Gerak Malaysia Aplikasi Pengesan Kontak Covid 19 Berasaskan Lokasi Daripada Skmm Untuk Android Dan Ios


Kita telah sedia melihat penawaran aplikasi MySejahtera sebelum ini dalam memudahkan pengguna menerima info terkini serta melakukan saringan kesihatan di rumah. Selain daripada MySejahtera, satu lagi aplikasi yang sedang dalam proses pembangunan untuk memudahkan pengesanan kontak adalah MyTrace oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Kini, selain kedua-duanya, satu lagi aplikasi baru yang telah dilancarkan adalah GERAK Malaysia. Aplikasi ini ditawarkan untuk Android dan iPhone, serta diterbitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Melalui penerangan aplikasi, ia akan digunakan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani wabak Covid-19, selain turut membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak. Aplikasi GERAK Malaysia ini juga akan memaparkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan wabak Covid-19 ini.

Untuk pendaftaran, aplikasi ini menggunakan nombor telefon – dan meminta maklumas seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan juga emel. Tiada proses log masuk, sebaliknya ia menggunakan integrasi OTP dan juga nombor telefon. Daripada ujian kami sendiri, aplikasi ini meminta akses untuk lokasi, sekaligus akan digunakan dalam memantau perjalanan seseorang – sekaligus memudahkan proses pihak berkuasa mengetahui perjalanan seseorang sekiranya didapati positif Covid-19.
Aplikasi GERAK MALAYSIA versi Android turut memaparkan notifikasi integrasi Lotadata, yang mana salah satu platform kecerdasan buatan berkaitan pergerakan dan aktiviti orang ramai.
SKMM sendiri menyatakan yang mana aplikasi ini akan sentiasa mengumpul data lokasi anda, dan akan merekodkan kesemua lokasi dimana anda telah berada.
Sebaik sahaja selesai memberikan akses lokasi, aplikasi ini hanya memaparkan satu halaman sahaja, dan membolehkan anda menjana kod QR. Daripada penerangan pada aplikasi, ia mengatakan kod QR ini akan digunakan sebagai kebenaran untuk pengguna keluar dari rumah semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia juga berkemungkinan digunakan oleh pegawai kesihatan dan pihak berkuasa dalam mengakses data berkaitan pergerakan anda.
SKMM mengatakan yang mana data daripada aplikasi ini akan digunakan untuk menghasilkan laporan dan statistik, selain turut menyokong pengesanan kontak serta mengurangkan penyebaran wabak Covid-19. Ia juga akan digunakan untuk mengesan pergerakan pengguna yang disahkan positif Covid-19, atau individu yang mempunyai kontak rapat – sekaligus memaklumkan kepada mereka untuk menjalani pengasingan di rumah, atau mendapatkan rawatan kesihatan segera.
Aplikasi ini juga dikatakan akan digunakan untuk memastikan pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua data peribadi yang diberikan akan digunakan untuk tempoh 6 bulan selepas tamat PKP kelak.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Gerak Malaysia ini hari ini. Memandangkan ia diterajui oleh pihak SKMM, tidak mustahil kita melihat ia turut dipromosikan bersama hasil kerjasama syarikat telekomunikasi lain. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pihak SKMM akan mengintegrasikan data bersama aplikasi yang bakal diperkenalkan oleh pihak MOSTI kelak – atau masing-masing akan beroperasi secara kendiri.
Muat-Turun GERAK Malaysia untuk Android
Muat-Turun GERAK Malaysia untuk iPhone


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/04/gerak-malaysia-aplikasi-pengesan-kontak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Beta Pengesanan Kontak Covid 19 Tempatan Akan Dihantar Ke Apple Dan Android Untuk Pengesahan Tidak Lama Lagi

Aplikasi Beta Pengesanan Kontak Covid 19 Tempatan Akan Dihantar Ke Apple Dan Android Untuk Pengesahan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 352 hits
Aplikasi contact tracing ataupun pengesanan kontak ialah sebuah aplikasi yang boleh mengesan pergerakan individu untuk satu jangka masa tertentu untuk memastikan lokasi lokasi yang pernah dijejaki mereka dengan tepat dan juga individu indiv...
Covid19 Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Mulai 25 April 2020 Gerakmalaysia

Covid19 Permohonan Pulang Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Mulai 25 April 2020 Gerakmalaysia

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 555 hits
ORANG RAMAI YANG BALIK KAMPUNG DAN KINI INGIN KEMBALI BOLEH MOHON MELALUI APLIKASI GERAK MALAYSIA MULAI 25 APRIL 2020 Orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dan kini ingin kembal...
Apple Akan Papar Lokasi Pengujian Covid 19 Pada Aplikasi Peta Mereka

Apple Akan Papar Lokasi Pengujian Covid 19 Pada Aplikasi Peta Mereka

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 200 hits
Dalam usaha Apple untuk membantu melawan pandemik COVID 19 Apple telah melancarkan sebuah portal dimana hospital pusat penjagaan kesihatan dan perniagaan boleh mendaftar sebagai lokasi ujian COVID 19 Apple akan mengkaji semula permohonan da...
Permohonan Pergerakan Antara Negeri Guna Aplikasi Gerak Malaysia

Permohonan Pergerakan Antara Negeri Guna Aplikasi Gerak Malaysia

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 903 hits
PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA Jika anda ingin melakukan pergerakan antara negeri terutamanya dari kampung halaman ke bandar anda boleh mula buat permohonan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia pada 25 April...
Dunia Iktiraf Peranan Petugas Barisan Hadapan Malaysia Perangi Covid 19

Dunia Iktiraf Peranan Petugas Barisan Hadapan Malaysia Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berusaha mengekang penularan wabak koronavirus sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia Pada satu sidan...
Google Mula Menggantikan Aplikasi Android Pada Chrome Os Dengan Aplikasi Web

Google Mula Menggantikan Aplikasi Android Pada Chrome Os Dengan Aplikasi Web

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 271 hits
Chrome OS semakin hari semakin berkembang maju Ia sebenarnya adalah pesaing kepada iPad OS iaitu alternatif kepada sistem operasi untuk komputer Namun Google jauh ketinggalan Tetapi ini tidak bermakna Google terus mengalah Chrome OS turut m...
Gmail Menghalang 18 Juta Emel Penipuan Berasaskan Covid 19 Setiap Hari

Gmail Menghalang 18 Juta Emel Penipuan Berasaskan Covid 19 Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 254 hits
Apakah emel pertama yang anda terima Masihkah anda ingat Emel pertama kami adalah dari seorang teman jarak jauh yang dikenali menerusi MIRC Pada waktu tersebut emel adalah sesuatu yang unik kerana tidak ramai orang mempunyai akses kepada In...
Terkini Kkm Sahkan Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

Terkini Kkm Sahkan Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 363 hits
Putrajaya 19 April Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat satu kluster baru COVID 19 melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara Sebuah kluster baru telah dikesan di pintu masuk antarabangsa di mana kes positif dikesan melib...
Covid 19 Frontliners Malaysia Diiktiraf Dunia

Covid 19 Frontliners Malaysia Diiktiraf Dunia

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 577 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berusaha mengekang penularan wabak koronavirus sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia Pada satu sidan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut