Genting Coffee Festival Bersama Nescafe Dan Barista Guild Asia Yang Pertama Kali Diadakan Di Resorts World Genting
A Bean To Cup Story
Seri Wangi pertama kali menjejak kali di Resorts World Genting untuk menghadiri event Genting Coffee Festival yang terbesar dan buat pertama kalinya diadakan selama 3 hari festival tersebut mulai dari 19 hingga 21 Okt 2018 di Resorts World Genting...sangat hebat bukan? Genting Coffee Festival ini telah dianjurkan oleh NESCAFE bersama Barista Guild Asia (BGA), The Times Square di SkyAvenue Mall.
Aktiviti Sepanjang Genting Coffee Festival
Sempena Genting Coffee Festival tersebut, Seri Wangi sangat teruja untuk bersama-sama meraikan aktiviti yang diadakan sepanjang festival tersebut dijalankan, lebih-lebih lagi apabila dapat melihat sendiri cara bagaimana minuman kopi dihasilkan. Seri Wangi bersama rakan-rakan blogger lain dibawa ke tempat pertama iaitu Cafe Richard di mana kami semua dapat melihat demotrasi cara menghasilkan minuman kopi yang terbaik oleh Mr. Luc JIGUET - Brand Ambassador yang berpengalaman, sememangnya bukan mudah cara menghasilkan kopi yang harum dari biji kopi yang terbaik dan juga beliau memberi tip cara mendapatkan teh O yang harum dan sihat.
Sebelum kami semua dibawa ke tempat seterusnya, kami dibawa pula ke High Line untuk menjamu selera, almaklumlah dah pun tengahari luch time...semuanya nampak happy belaka sebabnya hidangan yang dihidangkan semuanya sedp-sedap belaka, barulah ada tenaga nak discover ke SkyAvenue.
Acara Genting Coffee Festival di Times Square, SkyAvenue Mall
Jom ikut Seri Wangi menjengah aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Genting Coffee Festival yang diadakan di Concourse Times Square, SkyAvenue Mall. Bagi penggemar kopi pastinya teruja melihat pelbagai acara menarik yang diadakan di sepanjang acara Genting Coffee Festival pelbagai acara diadakan seperti Latte Art Throw down competitions, Barista Smackdown,Woksyop, demontrasi dan penerangan tentang kopi dari Mr. Daniel Liew - Academic Director - Barista Guild Asia bersama NESTLE dalam penganuran Genting Coffee Festival semasa event tersebut dijalankan. Paling Seri Wangi suka bila melihat orang ramai diberi peluang menyertai contest Latte Art.
Acara Genting Coffee Festival
Promosi Sempena Genting Coffee Festival Dalam Bulan Oktober 2018
1. Resorts World Genting Coffee Festival Room Pakej - Penginapan 1 malam di First World Hotel dari RM219, termasuk a Le Festim High Tea Set di Cafes Richard di SkyAvenue. Stay period dari 1-31 Oktober 2018 (Isnin - Khamis, tidak termasuk cuti umum)
2. Pendaftaran Genting Coffee Festival - Daftar masuk festival antara 19 - 21 Oktober 2018 dan menerima voucher kopi percuma di Cafes Richard atau Park Avenue Lounge di SkyAvenue.
3. Ganjaran 8 Genting Points sepanjang tempoh dari 1 hingga 31 Oktober 2018, boleh ditebus untuk 2 minuman percuma NESCAFE.
Tawaran Berkaitan Kopi dari 1 hingga 31 Oktober 2018
1. Cafes Richard - Beli 1 percuma 1 - Promosi pada kopi yang terpilih dari Isnin 0 Jumaat.
2. Cafes Richard - Sepotong Cheese Cake percuma dengan pembelian Slow-Drip Coffee dari Isnin - Jumaat, eksklusif untuk ahli Genting Reward.
3. Park Avenue Lounge - Beli 1 percuma 1 pada kopi yang terpilih dari Isnin - Jumaat.
4. Coffee Bean - RM10 untuk Nitro Cold Brew (31% sah untuk 21 Oktober 2018 sahaja)
5. Coffee Bean - RM10 untuk 12oz Hazenut Americano (23% diskaun)
6. DalKomm - 30% diskaun untuk pembelian minuman kedua
7. DC Comic Super Heroes Cafe - 30% diskaun untuk sebarang minuman kopi (kecuali espresso dan emericano)
8. Morganfield's - Chocolate Flawless Cake percuma untuk pembelian secawan coffee on the rock.
9. San Francisco Coffee - Beli 1 percuma 1 Ultimate Frappes (Mocha, Latte, Chocolate atau Vanilla)
10. Starbucks - Percuma Fresh Brewed Coffee dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit.
Untuk keterangan lanjut Genting Coffee Festivalbolelah layari di https://www.rwgenting.com/atau hubungi: +60361011118
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2018/10/genting-coffee-festival-bersama-nescafe.html