Georgetown Masjid Jalan York Had Operasi Elak Vandalisme Orang Pelik Bermalam


Notis penetapan waktu operasi Masjid Jalan York di sini bermula jam 9.30 pagi hingga jam 9.30 malam dibuat susulan masjid berkenaan sering menjadi mangsa vandalisme dan tempat beberapa 'orang pelik' bermalam.


Pengerusinya, Datuk Dr Basheer Ahamed Abdul Kareem berkata, masjid tersebut juga bukan masjid utama dan ianya hanya berstatus surau.

"Kita dapati ada banyak kes jenayah dan vandalisme berlaku ke atas masjid ini. Paip dan pintu pecah, kamera litar tertutup kena curi selain ada beberapa 'orang pelik' yang bermalam di masjid.



"Saya sudah buat laporan polis pada Januari lalu dan polis tahu perkara ini.

"Akibat perbuatan tidak bermoral itu, kami juga terpaksa menggunakan wang tabung masjid dan wang sendiri untuk menampung kos pembaikan berjumlah RM10,000," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu tular satu notis daripada masjid berkenaan yang mengehadkan waktu operasi masjid bermula jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam sahaja setiap hari berkuatkuasa pada 31 Disember ini.

Menerusi notis itu juga, umat Islam yang ingin menunaikan solat Subuh dan Isyak (selepas jam 9.30 malam) disarankan ke Masjid Jamek Shaik Eusoff di Datuk Keramat.

Berkenaan solat Subuh, Dr Basheer Ahamed berkata, di masjid itu hanya seorang atau dua jemaah yang menunaikan solat Subuh.

"Kita dapati hanya seorang dan dua orang saja yang datang solat subuh di sini. Itu pun kadang-kadang, bukan setiap hari.

"Oleh itu, untuk perpaduan ummah, kita galakan mereka bersolat Subuh di Masjid Jamek Shaik Eusoff atau Masjid Kebun Lama, iaitu 250 meter dari masjid ini," katanya.

Beliau berkata, notis dikeluarkan bukan untuk menghalang jemaah menunaikan solat Subuh di masjid berkenaan.

"Saya masih waras, tak akan saya nak halang orang bersolat. Sebenarnya, masjid ini berstatus surau. Imam dan kariah pun tak ada, apatah lagi solat Jumaat.

"Ini kerana tiada penduduk di sekitar masjid ini. Yang datang bersolat pun, orang luar yang singgah, penduduk tempatan tak ada.

"Saya dan AJK kariah pun (berkhidmat) sukarela sahaja bukan dilantik. Mungkin kerana saya kerap ke masjid ini sebab berdekatan dengan tempat kerja, jadi saya diangkat sebagai pengerusi masjid," katanya.

Menurutnya, AJK Kariah Masjid Jalan York juga bersedia bertemu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi berbincang berhubung isu notis had operasi masjid tersebut.

Dr Basheer Ahamed berkata, beliau ada menghantar surat kepada Pejabat Agama Daerah Timur Laut berhubung notis tersebut beberapa hari sebelum ia dikeluarkan.

"Saya bersedia untuk berjumpa untuk berbincang perkara ini. Saya dan AJK kariah tak ada masalah untuk berbincang. Malah saya telah dihubungi oleh pejabat agama, mungkin dalam minggu ini perbincangan itu akan diadakan.

"Kita akan berbincang dengan pihak bertanggungjawab termasuk polis untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/georgetown-masjid-jalan-york-operasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Georgetown Had Waktu Operasi Jheaipp Akan Panggil Pengerusi Masjid

Georgetown Had Waktu Operasi Jheaipp Akan Panggil Pengerusi Masjid

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 769 hits
GEORGETOWN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan memanggil Pengerusi Masjid Jalan York berhubung notis waktu operasi masjid tersebut yang dihadkan antara jam 9 30 pagi hingga 9 30 malam sahaja Pengarahnya Zulkifli Long berkata bel...
Masjid York Road Ditutup Waktu Subuh Mulai 31 Disember Mufti Penang Tampil Beri Penjelasan

Masjid York Road Ditutup Waktu Subuh Mulai 31 Disember Mufti Penang Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 559 hits
SEMASA Sejak petang tadi tersebarnya satu memo yang menyatakan Masjid York Road di Pulau Pinang telah menghadkan waktu operasi masjid dari 9 30 pagi sehingga 9 30 malam Memo itu kemudiannya disusuli dengan kenyataan viral dari pihak yang me...
Peniaga Patuh Had Operasi 12 Tengah Malam Dikecuali Bayaran Lesen Setahun

Peniaga Patuh Had Operasi 12 Tengah Malam Dikecuali Bayaran Lesen Setahun

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 259 hits
KOTA BHARU Pemilik kedai makan warung atau restoran di Kelantan yang mematuhi saranan kerajaan negeri untuk mengehadkan waktu operasi sehingga 12 tengah malam akan dikecualikan bayaran lesen perniagaan selama setahun Exco Kerajaan Tempatan ...
Jelang Natal Anggota Dpr Minta Operasi Militer Di Papua Dihentikan

Jelang Natal Anggota Dpr Minta Operasi Militer Di Papua Dihentikan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 194 hits
Anggota Komisi II DPR RI Willem Wandik menyinggung soal operasi militer yang menurut dia masih terjadi di wilayah Papua Salah satunya di Kabupaten Nduga
Pencemaran Bau Lra Sg Semenyih Belum Operasi

Pencemaran Bau Lra Sg Semenyih Belum Operasi

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 261 hits
Kerja pendosan activated carbon dilaksana kurang pencemaran bauKUALA LUMPUR Loji Rawatan Air Sungai Semenyih masih belum boleh beroperasi berikutan paras pencemaran bau di Sungai Semenyih berada pada paras tiga ton setakat 6 30 pagi tadi LR...
Selama 4 Tahun Total 87 Kali Kpk Gelar Operasi Tangkap Tangan

Selama 4 Tahun Total 87 Kali Kpk Gelar Operasi Tangkap Tangan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 235 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi membeberkan hasil kerjanya selama empat tahun ini Total sebanyak 87 kali Operasi Tangkap Tangan dilakukan dalan kurun waktu 2016 2019
Punya Standar Operasi Kapuspen Sebut Tni Tak Bisa Brutal Hadapi Kelompok Separatis

Punya Standar Operasi Kapuspen Sebut Tni Tak Bisa Brutal Hadapi Kelompok Separatis

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 193 hits
Jadi kita tidak ikut brutal kita profesional jadi semua tindakan terukur terukur melalui prosedur standar kemudian rule of engagement standar standar hak asasi manusia kita gunakan ungkapnya
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights