Gempar Bank Dunia Jangka Separuh Pekerjaan Di Malaysia Bakal Lenyap


 
April 23, 2021Bank Dunia menjangkakan separuh daripada pekerjaan di Malaysia bakal digantikan dengan automasi dalam jangka masa panjang.
Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen, berkata perubahan dalam sektor pekerjaan ketika ini tidak dapat dielakkan kerana digital dan automasi akan menjadi elemen penting dalam pekerjaan.
Ini kerana menerusi tinjauan yang dijalankan Bank Dunia ia memberikan gambaran sektor tenaga kerja berisiko tinggi untuk digantikan dengan automasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang..
Malah, tegasnya, sudah terdapat teknologi yang membuktikan mampu menggantikan pekerjaan yang sebelum ini dilaksanakan oleh manusia.
“Namun, jika ditanya adakah ini bermaksud 50 peratus pekerjaan di Malaysia akan segera hilang dalam jangka masa pendek, jawapannya adalah mungkin tidak.
“Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang sekurang-kurangnya akan mengambil masa sederhana dan panjang untuk menuju ke arah perubahan teknologi.
“Kita mungkin mempunyai beberapa teknologi yang sudah tersedia di beberapa firma pekerjaan tetapi itu tidak bermaksud semua firma dapat menggunakan teknologi terbabit,” katanya pada webinar Bank Dunia bertajuk ‘Meningkat Daya Saing dan Mewujudkan Pekerjaan’, semalam.
Antara pekerjaan yang berisiko tinggi untuk beralih kepada automasi sepenuhnya adalah akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.
Schmillen berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia juga dilihat tidak mampu melakukan peralihan itu dalam kadar segera dan ini akan melambatkan perubahan teknologi.
Katanya, perubahan ke arah automasi memerlukan kos yang tinggi dan hanya beberapa bidang pekerjaan yang mungkin dapat dilakukan oleh teknologi.
“Namun, masalah utama ketika ini adalah kos peralihan ke arah teknologi sangat tinggi dan lantaran itu kami tidak menjangkakan teknologi ini akan digunakan secara keseluruhan.
“Selain itu, terdapat juga rintangan dari segi perundangan, peraturan atau normatif yang menghalang pengambilalihan pekerjaan oleh teknologi,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kebanyakan majikan kini meningkatkan keperluan untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam digital.
Elemen lain yang perlu dipertingkatkan oleh pekerja adalah beberapa kemahiran lain seperti sosio-emosi, kemahiran berfikir kreatif selain mampu berdikari untuk melaksanakan pekerjaan.
Beliau berkata, modal insan menjadi elemen penting kepada Malaysia dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.
“Cabaran paling utama adalah bagaimana kita ingin memastikan generasi masa depan terpelihara dan tidak berdepan dengan kesukaran disebabkan peralihan teknologi ini.
“Jadi apakah faktor tepat modal insan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan? Faktor asas yang ingin saya ketengahkan ini sangat penting dan harus menjadi perhatian utama pembuat dasar.
“Yang pertama adalah kualiti pendidikan. Malaysia telah membuat kemajuan besar dalam meningkatkan akses pendidikan sejak beberapa puluh tahun lalu.
“Namun pembelajaran tetap menjadi satu cabaran besar. Secara dasarnya pelajar Malaysia menghabiskan 12 tahun untuk pendidikan rendah dan menengah.
“Ia adalah tempoh yang tidak efektif kerana hanya sembilan tahun pembelajaran yang disifatkan benar-benar digunakan sepenuhnya manakala baki tiga tahun lagi tidak digunakan dengan produktif,” katanya. .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/gempar-bank-dunia-jangka-separuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Rasmi Realme 8 Pro Dan Muzium 108mp Pertama Dunia Di Malaysia

Pelancaran Rasmi Realme 8 Pro Dan Muzium 108mp Pertama Dunia Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 344 hits
realme Malaysia akan segera memperkenalkan realme 8 Pro terbarunya telefon pintar realme pertama yang dilengkapi dengan Kamera Ultra Quad 108MP untuk Menangkap Infinity Peminat fotografi akan dapat membawa fotografi dan videografi ke tahap ...
Jenazah Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Uk Selamat Dikebumi

Jenazah Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Uk Selamat Dikebumi

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 217 hits
Jenazah penuntut Malaysia Muhammad Hafidz Abdullah yang meninggal dunia selepas menerima rawatan selama empat hari di unit rawatan kritikal sebuah hospital di United Kingdom selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Senawang di Negeri Sembila...
5541 Bank Islam Serah Zakat Rm180 000 Kepada Maips Utusan Malaysia 12 04 2021

5541 Bank Islam Serah Zakat Rm180 000 Kepada Maips Utusan Malaysia 12 04 2021

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 334 hits
PADANG BESAR Bank Islam Malaysia Bhd menyerahkan sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM180 000 bagi tahun kewangan 2020 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis di Masjid Al Hakim Padang Malau Beseri di sini hari ini Penyer...
As Bakal Mengurangkan Pelepasan Rumah Hijau Sebanyak Separuh

As Bakal Mengurangkan Pelepasan Rumah Hijau Sebanyak Separuh

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 187 hits
Amerika Syarikat merancang untuk mengurangkan separuh daripada pelepasan rumah hijau pada akhir dekad ini yang hampir dua kali ganda daripada komitmen sebelumnya Tetapi untuk mencapai ini perubahan serius dalam industri tenaga elektrik peng...
Sempoii Pemanasan Global Makin Tidak Terkawal Anak Malaysia Cipta Penghawa Dingin Mesra Alam Pertama Di Dunia

Sempoii Pemanasan Global Makin Tidak Terkawal Anak Malaysia Cipta Penghawa Dingin Mesra Alam Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 410 hits
Pemanasan global makin tidak terkawal Anak Malaysia cipta penghawa dingin mesra alam pertama di dunia Sabtu 24 April 2021 8 30 AMPengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group Dr Low Wai Koon mencipta Evoair selepas 12 tahun membuat kajian ...
Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19 000 Peluang Pekerjaan Muhyiddin

Pusat Data Serantau Microsoft Bakal Wujud 19 000 Peluang Pekerjaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 160 hits
Oleh PENUBUHAN pusat data serantau pertama Microsoft Corp di Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia yang dijangka bernilai sekurang kurangnya AS 1 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang dijangka mewujudkan 19 000 peluang pekerjaan ...
Nasib Baik Bukan Dari Pkr Amanah Dan Dap Kalau Tidak Sah Gempar Malaysia Terancam Kah

Nasib Baik Bukan Dari Pkr Amanah Dan Dap Kalau Tidak Sah Gempar Malaysia Terancam Kah

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 210 hits
Eddin Syazlee mohon maaf tertidur dia makan ubat sebelum ke majlis kata pegawai khas April 11 2021 Gambar tular menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya Eddin Syazlee Shith tertidur ketika dalam satu majlis semalam SEREMBAN Ahli Parlimen Kua...
Ribut Petir Di Jangka Akan Melanda Sembilan Negeri Di Semenanjung Malaysia Petang Ini

Ribut Petir Di Jangka Akan Melanda Sembilan Negeri Di Semenanjung Malaysia Petang Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 232 hits
PETALING JAYA Ribut petir dijangka melanda sembilan ibu negeri dan dua Wilayah Persekutuan petang ini Menurut Jabatan Meteorologi ribut petir dijangka melanda di Kuala Lumpur Putrajaya serta Shah Alam Selangor Melaka Seremban Negeri Sembila...
Gunung Baling Bakal Lenyap

Gunung Baling Bakal Lenyap

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 158 hits
BALING Gunung Baling setinggi 420 meter dari aras laut yang terletak di Mukim Pulai di sini dipercayai bakal lenyap selepas sebuah kuari diberi kelulusan untuk beroperasi selama 145 tahun Gunung tersebut yang termasuk dalam kategori gunung ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur