Gerakan Cabar Keputusan Tulisan Jawi Sebelum Krismas




PAS JANGAN BISU




KUALA LUMPUR – Gerakan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang sebelum ini  menolak permohonan melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini minggu depan.Presidennya Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, rayuan itu akan dikemukakan oleh barisan penasihat undang-undang parti itu di mahkamah tinggi negeri sama ada pada Isnin atau Selasa depan.Katanya, pihaknya akan mengemukakan beberapa perkara penting untuk mengukuhkan permohonan rayuan mereka bagi mencabar keputusan awal yang dibuat mahkamah itu yang membenarkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan melaksanakan pengajaran Jawi di sekolah vernakular tersebut.“Dalam Perlembagaan sudah termaktub bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, tulisan rumi merupakan bahasa Melayu dan kami mahu mencabar bahawa mahkamah tidak boleh bercampur tangan dalam dasar pendidikan kerajaan yang sudah diiktiraf dengan melibatkan pandangan dan kepentingan pelbagai lapisan rakyat keseluruhannya.“Malah sebelum ini kerajaan kata hanya persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini sebagai entiti berhak dibenarkan mengikut budi bicara untuk menentukan sama ada melaksanakan pengajaran tulisan Jawi di sekolah masing-masing atau sebaliknya.“Jadi, dalam hal ini kami hendak mencabar kerajaan bahawa bukan PIBG tetapi hanya Lembaga Pengarah pengurusan sekolah sahaja ada hak dan kuasa autoriti undang-undang untuk menentukan mahu atau tidak melaksanakan pengajaran Jawi,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.Katanya, berdasarkan tempoh 30 hari yang ada untuk mengemukakan rayuan dalam kes ini, dua peguam mewakili Gerakan akan ke mahkamah Tinggi sebelum sambutan hari Krismas.“Ya, maksudnya peguam kami akan pergi failkan rayuan sebelum Krismas iaitu sama ada Isnin atau Selasa minggu depan,” ujarnya.Tambah beliau, memandangkan Lembaga Pengarah pengurusan sekolah adalah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), maka entiti itu yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah mereka.Manakala katanya, input ketiga yang akan disertakan dalam rayuan untuk pertimbangan mahkamah dan semakan semula kehakiman ialah subjek tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan diajar di bawah Subjek Agama Islam bukan mata pelajaran Bahasa Melayu.Menurutnya, tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan diajar dibawah subjek agama Islam dan bukan bahasa Melayu.“Maka kami ingin menjelaskan bahawa sejak tulisan Jawi dibawah subjek agama di SK, maka ia tidak boleh dibenarkan dilaksanakan dalam BM di sekolah Cina dan Tamil selepas ini.“Mudah kata, Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa, tidak seorang pun boleh dipaksa mempelajari atau menerima ajaran mana mana agama lain daripada agama sendiri seperti yang ditetapkan dalam dasar pendidikan serta Bab 7 Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.Pada 28 November lalu, Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang telah mengenepikan permohonan Gerakan untuk melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan membenarkan kementerian pendidikan dan kerajaan mengajar tulisan Jawi di sekolah kedua dua bahasa ibunda itu.-



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/gerakan-cabar-keputusan-tulisan-jawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Untuk Dong Zong Dap Gerakan Dan Mca Kalau Boleh Belajar Bahasa Jepun Kenapa Tidak Tulisan Jawi

Soalan Untuk Dong Zong Dap Gerakan Dan Mca Kalau Boleh Belajar Bahasa Jepun Kenapa Tidak Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 594 hits
Kalau boleh belajar bahasa Jepun kenapa tidak tulisan Jawi soal guru Cina Susan Leong mempelajari tulisan jawi sejak kecil dengan adik beradiknya Perdebatan mengenai tulisan Jawi yang ingin diajar di sekolah Cina dan India masih lagi dibica...
Isu Tulisan Jawi Dong Zong Menyalak Lagi Apa Agenda Sebenar Dan Siapa Di Belakang Mereka

Isu Tulisan Jawi Dong Zong Menyalak Lagi Apa Agenda Sebenar Dan Siapa Di Belakang Mereka

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 685 hits
Sekali lagi pertubuhan ultra kiasu Cina Dong Zong menyalak mengenai perlaksanaan pengenalan Tulisan Jawi di sekolah vernakular tanpa menghiraukan sensitiviti bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti di negara ini Dulu bila dah kena hentam deng...
Kalau Ini Bukan Hipokrit Korang Nak Panggil Apa Bantah Tulisan Jawi Tapi Guna Logo Halal Jawi Untuk Buat Duit

Kalau Ini Bukan Hipokrit Korang Nak Panggil Apa Bantah Tulisan Jawi Tapi Guna Logo Halal Jawi Untuk Buat Duit

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 1221 hits
Foto FacebookBersungguh sungguh mereka membantah tulisan Jawi Tapi untuk buat duit mereka sanggup pula guna tulisan jawi yang mereka anti sangat tu Inilah sikap hipokrit mereka Kenapa tidak guna sahaja perkataan tulisan Cina untuk tulisan H...
Tersebar Kain Rentang Sekolah Tidak Setuju Tulisan Jawi Percaya Ada Pihak Ketiga

Tersebar Kain Rentang Sekolah Tidak Setuju Tulisan Jawi Percaya Ada Pihak Ketiga

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 1088 hits
Rasanya semua orang dah tahu dan lihat gambar yang tersebar ni apabila terdapat beberapa buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Melaka telah menaikkan kain rentang yang menulis penolakan dan tidak setuju kepada tulisan Jawi Isu ini mendapat ...
Batalkan Sidang Anti Tulisan Jawi Anwar

Batalkan Sidang Anti Tulisan Jawi Anwar

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 553 hits
Persidangan anti Jawi anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia yang dijadualkan akan diadakan Sabtu ini wajar dibatalkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu susulan khuatir tindakan itu ...
Upsi Semarak Tulisan Jawi Tahun Depan

Upsi Semarak Tulisan Jawi Tahun Depan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 323 hits
Sebagai institusi melahirkan warga pendidik yang akan mengajar di seluruh negara UPSI merancang memulih kemerosotan minat generasi hari ini terhadap tulisan jawi KUALA LUMPUR Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengimarahkan tulisan jaw...
Ronaldo Pun Pakai Jersi Tulisan Jawi Kat Malaysia Orang Hina Benci Jawi

Ronaldo Pun Pakai Jersi Tulisan Jawi Kat Malaysia Orang Hina Benci Jawi

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 1367 hits
Beberapa bulan lalu terdapat beberapa pihak menolak dan membantah cadangan pengenalan pembelajaran tulisan jawi dan khat yang bermula tahun depan di sekolah jenis kebangsaan Perkara tersebut dibanding dengan tindakan Cristiano Ronaldo apabi...
Juventus Nampaknya Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi Guna Jawi Pada Jersi Terbaru

Juventus Nampaknya Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi Guna Jawi Pada Jersi Terbaru

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 830 hits
Wow terharu pula Ohmedia bila baca berita ni Kalau korang nak tahu pasukan Juventus telah menunjukkan jersi terbaru mereka dengan tulisan nama Jawi bagi kempen Piala Super Italia 2019 Adidas dan Juventus telah melakukan kerjasama dengan art...
Cr7 Punya Dah Sold Out Juventus Keluarkan Jersi Dengan Name Set Tulisan Jawi

Cr7 Punya Dah Sold Out Juventus Keluarkan Jersi Dengan Name Set Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 971 hits
Kelab bola sepak berpengkalan di Itali Juventus telah melancarkan jersi edisi Riyadh untuk Piala Supercoppa Itali musim ini Apa yang istimewanya jersi ini name set ditulis dengan ejaan bahasa arab dan seakan tulisan jawi di Malaysia Jersi i...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top 7 Dashcam Kereta Dengan Night Vision Bukti Ketika Kecemasan

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines