Generasi Muda Perlu Mengorak Langkah Majukan Negara


Zazilia Rawi
Saban hari kita disajikan kisah kejayaan generasi muda dari luar negara dalam membangunkan kemajuan dari segi ekonomi dan politik.
Nama-nama besar seperti Google, Amazon, Apple, Microsoft dan Facebook yang bernilai trilion dolar menyumbang kepada kejayaan negara mereka sendiri bahkan dunia, sekaligus mengubah model perniagaan yang konvensional.
Apakah persamaan mereka semua ini? Sudah tentu atas faktor usia, di mana tercetusnya idea bernas mereka di kala umur masih muda.
Pada skala global, struktur pemerintahan di beberapa negara sudahpun diterajui generasi muda. Hanya pada usia 34 tahun, Sanna Marin diangkat menjadi perdana menteri Finland. Begitu juga dengan New Zealand yang mempunyai perdana menteri wanita bernama Jacinda Ardern di kala usia mencecah 37 tahun, manakala Presiden Perancis, Emanuel Macron menjadi pemimpin salah sebuah negara paling berkuasa di Eropah pada usia 39 tahun.
Nama seperti Sebastian Kurz yang memegang portfolio canselor Austria, Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk, Presiden El Savador, Nayib Bukele dan Emir Qatar, Shaikh Tamim bin Hamad al-Thani masing-masing berusia tidak lebih 40 tahun sudah pun diangkat memimpin negara mereka masing-masing.
Kejayaan Mark Zuckerberg, ketua pegawai eksekutif Facebook yang menjadi bilionair termuda dunia pada usia 23 tahun kerana penciptaan model perniagaan media sosial, mungkin dapat dicontohi generasi muda kita.
Kepimpinan generasi muda sekarang semestinya mempunyai cara dan acuan tersendiri mengikut peredaran zaman yang berbeza, lantas menghasilkan cara pemikiran berlainan juga. Generasi muda seharusnya diberikan ruang kerana mereka adalah harapan untuk kemajuan masa depan di negara ini dan bukan ancaman kepada kepimpinan sedia ada.
Kemampuan generasi sekarang perlu diketengahkan dan diasah sebaik mungkin, sebelum ianya tenggelam dek sikap segelintir pemimpin yang mementingkan diri.
Laungan untuk memberi tempat kepada generasi muda menerajui kepimpinan dan menonjolkan bakat dari segi ekonomi dan politik tidak patut hanya dibiarkan sekadar bersandarkan kata-kata. Ia harus dijadikan realiti, bukan retorik semata-
mata.
Isu politik tidak lagi menarik perhatian generasi muda sekarang. Mencari jalan penyelesaian seperti isu perumahan, hutang, kewangan dan paling utama “job creation” atau peluang pekerjaan lebih mustahak. Memberi ruang kepada generasi muda dalam membuat dasar dan menggubal undang-undang juga penting bagi mengubah lanskap negara.
Di Malaysia, kita disajikan isu yang tidak bermanfaat seperti soal perkauman dan kemelut politik berpanjangan. Peluang untuk generasi muda pula tersekat demi kepentingan kuasa sendiri.
Sebenarnya, sudah tiba masanya pemimpin yang terlalu lama di dalam arena politik dan sektor swasta tanah air memberi ruang serta memainkan peranan sebagai mentor kepada generasi muda.
Mentor kepada generasi muda ini perlu mencungkil bakat serta menyokong idea mereka supaya kita dapat membawa negara ke arah pembangunan yang dinamik. Dengan pengalaman mereka diadun bersama bakat serta kreativiti generasi muda dapat menjamin kemajuan ekonomi dan politik di masa depan.
Kita perlu percaya kepada kebolehan generasi muda tempatan dan ini akan diterapkan sehingga ke generasi akan datang dengan membuktikan keupayaan mereka sekiranya peluang dan ruang diberikan sewajarnya.
Kenyataan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan tempoh hari sememangnya senada dengan pemikiran generasi muda, di mana beliau mengetengahkan keperluan untuk menyelami potensi generasi muda dalam menerajui tampuk kepimpinan tidak kira di dalam sektor swasta atau awam, asalkan ianya dapat membawa negara kita ke arah kemajuan bertaraf global.
Untuk melahirkan generasi yang berkebolehan ini, sistem pendidikan kita perlu melalui perubahan. Bak kata bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik, “keutamaan perlu diberikan kepada konsep pembentukan karakter untuk melahirkan pelajar yang berinovasi dan kreatif”.
Kreativiti ini sangat penting bagi merebut peluang dalam gelombang teknologi masa kini. Kreativiti diperlukan dalam cara pemikiran generasi muda supaya mereka mampu memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi manusia zaman sekarang dan masa depan, seterusnya diterjemahkan dalam bentuk perniagaan mahupun dasar.
Sebagai contoh, Grab yang dibangunkan Anthony Tan semasa berumur 30 tahun, kini bernilai AS$14 bilion yang menyelesaikan masalah pengangkutan, penghantaran makanan dan keperluan harian.
Kepimpinan muda akan menjuarai isu yang dekat di hati generasi muda. Sesungguhnya, era berbeza memerlukan pendekatan berlainan kerana cabaran yang perlu ditempuhi generasi kini juga berbeza.
Jadi, generasi muda perlu mula mengorak langkah dan merebut peluang yang ada, serta diberikan dorongan oleh mereka yang lebih berpengalaman.
Di luar Malaysia, generasi muda mampu membina empayar trilion dolar dan menjadi pemimpin nombor satu negara. Mengapa tidak generasi muda di Malaysia?
Kesannya, pembangunan negara dapat dirancakkan dengan lestari untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita mengorak langkah generasi muda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/generasi-muda-perlu-mengorak-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesan Sri Mulyani Agar Generasi Muda Indonesia Menjadi Sdm Unggul

Pesan Sri Mulyani Agar Generasi Muda Indonesia Menjadi Sdm Unggul

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 209 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati memberikan beberapa pesan khusus kepada seluruh generasi muda di Indonesia agar menjadi generasi unggul dan terdepan Hal itu dia sampaikan melalui siaran akun Instagramnya smindrawati
Generasi Muda Diingatkan Selektif Bermedia Sosial Ikuti Akun Yang Menentramkan

Generasi Muda Diingatkan Selektif Bermedia Sosial Ikuti Akun Yang Menentramkan

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 239 hits
Generasi milenial diingatkan lebih berhati hati ketika mempelajari agama melalui media sosial
Semarakkan Kembali Lagu Rukun Negara

Semarakkan Kembali Lagu Rukun Negara

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 379 hits
Oleh Sakini Mohd SaidKUALA LUMPUR 15 JULAI Ehh lagu Rukun Negara Tak pernah dengar pun tak sangka kita ada lagu khas untuk Rukun Negara Ini pertama kali mendengarnya Yang saya tahu kita ada pelbagai jenis lagu patriotik tetapi itu semua leb...
Putera Asia Masih Berbisa Lee Kwangsoo Terima Banyak Hadiah Hari Jadi Daripada Peminat Luar Negara

Putera Asia Masih Berbisa Lee Kwangsoo Terima Banyak Hadiah Hari Jadi Daripada Peminat Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 396 hits
Siapa sahaja tak kenal dengan Lee Kwang soo Meskipun membuat kemunculan pertama dalam industri seni pada tahun 2008 tetapi pelakon itu mula mendapat perhatian ramai selepas menyertai rancangan popular Running Man pada tahun 2010 Popularitin...
Anak Najib Razak Sebahagian Pengkhianat Negara Mahfuz

Anak Najib Razak Sebahagian Pengkhianat Negara Mahfuz

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 429 hits
ARIF ATAN Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar menyifatkan anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Mohd Nazifuddin sebagai pengkhianat negara kerana tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM37 6 juta M...
Jawatankuasa Tadbir Urus Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara Dibentuk

Jawatankuasa Tadbir Urus Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara Dibentuk

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR 15 Julai Satu jawatankuasa tadbir urus akan dibentuk bagi memantau Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dalam masa 6 bulan Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta Kementerian...
Putera William Amp Kate Middleton Sering Langgar Protokol Diraja Bila Keluar Negara

Putera William Amp Kate Middleton Sering Langgar Protokol Diraja Bila Keluar Negara

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 281 hits
Bukan mudah menjadi pewaris takhta sesebuah kerajaan kerana banyak peraturan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi Salah satu peraturan yang nampak mudah tetapi wajib dipatuhi oleh pewaris takhta diraja Inggeris Putera William iaitu tida...
Jual Aset Negara Guan Eng Salahkan Azmin Pulak Dia Haritu Menteri Apa

Jual Aset Negara Guan Eng Salahkan Azmin Pulak Dia Haritu Menteri Apa

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 362 hits
Dalam parlimen Guan Eng suruh tanya Azmin tentang penjualan aset negara secara lambak masa rejim Gagalkrasi PH memerintah Bulan Mac lalu Guan Eng suruh siasat Muhyiddin pula kerana hutang negara bertambah RM140 bilion pada zaman PH Jual ase...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Akim The Majistret Gasoline Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo