Gempar Total Lockdown Kemungkinan Besar Disambung Lagi


 



June 22, 2021 Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau total lockdown yang dijangka berakhir 28 Jun ini berkemungkinan besar perlu disambung dengan syarat ia dimodifikasi dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dilihat kurang memberi kesan yang diharapkan sebagaimana PKP 1.0 disebabkan pecahan kes jangkitan Covid-19 tinggi di Selangor serta kewujudan banyak kluster tempat kerja terutama kluster kilang industri.
Jelas beliau, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bukan sebenar-benarnya mencapai objektif ‘total lockdown’ sebagaimana PKP 1.0 kerana sektor perkilangan dilihat masih beroperasi secara menyeluruh dengan risiko 1.5 juta pekerja yang belum divaksin.
“Kes jangkitan Covid-19 masih mencatatkan jumlah tinggi susulan langkah kerajaan negeri Selangor melaksanakan saringan Covid-19 percuma secara besar-besaran yang membawa pecahan kes tinggi di negeri itu serta peningkatan kewujudan kluster tempat kerja.
“Dengan kadar kematian masih dicatatkan sekitar purata 60 hingga 70 hari, saya berpandangan ‘total lockdown’ mungkin perlu diteruskan dengan sedikit modifikasi dari aspek kawalan penularan di tempat kerja serta kajian semula strategi saringan besar-besaran,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Beliau mengulas kebimbangan ramai pihak terhadap keberkesanan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh PKP 3.0 susulan jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada lebih 6,000 kes.
Peningkatan semula jumlah kes jangkitan itu amat mengejutkan memandangkan kerajaan sudah melaksanakan sekatan pergerakan penuh selama tiga minggu dan keputusan itu sepatutnya memberi kesan positif terhadap usaha membendung penularan Covid-19.
Pada Ahad, kes harian positif Covid-19 menurun kepada 5,293 kes pada Ahad berbanding 5,911 kes pada Sabtu dan 6,440 pada Jumaat.
Mengulas mengenai peningkatan kluster tempat kerja, Dr Malina mencadangkan agar kerajaan memberi keutamaan pemberian vaksin kepada golongan pekerja perkhidmatan perlu, warga emas, pelajar menduduki peperiksaan utama serta kelompok berisiko Covid-19.
Jelas beliau, fokus itu amat penting memandangkan majoriti golongan pekerja sektor khidmat perlu ini kebiasaannya menjadi punca penularan jangkitan kepada keluarga dan komuniti.
“Kerajaan perlu meneliti semula definisi sebenar perkhidmatan perlu atau kritikal itu kerana bagi saya, golongan pekerja tergolong bukan sektor khidmat perlu, mereka juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarga dan tidak boleh dianggap kelas kedua,” katanya.
Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berpandangan bahawa kerajaan tidak perlu meneruskan sekatan pergerakan penuh setelah tempoh pelaksanaannya berakhir 28 Jun ini.
Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan sudah boleh menumpukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi Covid-19 atau kawasan yang mencatatkan angka penularan tinggi.
“Tempoh empat minggu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tidak boleh dianggap tidak berkesan sepenuhnya, meskipun kadar penurunan kes masih tidak begitu memuaskan sebagaimana PKP 1.0.
“Kalau kita lihat, kluster dalam kalangan komuniti turun mendadak, cuma kluster tempat kerja terutama daripada kilang yang masih tinggi.
“Saya berharap pada akhir Jun ini, jumlah kes jangkitan akan menurun kepada angka lebih baik kurang daripada 3,000 kes dan saya yakin kita masih mempunyai masa untuk mencapainya,” katanya.
Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama sebulan sepatutnya memberikan maklumat sains dan data mencukupi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengenal pasti lokasi dan faktor tercetusnya kluster baharu Covid-19


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/gempar-total-lockdown-kemungkinan-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini

Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 413 hits
Total Lockdown Jom Luangkan Masa Berkualiti Bersama Anak Anak Ketika Dirumah Dengan 5 Aktiviti Menarik Ini Pejam celik pejam celik sudah setahun lebih kita berhadapan dengan covid 19 Sehingga ke hari ini kita masih berjuang membebaskan diri...
Total Lockdown Bermula 1 Jun Berjaya

Total Lockdown Bermula 1 Jun Berjaya

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 167 hits
Dr Ihsanuddin Abbas Kes banyak sebab silap individu langgar arahan kuarantin SECARA umumnya kes harian COVID19 menunjukkan trend penurunan namun tetap pada nilai yang tinggi iaitu melebihi 5 000 kes sehari Pada masa yang sama kes harian Sel...
Terkini Pemuda Rakam Video Kilang Arak Berasap Ketika Total Lockdown Disiasat Polis

Terkini Pemuda Rakam Video Kilang Arak Berasap Ketika Total Lockdown Disiasat Polis

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 202 hits
June 20 2021 Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15 di sini tidak beroperasi seperti didakwa seorang individu melalui video tular di media sosial Jumaat lalu Justeru Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Ma...
Dprd Diy Dukung Sultan Hb X Terapkan Lockdown Total

Dprd Diy Dukung Sultan Hb X Terapkan Lockdown Total

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 190 hits
Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Daerah Istimewa Yogyakarta mendukung penerapan lockdown total seperti yang diwacanakan Gubernur DIY Sri Sultan Hamengku Buwono X untuk menekan lonjakan kasus Covid 19
Kisah Dua Minggu Sebelum Total Lockdown

Kisah Dua Minggu Sebelum Total Lockdown

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 210 hits
Sambungan kisah dari Cukuplah dengan dua hari cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ditambah pula cuti hujung minggu melengkapkan cuti raya aku untuk tahun ini Ketika orang lain memilih bekerja dari rumah aku antara segelintir yang memilih...
Total Lockdown Pembuka Tirai Jun 2021

Total Lockdown Pembuka Tirai Jun 2021

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 350 hits
Sambungan dari 31 Mei 2021 WFOHari terakhir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kali ini aku hadir bertugas kerana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Perta...
Total Lockdown Kurang Berkesan Kerana Sop Tak Jelas Ada Kebocoran Kluster

Total Lockdown Kurang Berkesan Kerana Sop Tak Jelas Ada Kebocoran Kluster

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 188 hits
Kluster tempat kerja tertinggi kebanyakannya sektor pengilangan BANGI Kerajaan disaran melaksanakan total lockdown dengan prosedur operasi standard yang jelas serta memberi tumpuan khusus kepada sektor yang mencatatkan bilangan kluster ting...
Total Lockdown Extension Expected As Phase 2 Targets Unmet

Total Lockdown Extension Expected As Phase 2 Targets Unmet

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 293 hits
The total lockdown or Phase 1 of the government s exit plan for the Covid 19 pandemic is set to expire on Monday However with less than 54 hours to go the outlined targets set by Putrajaya for the country to move into Phase 2 of the Nationa...
Surviving Covid 19 Siege Malaysia Needs A Lockdown Exit Strategy Raja Ahmad Iskandar Fareez

Surviving Covid 19 Siege Malaysia Needs A Lockdown Exit Strategy Raja Ahmad Iskandar Fareez

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 194 hits
Imagine the joy of embracing our loved ones Schoolchildren returning to classes University students going back to campuses Restaurants and stalls bustling with customers hanging out with their friends or co workers These are some of the pic...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023