Gencatan Politik



Anthony Loke Siew Fook
1) Saya mengikuti dengan dekat perkembangan politik dalam negara beberapa minggu ini. Namun, saya mengambil pendirian tidak memberi sebarang komen walaupun diasak-asak berkali-kali oleh rakan-rakan media.
2) Saya membaca dengan teliti pengumuman daripada Presiden UMNO semalam berkenaan “gencatan politik” susulan penularan mendadak Covid-19 dan terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional. Seterusnya, kenyataan ini disambut oleh Ketua Pemuda UMNO yang menyokong keputusan tersebut kerana menolak kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan, khususnya DAP.
3) “Gencatan politik” merujuk kepada “pendamaian sementara” dua pihak yang bertentangan dalam politik khususnya di antara pihak dalam kerajaan dengan pihak yang berada dalam pembangkang. Dalam konteks politik Malaysia, garis tersebut amat jelas sekali di Dewan Rakyat dengan 113 Ahli Parlimen yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (termasuk 39 Ahli Parlimen UMNO) manakala 109 Ahli Parlimen yang berada dalam blok pembangkang yang menentang Perikatan Nasional.
4) Yang peliknya, Presiden UMNO yang partinya berada dalam kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan “gencatan politik”. Secara tidak langsung, beliau mengakui bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Cuma sekarang kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat, mereka berdamai sementara.
5) Untuk rekod, tidak ada seorang pun pemimpin DAP yang pernah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan baru.
6) Pendirian DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat adalah satu pendirian yang konsisten dan selari dengan kerangka perjanjian yang dicapai dalam Pakatan Harapan selama ini. Jangan lupa bahawa perjanjian ini telah pun dimeterai oleh semua parti dalam Pakatan Harapan termasuk PPBM sebelum Pilihanraya Umum ke-14.
7) Sebenarnya saya telah pun mengemukakan pandangan berkenaan “gencatan politik” seawal bulan Ogos yang lalu, sebelum pun Pilihanraya Negeri Sabah diadakan. https://www.malaysiakini.com/news/539061
8) Saya berpandangan semua parti perlu berlapang dada dan bersedia untuk duduk di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut politik ketika ini.
9) Pemimpin politik mesti bersedia untuk “provide leadership”. Mesej yang jelas mesti disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu tidak ada pilihanraya umum sehingga tempoh Parlimen ke-14 berakhir, fokus seluruh tenaga untuk memerangi wabak Covid-19 dan merancakkan semula ekonomi.
10) Marilah kita sama-sama menjadi pemimpin kepada rakyat, bukan politikus semata-mata!
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/22/gencatan-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Hormat Gencatan Politik Umno Kekal Agenda Kembali Mandat Rakyat

Pkr Hormat Gencatan Politik Umno Kekal Agenda Kembali Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 410 hits
October 21 2020 10 38 PMSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli Parlimen yang mendokong cita cita dan harapan sama PETALING JAYA PKR...
Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 307 hits
PETALING JAYA Umno hari ini mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid 19 dan membantu rakyat yang susah akibat hambatan ekonomi dapat diutamakan Presiden Zahid Hamidi juga mengumumkan Umno mendukung kerajaan Perika...
Gencatan Politik Ini Hanya Sementara Muhyiddin Belum Boleh Tidur Lena

Gencatan Politik Ini Hanya Sementara Muhyiddin Belum Boleh Tidur Lena

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 466 hits
Genjatan politik UMNO sebagaimana diumumkan Zahid Hamidi walaupun dilihat telah menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tetapi ia bukanlah untuk selama lamanya Namanya pun genjatan politik macam genjatan perang maka tentula...
Gencatan Politik Ada Sesuatu Yang Mengubah Zahid Hamidi

Gencatan Politik Ada Sesuatu Yang Mengubah Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 309 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abd Samad mengandaikan sesuatu telah berlaku sehingga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik dan menyeru ahlinya memperkukuh sokongan terhadap Perikatan Nasional Ah...
Umum Gencatan Politik Merudum Saham Jatuh Pelabur Tak Sokong Muhyiddin

Umum Gencatan Politik Merudum Saham Jatuh Pelabur Tak Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 308 hits
MAN TOBAUMNO umum gencatan senjata dan sokong PN teruih merosot KLSE ke bawah 1500 di pasaran Malaysia hari ini Nampak tak pelabur pelabor sokong
Di Mana Akhirnya Gencatan Politik

Di Mana Akhirnya Gencatan Politik

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 264 hits
Kini Malaysia berhadapan dengan pengisytiharan darurat dengan mengambil alasan kes COVID 19 yang mencanak naik sekitar 700 hingga 800 setiap hari Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di Pertuan Agong boleh mengisytiha...
Gencatan Politik Hati Hati Ada Niat Buruk Tersirat

Gencatan Politik Hati Hati Ada Niat Buruk Tersirat

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 317 hits
Mujahid YusofBerligar satu pandangan di kalangan rakyat yang menuntut supaya orang politik berhentilah daripada berpolitiking untuk tumpu kepada pengurusan Covid 19 yang meningkat dan menjejaskan kehidupan rakyat Sebagai orang politik saya ...
Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ceo Intel Warga Malaysia

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Amalan Seperguruan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pakcik Ken The Ultimate Hainanese Chicken Rice Experience For Food Wanderers

Cara Automatik Buat Sale Dengan Email Marketing

Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

Kumpulan Sumisaujana Berhad Melancarkan Prospektus Sempena Cadangan Ipo Di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Surprises At Dap Polls But Has Anything Really Changed

Cara Betul Ambil Pil Kalsium Dengan Berkesan