Gerak Kerja Pasukan Petugas Ekonomi Digital Berpandu Empat Teras 15 Program


Gerak kerja Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) yang dibentuk baru-baru ini akan berpandukan kepada empat teras iaitu, memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan, merangsang ekonomi dan pemboleh daya.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan bersama hari ini menyatakan, DETF yang bermesyuarat buat kali pertama pada Jumaat telah dipengerusikan secara bersama oleh menteri kedua-dua kementerian, Datuk Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin.
“Mesyuarat DETF ini, telah membincangkan 15 program berimpak tinggi di bawah empat teras tersebut, dalam mempercepat pendigitalan ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara digital dan berteknologi tinggi,” menurut kenyataan itu.
KKMM dan MOSTI menyatakan, program di bawah teras memperkasakan rakyat ialah pembangunan bakat ekonomi digital, ekonomi gig, e-pembelajaran (pendidikan digital) dan penerimagunaan pembayaran tanpa tunai.
Menurut kenyataan itu, di bawah teras melonjakkan perniagaan pula, enam program yang dibincangkan ialah penerimagunaan e-dagang, pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), platform teknologi, inovasi syarikat pemula, industri kreatif digital dan e-Perolehan kerajaan dalam kalangan PKS.
Menurut KKMM dan MOSTI, teras merangsang ekonomi pula mempunyai dua program iaitu menarik pelaburan dan pendigitalan sektor awam, manakala program di bawah teras pemboleh daya pula ialah infrastruktur digital, keselamatan siber dan perkongsian data.
Kenyataan itu menyebut, mesyuarat turut bersetuju bahawa platform DETF adalah landasan terbaik bagi memastikan penyelarasan antara agensi yang lebih teratur, serta mampu mengelakkan pertindihan aktiviti berkaitan pembangunan ekonomi digital negara.
“Mesyuarat juga menegaskan keutamaan penglibatan industri tempatan, termasuk syarikat awalan dalam pembekalan produk dan perkhidmatan digital kepada sektor awam dan swasta, bagi memperkasakan pembangunan industri digital negara.
“Aspek kepercayaan dan keselamatan siber juga diberi penekanan, untuk menggalakkan penggunaan platform digital dalam transaksi perniagaan dan perkongsian data,” katanya.
Tambah kenyataan itu lagi, kesemua inisiatif yang dilaksanakan di bawah DETF juga akan memantapkan aspirasi negara ke arah melaksanakan negara berteknologi tinggi (high tech nation) di bawah Revolusi Industri 4.0.
“Penubuhan DETF yang dianggotai 32 ahli terdiri daripada pegawai kanan kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, wakil industri serta wakil PKS, tepat pada masanya dan memainkan peranan penting dalam menyelaras pelaksanaan pelbagai inisiatif ekonomi digital bagi memacu pemulihan ekonomi negara berikutan pandemik COVID-19.
“Ia berpandukan teras utama di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lepas,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua kementerian itu menyatakan, DETF akan mengadakan mesyuarat secara berkala dan hasil mesyuarat dilaporkan kepada Kabinet, untuk memastikan kejayaan pelaksanaan setiap projek berimpak tinggi dapat dicapai, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
“Pemerkasaan Ekonomi Digital merupakan antara agenda utama negara. Sehubungan itu, KKMM dan MOSTI melalui DETF, akan bersama-sama menerajui usaha-usaha memulih dan merangsang sektor-sektor ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19 dan ia mampu dipercepatkan melalui pemacuan ekonomi digital, menurut kenyataan itu lagi. BERNAMA
The post Gerak Kerja Pasukan Petugas Ekonomi Digital berpandu empat teras, 15 program appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/27/gerak-kerja-pasukan-petugas-ekonomi-digital-berpandu-empat-teras-15-program/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Cipta Kerja Dinilai Sebagai Strategi Hadapi Persaingan Ekonomi Global

Ruu Cipta Kerja Dinilai Sebagai Strategi Hadapi Persaingan Ekonomi Global

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 300 hits
RUU Cipta Kerja dinilai dapat memberi kemudahan dalam berusaha Pelayanan dan perizinan yang lebih cepat karena RUU Cipta Kerja bisa menarik investasi
Jadi Inspirasi Di Lingkungan Kerja 2 Petugas Krl Diberi Asuransi Davestara Oleh Bri

Jadi Inspirasi Di Lingkungan Kerja 2 Petugas Krl Diberi Asuransi Davestara Oleh Bri

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 228 hits
Penghargaan yang diberikan berupa bantuan Asuransi Davestera BRI Life yang merupakan gabungan dari Asuransi Perlindungan Jiwa Proteksi dan Investasi dengan nilai uang pertanggungan maksimal Rp 500 juta
Bagaimana Menebus Kredit Dompet Digital Rm50 Program E Penjana

Bagaimana Menebus Kredit Dompet Digital Rm50 Program E Penjana

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 323 hits
Sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dalam usaha merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada wabak pandemik COVID 19 Difahamkan pelan ini membabitkan peruntukkan sebanyak RM35...
Geran Risda Rm20 000 Cara Permohonan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan

Geran Risda Rm20 000 Cara Permohonan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 549 hits
GERAN RISDA RM20 000 CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN APA ITU PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu menggalakkan Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber pend...
Referensi Program Kerja Yang Bisa Diterapkan Untuk Kkn Online Praktis Dan Lebih Seru

Referensi Program Kerja Yang Bisa Diterapkan Untuk Kkn Online Praktis Dan Lebih Seru

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 239 hits
Sistem KKN boleh aja baru tapi otak nggak boleh makin pusing Sekarang kamu nggak perlu bingung cari proker buat KKN online simak dulu nih
Media Prima Menyatukan Pelbagai Penerbitan Digital Dibawah Rev Media Group

Media Prima Menyatukan Pelbagai Penerbitan Digital Dibawah Rev Media Group

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 327 hits
Media Prima hari ini telah mengumumkan penyatuan Media Prima Digital dan Rev Asia dibawah satu organisasi dinamakan sebagai Rev Media Group Melaluinya pelbagai jenama penerbitan digital akan disatukan dan diuruskan dengan lebih efisien berb...
Evolusi Teknologi Realiti Berperanta Dan Aplikasinya Dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

Evolusi Teknologi Realiti Berperanta Dan Aplikasinya Dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 275 hits
Oleh Prof Madya Ts Dr Nik Zulkarnaen Khidzir Prof Madya Ts Dr Khairul Azhar Mat Daud Fatin Norsyafawati Mohd Sabri Fakulti Teknologi Kreatif Warisan Universiti Malaysia Kelantan Apa itu Augmented Reality Penggunaan teknologi Augmented Reali...
Peniaga Memberi Petanda Kredit Dompet Digital Epenjana Mungkin Dilancarkan Pada 31 Julai

Peniaga Memberi Petanda Kredit Dompet Digital Epenjana Mungkin Dilancarkan Pada 31 Julai

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 296 hits
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarkan kredit sebanyak RM50 untuk mengalakkan pengguna menggunakan pembayaran secara nirsentuh di kedai kedai fizikal Sebelum ini kita telah melihat penyedia dompet digital Boost berkongsi di...
Giliran Menteri Ekonomi Bolivia Positif Covid 19

Giliran Menteri Ekonomi Bolivia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 206 hits
La Paz Menteri Ekonomi Bolivia Oscar Ortiz berkata pada Ahad beliau diuji positif COVID 19 menjadikannya anggota kabinet keempat yang dijangkiti virus tersebut lapor agensi berita Xinhua Saya telah diuji positif COVID 19 saya berasa baik De...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu