Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia Dibuka Dengan Rasminya Di Taman Tema Escape


GEORGE TOWN: Gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.1km di taman tema 'Escape' Pulau Pinang di Teluk Bahang di sini, dibuka dengan rasminya hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata sejak bertahun-tahun lamanya Escape menjadi tarikan pelancong utama di Pulau Pinang, dan dengan perasmian gelongsor baharu itu ia pasti akan mengukuhkan lagi kedudukan taman tema berkenaan sebagai sebuah pusat tumpuan pelancong paling menarik dalam negara.

Katanya kajian yang dijalankan oleh University Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menunjukkan 10.9 peratus deripada pelancong tempatan dan antarabangsa yang datang ke Pulau Pinang, akan mengunjungi Escape.



"Kajian itu menunjukkan statistik yang mengagumkan, menjadi bukti kepentingan Escape kepada Pulau Pinang dan pertumbuhan pelancongan malaysia," katanya semasa berucap di majlis perasmian Escape fasa 3 - 'Gravityplay', gelongsor air yang mendapat pengiktirafan sebagai yang terpanjang di dunia oleh Guiness Book of World Record di sini.

Beliau berkata statistik Jabatan Imigresen Pulau Pinang menunjukkan jumlah kunjungan pelancong yang meningkat dengan ketara bagi tempoh Januari sehingga Ogos lepas, menjangkau sehingga 207.7 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Turut hadir dalam majlis perasmian hari ini ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, senator Lim Hui Ying dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas taman tema itu Sim Choo Kheng.

Sim berkata apa yang ditampilkan hari ini adalah hasil kejayaan perjuangan bertahun-tahun lamanya bagi menjadikan impian satu kenyataan.

"Bermula dari konsep sehingga kepada sokongan kami terima dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, saya amat menghargai sumbangan semua pihak dalam menjadikan Escape seperti yang kita lihat hari ini - sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan rekod tarikan yang juga mencapai taraf dunia," katanya.

Menurutnya beliau melabur RM60 juta dalam tempoh sejak tujuh tahun lepas untuk membangunkan Escape, dan ketika ini taman tmea itu menerima purata kunjungan 650 pelawat setiap hari.

Terdahulu Escape turut menandatangani memorandum persedahaman dengan GSPARX Sdn Bhd, anak syarikat TNB, bagi membina satu kemudahan penjanaan kuasa yang akan membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada Energy.

Sim berkata inisiatif ini akan menjadikan Escape sebagai taman tema yang pertama di Malaysia neutral karbon sepenuhnya.

"Di Escape, taman mesra-eko kami wujud seiring dengan habitat semulajadi. Kami mahukan pengunjung kami menikmati detik-detik mengujakan dalam suasana rupa muka bumi yang cantik dan kehijauan hutan hujan yang menawan di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata pembinaan fizikal di kawasan seluas 0.6 hektar itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh setahun dan ia akan mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga 15 peratus.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/11/gelongsor-air-terpanjang-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Escape Gravityplay Gelongsor Air Terpanjang Dunia Kini Dibuka

Escape Gravityplay Gelongsor Air Terpanjang Dunia Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 948 hits
Foto escape my Sekiranya berkunjung ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang untuk mencuba Escape Gravityplay di taman tema Escape yang telah dibuka secara rasmi semalam Dengan jarak sepanjang 1 140km Gravityplay diiktiraf sebagai gelongsor ...
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 530 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga

Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 548 hits
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands Taman Tema Seisi Keluarga l Assalamualaikum Baru baru ni Ana sekeluarga saja saja naik Genting dan bermalam di First World Hotel Ni merupakan kali kedua Ana bermalam di sini Last 10 tahun lepa...
Piala Dunia U 20 Pemprov Jateng Siapkan Anggaran Perbaikan Lapangan Pendukung

Piala Dunia U 20 Pemprov Jateng Siapkan Anggaran Perbaikan Lapangan Pendukung

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 173 hits
Ganjar menyampaikan momentum langka menjadi tuan rumah Piala Dunia seperti itu harus diambil karena menjadi insentif buat Jawa Tengah
Video Tular Dakwa Bapa Mimpi Didatangi Anak Telah Meninggal Dunia Minta Ubah Kubur

Video Tular Dakwa Bapa Mimpi Didatangi Anak Telah Meninggal Dunia Minta Ubah Kubur

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 539 hits
Bagi setiap umat Islam solat merupakan satu ibadat wajib yang harus ditunaikan sebanyak lima kali dalam masa satu hari Ibadah solat mempunyai pelbagai manfaat kepada umat Islam terutamanya dalam kesejahteraan hidup di dunia Selain itu ibada...
Alex Marquez Adik Marc Marquez Sabet Gelar Juara Dunia Moto2 2019

Alex Marquez Adik Marc Marquez Sabet Gelar Juara Dunia Moto2 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 342 hits
Alex Marquez adik Marc Marquez sabet gelar juara dunia Moto2 2019 setelah balapan Moto2 di Sepang Malaysia
Kehilangan Wilayah Kekuasaan Di Suriah As Ingatkan Ancaman Isis Di Seluruh Dunia

Kehilangan Wilayah Kekuasaan Di Suriah As Ingatkan Ancaman Isis Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 205 hits
Kendati wilayah yang diklaim sebagai kekhalifahannya runtuh ISIS masih menjadi ancaman yang bisa tumbuh dan berkembang karena kehilangan wilayah kekuasaan di Suriah Demikian diperingatkan petinggi Departemen Luar Negeri Amerika Serikat pada...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall