Geng Molekwei Pecah Rumah Curi Kenderaan Mewah Tumpas


 
Ruslan Khalid (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan barang rampasan selepas menumpaskan dua geng pecah rumah, curi kenderaan dan samun kedai serbaneka. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Sindiket pecah rumah dan curi kenderaan mewah dikenali sebagai “Geng Molekwei” tumpas susulan penahanan tiga lelaki serta dua wanita tempatan dalam beberapa siri serbuan di Negeri Sembilan dan Kedah dari 16 hingga 18 Ogos lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Ruslan Khalid berkata, semua individu berumur lingkungan 31 hingga 41 tahun itu dipercayai terlibat mencuri lima kereta, termasuk Toyota Hilux, Vios, Honda dan Mercedes Benz.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas barang kes termasuk arak pelbagai jenama, telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, selain peralatan pecah rumah seperti kunci allen pelbagai saiz, pemutar skru, playar serta pembuka tayar diubah suai yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM500,000.
“Beberapa individu akan pecah masuk rumah kemudian menyerahkan barang curi kepada individu lain yang bertindak sebagai orang tengah untuk mencari pembeli tempatan dan pasaran luar negara hingga ke Thailand,” katanya kepada Bernama.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Beliau berkata, sindiket itu menyasarkan kawasan perumahan di Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur serta bergerak aktif kira-kira dua hingga tiga bulan lepas, seterusnya menjual kenderaan dicuri dalam lingkungan RM30,000 mengikut jenis.
Ruslan berkata, mereka disyaki melakukan jenayah sejak 10 tahun lepas dan dua daripada lelaki terbabit memiliki 12 rekod jenayah, termasuk dadah dan masih dalam senarai orang dikehendaki.
Katanya, semua suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan dan pihaknya sedang menyiasat jika ada saki-baki geng itu.
Dalam kes berasingan, Ruslan berkata, empat lelaki tempatan dikenali sebagai “Geng 3K” ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di sekitar Negeri Sembilan serta Selangor pada 17 dan 18 Ogos lepas.
Katanya, semua suspek berumur 21 hingga 26 tahun itu ditahan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan serta Selangor dan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback bersama nombor pendaftaran palsu, pisau lipat serta telefon bimbit dirampas.
Beliau berkata, modus operandi mereka ialah menyamun lewat malam atau awal pagi dengan bersenjatakan pisau, selain mencuri barang berharga mangsa dan barang dalam kedai yang mudah dilarikan seperti rokok.
“Dengan tertangkapnya keempat-empat suspek, polis berjaya menyelesaikan lima kes samun Kedai Serbaneka KK Mart sejak awal Ogos lepas di Negeri Sembilan dan Selangor.”
Bagaimanapun, katanya, polis masih mengesan seorang lagi individu dikenali sebagai S Sritharan, 24, beralamat di Telok Panglima Garang, Selangor yang dipercayai terlibat dalam kes itu.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat di 06-7682339 atau 013-3611854.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/geng-molekwei-pecah-rumah-curi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potret Perkampungan Tki Arab Saudi Di Madura Rumah Rumahnya Super Mewah

Potret Perkampungan Tki Arab Saudi Di Madura Rumah Rumahnya Super Mewah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 165 hits
Banyak masyarakat Indonesia bekerja di luar negeri Salah satunya adalah Arab Saudi Memiliki gaji yang tidak sedikit para TKI Arab Saudi ini memperindah rumahnya Hasilnya perkampungan TKI ini pun banyak berdiri rumah rumah mewah Melansir dar...
Girlfriend Amar Singh Curi Satu Beg Barang Berharga Dari Rumah Najib

Girlfriend Amar Singh Curi Satu Beg Barang Berharga Dari Rumah Najib

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 239 hits
Pada May 2018 Pengarah CCID Amar Singh Ishar Singh membuat serbuan dirumah Najib Razak dan telah merampas lebih dari 350 beg dan kotak mengandungi duit tunai dan macam macam barang berharga bernilai lebih dari RM1 bilion Salah satu dari beg...
Ditinggal Keluar Negeri Potret Rumah Mewah Terbengkalai Di Dalam Ada 2 Mobil Mewah

Ditinggal Keluar Negeri Potret Rumah Mewah Terbengkalai Di Dalam Ada 2 Mobil Mewah

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 189 hits
Potret rumah mewah yang terbengkalai ditinggal pemiliknya ke luar negeri Di dalam rumah tersebut masih terdapat perabotan lengkap beserta dua unit mobil mewah di garasi Simak ulasannya
Realisasi Insentif Pajak Kendaraan Dan Rumah Mewah Masih Jauh Dari Target

Realisasi Insentif Pajak Kendaraan Dan Rumah Mewah Masih Jauh Dari Target

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 130 hits
Kementerian Keuangan melaporkan realisasi pemanfaatan insentif Pajak Penjualan Barang Mewah dan Pajak Pertambahan Nilai Ditanggung Pemerintah atas properti atau perumahan masih jauh dari yang ditargetkan
Potret Rumah Mewah 4 Lantai Milik Kades Kayuares Di Atasnya Ada Bola Besar

Potret Rumah Mewah 4 Lantai Milik Kades Kayuares Di Atasnya Ada Bola Besar

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 219 hits
Salah satu desa di daerah Banjarnegara menyimpan cerita unik Sang kepala desa rupanya memiliki rumah mewah empat lantai Simak potret selengkapnya berikut ini dilansir dari kanal YouTube kaliwinong tv
Ditinggalkan Sang Istri Meninggal Ini Potret Rumah Mewah Di Dalamnya Ada Keris

Ditinggalkan Sang Istri Meninggal Ini Potret Rumah Mewah Di Dalamnya Ada Keris

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 211 hits
Sebuah rumah mewah di Kertajati Majalengka diketahui kosong selama lebih dari 10 tahun Alasannya sang istri meninggal dunia Saat dibuka salah satu sudut rumah ternyata ada benda peninggalan berupa keris Berikut potretnya dilansir dari kanal...
Potret Rumah Mewah Terbengkalai Koruptor Sjamsul Nursalim Ada Kunci Kepresidenan

Potret Rumah Mewah Terbengkalai Koruptor Sjamsul Nursalim Ada Kunci Kepresidenan

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 292 hits
Sjamsul Nursalim salah satu orang terkaya di Indonesia ditetapkan sebagai tersangka kasus korupsi oleh KPK Atas kasus tersebut rumah mewahnya pun ditinggalkan dan kini menjadi terbengkalai Melansir dari akun YouTube Papi Story Jumat berikut...
Curi Motor Majikan Sebab Berang Gaji Lebih Rm5 000 Tak Dibayar Tukang Buat Rumah Dipenjara 12 Bulan

Curi Motor Majikan Sebab Berang Gaji Lebih Rm5 000 Tak Dibayar Tukang Buat Rumah Dipenjara 12 Bulan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 203 hits
Mahkamah Majistret Ayer Keroh menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang tukang rumah warga Pakistan mencuri motosikal majikannya kerana berang gajinya tidak dibayar semalam Tertuduh Umar Farook 22 membuat pengakuan bersalah atas...
Bekas Pengarah Bukit Aman Nafi Dakwaan Bawa Teman Wanita Serbu Rumah Najib

Bekas Pengarah Bukit Aman Nafi Dakwaan Bawa Teman Wanita Serbu Rumah Najib

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 163 hits
FMT ReportersAmar Singh berkata beliau dan beberapa pegawai kanan lain akan membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin PETALING JAYA Bekas pegawai polis berpangkat tinggi Amar Singh menafikan dakwaan teman wanitanya hadir dalam se...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti