Georgetown Santap Di Restoran Tertua Nasi Kandar Restoran Hameediyah




Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari di restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Restoran Hameediyah, Lebuh Campbell di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua kira-kira pukul 12.30 tengah hari disambut oleh orang ramai yang menunggu di sepanjang jalan berhampiran restoran berkenaan yang teruja melihat pasangan diraja itu buat kali pertama.


Seri Paduka berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee serta pegawai kanan pentadbiran negeri.

Pasangan diraja itu meluangkan masa kira-kira satu jam menikmati juadah di restoran berkenaan.











 Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Restoran Hameediyah Ahamed Seeni Pakir N.M. Abdul Sukkoor berkata pihaknya berasa bangga kerana ini adalah kali pertama ketua negara mencemar duli ke restoran yang kini berusia 112 tahun itu.


Beliau berkata selepas pihaknya dimaklumkan berhubung keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Restoran Hameediyah pada dua minggu lepas, pelbagai persiapan dijalankan termasuk memastikan restoran sentiasa dalam keadaan bersih.

“Seri Paduka berdua berkesempatan mencuba pelbagai jenis juadah termasuk ayam ros, nasi beriyani, murtabak, ayam belanda, daging rendang dan udang goreng. Baginda berdua mencuba semua jenis juadah dan menzahirkan rasa gembira dengan juadah yang dihidangkan.

“Raja Permaisuri Agong juga mencuba roti telur. Baginda sangat menyukainya dan mengatakan ‘the food was amazing’. Juadah yang paling disukai Raja Permaisuri Agong adalah nasi beriyani dan murtabak,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Ahamed Seeni Pakir yang merupakan generasi ketujuh mengusahakan perniagaan itu berkata Tunku Azizah menyatakan murtabak di restoran berkenaan rasanya luar biasa berbanding yang terdapat di tempat lain kerana menggunakan 35 jenis rempah ratus yang digiling.  — Bernama







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/georgetown-santap-di-restoran-tertua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Georgetown Tipu Disamun 2 Pekerja Nasi Kandar Direman Seminggu

Georgetown Tipu Disamun 2 Pekerja Nasi Kandar Direman Seminggu

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 451 hits
Dua pekerja sebuah restoran nasi kandar yang mereka cerita kononnya disamun bagi melarikan wang hasil jualan restoran terbabit semalam direman tujuh hari bermula hari ini Perintah reman sehingga 16 Disember itu dikeluarkan Penolong Pendafta...
Jalan Jalan Penang Bukit Bendera Mee Sotong Hameed Pata Hameediyah Nasi Kandar

Jalan Jalan Penang Bukit Bendera Mee Sotong Hameed Pata Hameediyah Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 715 hits
Jalan Jalan Penang Bukit Bendera Mee Sotong Hameed Pata Hameediyah Nasi Kandar Story mory day 3 Public Transport Trip di Penang diteruskan Nak baca story mory day two boleh baca kat Day 1 bertolak ke KL Day 2 bertolak dari KL ke Butterworth...
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan

Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 1030 hits
Restoran Baina Nasi Kerabu Paling Sedap Di Kuantan Hola Agak lama tak jalan jalan cari makan Sabtu baru ni kakak aku ajak pekena nasi kerabu dekat restoran kawan dia di Restoran Baina Nasi Kerabu Bukit Sekilau Kuantan Sebenarnya sebelum ni ...
Cara Mudah Memasak Nasi Liwet Di Rice Cooker

Cara Mudah Memasak Nasi Liwet Di Rice Cooker

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 663 hits
Cara memasak nasi liwet yang enak dan mudah di rice cooker Sajikan bersama lauk sayur labu siam dan ikan asin goreng
Resepi Nasi Arab Simple Tapi Sedap Sangat Guna Beras Biasa Pun Jadi

Resepi Nasi Arab Simple Tapi Sedap Sangat Guna Beras Biasa Pun Jadi

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 456 hits
Nak masak lauk apa lagilah hari ni ye Rasa boring pulak makan nasi biasa je Hmmm teringin nak cuba resepi nasi arab tapi susah tak Sebut saja nasi arab mesti kita dah terbayang aroma rempah ratusnya yang wangi dan menyelerakan Tak banyak re...
Rekomendasi Nasi Goreng Enak Di Surabaya

Rekomendasi Nasi Goreng Enak Di Surabaya

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 405 hits
Anda seorang penikmat nasi goreng Jika iya maka saat Anda berkunjung ke Surabaya jangan sampai Anda melewatkan untuk menikmati berbagai menu makanan berupa nasi goreng Surabaya yang enak dan lezat Setidaknya ini adalah salah satu kuliner wa...
Sosok Ibu Tangguh Rutin Tahajud Rela Makan Nasi Garam Demi Sekolahkan Tujuh Anaknya Hingga Sukses

Sosok Ibu Tangguh Rutin Tahajud Rela Makan Nasi Garam Demi Sekolahkan Tujuh Anaknya Hingga Sukses

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 329 hits
Bertahun tahun ditinggalkan seorang suami untuk selama lamanya membuat Sholeha sosok seorang ibu tangguh yang sukses menyekolahkan tujuh orang anaknya Wanita paruh baya kelahiran Pagar Alam 15 Maret 1948 ini adalah Istri dari Bapak Alm Must...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk