Genius Politik Yang Kita Lupakan


 

Di mana-mana tempat ada manusia, maka di situ juga lah ada politiknya. Politik negara, politik setempat, politik pejabat, politik di masjid, dalam bidang seni mahupun bidang sukan pasti ada permainannya kerana ia melibatkan operasi. Untuk berfungsi, penggeraknya mesti mempunyai jawatan. Jawatan bermaksud seseorang yang diberi kuasa penentu.
Untuk duduk di jawatan yang menjanjikan kuasa inilah akan ada dramanya. Di situlah manusia mengatur rancangan politik dalam usaha mencari pengaruh dan melebar kuasa. Berpolitik mesti bijak. Tetapi bijak bagaimana seseorang pemimpin bermain politik yang kita banggakan? Ikon politik seperti siapa yang wajar kita angkat?
Sewaktu beberapa teman heboh bercerita dan mengulas perlawanan bola sepak piala kegemaran mereka dengan aksi-aksi serta jaringan menarik, saya menyampuk bertanya siapa yang lorongkan bola kepada penjaring gol tersebut sehingga pasukan itu beroleh kemenangan? Ternyata beberapa daripada mereka gagal menjawab melainkan yang betul-betul ikutinya sebagai pemerhati tegar.
Memang dalam banyak hal kita selalu lupa siapa di belakang yang mendorong kejayaan lantaran terlalu memuja si pelaksana. Kita hanya nampak yang di depan sahaja. Siapa si pintar sebenarnya yang mencorak segala gerakan sehingga pasukan itu menang tidak kita fikirkan. Tanpa si “genius” ini, belum tentu sang pelaksana mampu menyudahkan misi. Kita terlepas pandang dengan si pintar itu yang sepatutnya kita angkat sebagai wira. Itulah sikap kita.
Untuk kita renungkan hal ini, ayuh kita kembali kepada sejarah kepahlawanan bangsa kita. Hang Tuah bagi orang kita merupakan seorang tokoh adiwira ulung. Kita kagum dan bangga dengan pakej yang dimiliki Tuah walaupun kita langsung tidak ada kepandaian sepertinya. Ketangkasan dan keberanian, kesetiaan dan kebijaksanaan yang ada pada Hang Tuah sehingga masyhur di seluruh nusantara cukup kita agung-agungkan.
Cekap bertikam, pandai memikat, fasih berbagai bahasa yang mana kita sendiri tidak berminat mencontohinya. Bagi orang kita, sejarah Melayu adalah Hang Tuah dan Hang Tuah adalah sejarah Melayu. Hang Tuah kita angkat juga sebagai ikon politik kerana keperibadiannya. Dalam parti politik sering kita dengar nama Hang Tuah disebut untuk mengaitkan dengan sifat kesetiaan.
Kemudian bila diajukan kepada kita Hang Jebat kita terpempan sekejap. Baiklah, Hang Jebat juga adiwira kita. Lambang keberanian berkata benar, sanggup bangkit menentang arus sebagai pembela walaupun berdepan risiko dilabel penderhaka. Dalam pertembungan Tuah dan Jebat, ramai kemudiannya memilih untuk menyokong Jebat dan menganggap kesetiaan Tuah kepada Sultan melulu. Bukan derhaka Jebat yang semberono tetapi kesetiaan Tuah itulah yang membabi buta.
Namun begitu, secara keseluruhan kes tersebut sedikit pun tidak melunturkan pemujaan kita kepada Tuah. Siapa yang mempertikaikan Hang Tuah sama ada wujud atau tidak pun kita tak boleh terima dan sanggup bertakik. Tetapi Hang Jebat juga dianggap adiwira ulung dalam politik. Hang Tuah dengan kesetiaan manakala Hang Jebat simbol ketegasan.
Ketika istana Melaka semakin kalut akibat konspirasi peringkat tertinggi, kita terlupa satu sosok hebat yang memainkan peranan penting dalam mengendurkan perang tiga segi Tuah, Jebat, dan Sultan. Sosok hebat inilah yang paling pening kepala untuk menghadapi Sultan, Tuah, dan Jebat. Ya, tak lain tak bukan Datuk Bendahara. Si “genius” inilah yang berusaha keras menangani krisis politik tersebut dengan penuh waras lagi matang.
Apa akan jadi jika Datuk Bendahara tak pintar? Tentu Datuk Bendahara pening apabila hasad dengki para pembesar semakin menebal terhadap Tuah sehingga berlakunya acum dan fitnah. Jika Datuk Bendahara berperangai seperti Hang Tuah, sudah tentu apabila Sultan memerintahkan beliau menghukum Hang Tuah, sekejap sahaja perintah tersebut siap dilaksanakan. Jika Datuk Bendahara berperangai seperti Hang Jebat, bayangkan apa tindakan beliau terhadap Jebat ketika Jebat mengamuk mencabut takhta Sultan sehingga memaksa Sultan bersembunyi di rumah Datuk Bendahara? Tentu lagi haru-biru dan kacau-bilau bila keras bertemu keras.
Maka itu, sesuai dengan kedudukan Datuk Bendahara sebagai perdana menteri, kesetiaan melulu bukan prinsipnya sebaliknya sebagai pembesar berwawasan beliau mesti memandang jauh. Segala buruk dan baik mesti dipertimbangkan, sebab dan akibat mesti dikenalpasti, menarik rambut jangan putus sementara tepung tidak boleh berselerak. Datuk Bendahara mesti kasyaf. Mesti nampak apa yang bakal berlaku akan datang.
Kepintaran luar biasa Datuk Bendahara tak terjangkau dek sesiapa hatta Sultan, Tuah, dan Jebat sekalipun. Inilah sifat tulen seorang perdana menteri. Bukan mendengar cakap-cakap menghasut, mengampu, dan membodek. Perdana menteri mesti pintar mengambil kira semua kedudukan supaya selamat, sambil itu kena juga mencongak kedudukan diri sendiri yang terancam agar terpelihara.
Politik hari ini begitulah sepatutnya. Demi kuasa, kita dapat lihat ada tokoh bijak sama ada dalam parti atau juga berjawatan menteri kerajaan “dipancung” karier hanya kerana pihak yang sedang duduk di atas berasa tergugat. Sering kita lihat mereka yang bijak ini tidak punya tempat dalam politik, idealisme, dan gagasannya tidak disambut lantaran kelemahan sendiri – hanya punya geliga tetapi tidak pandai bersilat politik. Idea serta wawasan mereka menakutkan beberapa pihak maka seperti Hang Nadim, si bijak ini mesti ditendang. Akibatnya kita semua rugi.
Saya tidak bercadang untuk menyebut nama-nama beberapa tokoh cerdik bestari lagi berkepimpinan tinggi yang hilang dari radar politik tetapi dek kerana sikap kita sendiri yang terikut rentak tarian politik maka dengan mudah kita melupakan mereka. Saya sarankan agar kita semua semak nama-nama si bijak ini tanpa ada sentimen kepartian yang totok. Mereka inilah perlu kita angkat. Jangan kita pinggirkan seperti kita menenggelamkan kehebatan Datuk Bendahara ketika menimang Tuah dan Jebat.
“Betullah! Hebat betul Tun Perak,” ujar kawan saya.
“Tun Perak? Biar betul. Bukan Tun Perak. Lain,” jawab seorang lagi.
“Kejap aku ‘Google’! Eh… tak ada pun disebut nama Tun Perak sebagai Bendahara dalam peristiwa tu?”
Kita tak tahu, tak pasti, dan tak pernah ambil berat. Dari dahulu, hari ini, dan mungkin sampai bila-bila kita malas untuk merenung dan berfikir dari segenap sudut. Bukan dalam hal Bendahara ini sahaja tetapi dalam banyak perkara dan aspek. Kita hanya nampak yang menonjol sahaja tetapi tidak nampak siapa yang benar-benar melaksanakan peranannya. Begitulah kita! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/genius-politik-yang-kita-lupakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Cukup Cukuplah Nak Jadi Pm Kali Ketiga Ahmad Zahid

Politik Cukup Cukuplah Nak Jadi Pm Kali Ketiga Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 145 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa individu yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun gagal mengulangi kejayaannya apabila dilantik menjawat jawatan berkenaan pada kali kedua sebelum ini Walau tidak menamakan sec...
Ismail Hadi Tidak Sepatutnya Mencaci Menuduh Umno Politik Tidak Selamanya Musuh

Ismail Hadi Tidak Sepatutnya Mencaci Menuduh Umno Politik Tidak Selamanya Musuh

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 161 hits
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa Umno sebagai parti yang keruh Ismail Sabri berkata dia tidak faham apa yang cuba disampaikan Abdul Hadi ketika menjelaskan mengapa PAS mem...
Politik Tiada Kerjasama Tidak Bermakna Pas Umno Bermusuh

Politik Tiada Kerjasama Tidak Bermakna Pas Umno Bermusuh

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 158 hits
Keputusan Pas untuk memilih Perikatan Nasional sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 tidak bermakna parti itu bermusuh dengan UMNO kata Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan SUBSCRIBE now Astro Awani https www
Jokowi Soliditas Polri Dan Tni Akan Mengurangi Tensi Politik

Jokowi Soliditas Polri Dan Tni Akan Mengurangi Tensi Politik

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 104 hits
Presiden Joko Widodo meminta soliditas TNI Polri diperkuat menjelang tahun politik Pemilu 2024 Menurutnya soliditas TNI Polri yang akan bisa mengurangi tensi politik ke depan
Parti Politik Mana Puan Akan Undi Di Pru15 Ini Netizen Dakwa Mereka Terima Panggilan Dari Jentera Bn

Parti Politik Mana Puan Akan Undi Di Pru15 Ini Netizen Dakwa Mereka Terima Panggilan Dari Jentera Bn

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 260 hits
Parti politik mana puan akan undi di PRU15 ini Netizen dakwa mereka terima panggilan dari jentera BN10 Oktober lalu Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke 15 UMNO member...
Bagaimana Rakyat Boleh Jadi King Maker Kepada Politik Malaysia

Bagaimana Rakyat Boleh Jadi King Maker Kepada Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 203 hits
Pernah dengar sejarah tentera Islam yang sedikit menumpaskan puak kafir dan musuh yang jauh lebih besar dan berganda kuat insyaAllah Jika rakyat mempunyai mentaliti dan sikap tolak korup tolak umno Jika orang Melayu tidak mahu lebih miskin ...
Gps Sedia Kerjasama Dengan Gabungan Jamin Kestabilan Politik Selepas Pru15

Gps Sedia Kerjasama Dengan Gabungan Jamin Kestabilan Politik Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 205 hits
GABUNGAN Parti Sarawak sedia nbsp bekerjasama dengan mana mana gabungan parti yang boleh menjamin kestabilan politik negara nbsp selepas selesai nbsp Pilihan Raya Umum ke 15 nbsp kata nbsp Setiausaha Agungnya Alexander Nanta Linggi Tanpa
Dato Latifah Bongkar Rahsia Orang Politik Penampilan Pertama Mantan P

Dato Latifah Bongkar Rahsia Orang Politik Penampilan Pertama Mantan P

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 136 hits
DATO LATIFAH BONGKAR RAHSIA ORANG POLITIK PENAMPILAN PERTAMA MANTAN PENGARAH SPRM PULAU PINANG
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities