Gengster Rebut Kawasan 15 Lelaki Samseng Ditahan



AMPANG JAYA, 14 Jamadilawal 1442H, Selasa – Polis menahan 15 lelaki disyaki ahli sebuah kumpulan samseng kerana terbabit dalam pergaduhan di sebuah restoran di Pandan Indah di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua mereka ditahan jam 10.30 malam, semalam.
Katanya, suspek berusia antara 17 hingga 35 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan di restoran terbabit.
“Berdasarkan hasil siasatan awal, dua kumpulan ini terlibat dalam pergaduhan bermula di kawasan Lembah Jaya dan terus membawa ke kawasan tempat tangkapan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah.
“Pergaduhan itu dipercayai tercetus kerana ingin merebut dan menguasai sesebuah kawasan bagi tujuan mendapatkan kepentingan tertentu, selain melakukan pemerasan,” katanya.
Mohamad Farouk berkata, lima daripada suspek ditahan didapati mengalami kecederaan di kepala dan kesan luka di badan serta sudah mendapat rawatan pesakit luar, manakala seorang lagi suspek ditahan di wad Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
“Berdasarkan keterangan dan kesan kecederaan dialami, kita percaya kedua-dua kumpulan bergaduh dengan menggunakan senjata berupa kayu dan topi keledar.
“Semua suspek ditahan ini terdiri daripada ahli kumpulan samseng secara kecil-kecilan dan pihak polis sedang giat mengenal pasti serta mengesan ahli satu lagi kumpulan yang bergaduh dengan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Farouk seperti dilapor BH berkata, hasil siasatan awal mendapati empat daripada 15 suspek memiliki rekod jenayah lampau berhubung kes curi dan merusuh dan salah seorang turut didapati pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Januari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
The post Gengster Rebut Kawasan: 15 lelaki Samseng Ditahan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/29/gengster-rebut-kawasan-15-lelaki-samseng-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jururawat Cedera Disamun Dengan Pisau Lima Penjenayah Ditahan

Jururawat Cedera Disamun Dengan Pisau Lima Penjenayah Ditahan

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 229 hits
Oleh NOR SHAFAWATI YUP BARANG rampasan yang ditemukan dalam kereta milik suspek kes samun bersenjata melibatkan mangsa seorang jururawat di Bandar Spring Hill Port Dickson Negeri Sembilan hari ini IHSAN POLISPORT DICKSON Seorang jururawat c...
3 Termasuk Seorang Datuk Ditahan Terlibat Sindiket Penipuan Pelaburan

3 Termasuk Seorang Datuk Ditahan Terlibat Sindiket Penipuan Pelaburan

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 269 hits
3 TERMASUK SEORANG DATUK DITAHAN TERLIBAT SINDIKET PENIPUAN PELABURAN Oleh Abu Hanifah Muhamad JOHOR BAHRU 261120 Tiga lelaki termasuk seorang bergelar Datuk ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan tidak wujud sindiket pela...
Kelantan Lelaki Ditahan Bersama Rokok Seludup

Kelantan Lelaki Ditahan Bersama Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 400 hits
Pasukan Gerakan Am Batalion 7 Kuantan merampas 5 240 batang rokok putih dan kretek bernilai RM3 946 yang diseludup dari negara jiran di Sekat Pintas Banggol Kong Jeram Perdah di sini pada petang Sabtu Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Super...
Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba

Jalan Jalan Raya Pun Boleh Belajar Sejarah Ini 5 Lokasi Best Sepanjang Lpt1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tindakan Serta Merta

Teman Mak Brisk Walk

Pack And Ride 6 Backpacks For Motorcycle Riders

Lelaki Maut Tergantung Atas Pokok

Zus Coffee Versi Botol 1 Liter

Ride To Bentong Pahang