Minuman Sarang Burung Untuk Awet Muda

Minuman Sarang Burung Untuk Awet Muda

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 283 hits
Sebelum ni pernah viral pasal kelebihan minuman sarang burung untuk dapatkan kulit cantik flawless K fiezz antara yang terpengaruh juga amalkan minuman sarang burung dari salah satu brand yang ada di pasaran Brand apa tu Korang boleh rujuk ...
Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap Masak Guna Dapur Gas Je

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 367 hits
Sedapnya Kek Pandan Kampung perkongsian saudari Azrina Rina ni Sesuai sangat dicuba oleh anda yang suka makan kek yang mudah dan ringkas cara pembuatannya Tak ada ketuhar di rumah Ha sesuai sangatlah cuba resipi ini kerana ia tidak memerluk...
I Said Yes Azhar Sulaiman Kongsi Fofo Bakal Menantu Cantik

I Said Yes Azhar Sulaiman Kongsi Fofo Bakal Menantu Cantik

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 296 hits
Pelakon dan pengacara Azhar Sulaiman nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Beliau memiliki tiga orang anak yang kini sudah dewasa Terbaru dilaman instagram Azhar Sulaiman atau disapa dengan pangg lan mami beliau telah berkongsi sat...
Kekal Cantik Usia 52 Sheril Aida Bahagia Di Samping 4 Anak Amp 2 Cucu

Kekal Cantik Usia 52 Sheril Aida Bahagia Di Samping 4 Anak Amp 2 Cucu

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 449 hits
Wajah cantik manisnya masih seperti dulu sewaktu menjadi finalis Pencarian Dewi Remaja 1985 86 edisi pertama yang dijuarai oleh Tengku Anis Tengku Ismail Wanita tinggi lampai ini dikenali peminat sebagai penyanyi wanita yang memiliki tersen...
Definisi Cantik Natural Menurut 5 Hipwee Boys Kamu Sepakat Nggak Nih Sama Mereka Girls

Definisi Cantik Natural Menurut 5 Hipwee Boys Kamu Sepakat Nggak Nih Sama Mereka Girls

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 234 hits
Cantik natural itu beragam definisinya bebas kok berpendapat asal bertanggungjawab Kalau menurut kamu sendiri gimana
Keturunan Sepanyol Filipina Aktres Cantik Kristine Hermosa Kekal Anggun Amp Hamil Anak Ke 5

Keturunan Sepanyol Filipina Aktres Cantik Kristine Hermosa Kekal Anggun Amp Hamil Anak Ke 5

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 361 hits
KRISTINE HERMOSA Walau sudah lebih 20 tahun berlalu namun aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina Pangako Sa yo masih terpahat kemas di hati peminat hingga ke hari ini Pernah mencipta fenomena di Malaysia menerus...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini