Gempa Bumi Melanda Kudat
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Gempa bumi melanda Kudat | 15 Zulkaedah 1437H, masa tengah facebooking tetiba terserempat dengan status seorang rakan yang bertanyakan betul ke tak telah berlaku gegaran gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi.
Aku sepantas gaban terus terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia untuk kesahihan pertanyaan rakan muka buku aku tu. Hasilnya, memang belaku gempa bumi di Kudat, Sabah awal malam tadi masa seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada acara badminton sukan olimpik, Rio.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa berada pada koordinat 7.0 darjah utara dan 116.9 darjah timur, iaitu 16km timur laut Kudat. Gempa bumi tu lemah, bermagnitud 3.5 pada skala Richter. Berlaku pada 7.57 awal malam tadi. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Klik gambar untuk tumbesaranUntuk dapatkan maklumat lanjut dan terkini korang boleh terjah website Jabatan Meteorologi Malaysia.
Nampaknya Allah SWT dah bagi sedikit hint buat kita semua. Allah tak akan hadirkan sesuatu 'tanda' tanpa sebab. Jadi, alert dan beware.
Well gais, dah hafal surah Kahfi ayat 1-10 dan 100-110? Jika belum, ayuh la kita hafal dan hadam isi kandungan ayat² dari surah Al-Kahfi tersebut. Nak tahu apa peringatan yang terkandung dalam ayat² tersebut korang boleh klik link INI.
Sama² la kita berdoa mudah²an tiada apa² yang buruk berlaku dan bakal berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga kita serta tanah bertuah yang kita pijak sekarang. InsyaAllah. Ameen.
Fi hifzillah gais.
___________________________________________________________”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”-Saidina Abu Bakar as Siddiq-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://amiraimanakashah.blogspot.com/2016/08/gempa-bumi-melanda-kudat.html