Gelombang Hijau Pn Tersekat Di Gemas Kata Penganalisis


 
Gabungan PH-BN berjaya mematahkan usaha PN untuk merampas Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Keputusan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kekal milik Pakatan Harapan (PH) menunjukkan gelombang hijau ‘membadai’ sebahagian Selangor pada PRN lalu gagal meresap di Johor, kata penganalisis.
Sebelum ini, pemimpin PAS Sanusi Nor mahu menjadikan kemenangan di Simpang Jeram sebagai pintu masuk Perikatan Nasional (PN) menguasai Darul Ta’zim pada PRN tiga tahun lagi.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata strategi PN “menggasak” kubu PH-Barisan Nasional (BN) dengan memainkan isu mahkamah Presiden Umno Zahid Hamidi juga tersasar, menyebabkan pengaruh PN tersekat di Negeri Sembilan.
Ads by KioskedMenurut Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, lebih tepat gelombang itu tersekat di Gemas iaitu antara sempadan Johor-Negeri Sembilan, merujuk kemenangan PN di DUN Gemas pada PRN bulan lalu.
Syaza Syukri.“Johor kubu kuat Umno-BN dan Pulai pun tempat kuat PH jadi bila ambil kira semua itu nampaknya orang tak ambil kisah sangat dengan kes Zahid,” kata Syaza kepada FMT.
“Nampak gaya gelombang hijau masih tak dapat ‘telus’ lagi ke selatan daripada Negeri Sembilan. Nampak kuat di Selangor tapi ke selatan belum lagi… tak mampu lagi,” tambahnya.
PH mempertahankan Parlimen Pulai menerusi Suhaizan Kayat dengan majoriti 18,641 undi manakala Nazri Abdul Rahman di DUN Simpang Jeram menikmati majoriti 3,154 undi.
Bagaimanapun, Syaza berkata berdasarkan pertambahan dua kali ganda undi diterima PN di Pulai, tidak mustahil gabungan Bersatu-PAS-Gerakan mampu menembusi negeri selatan pada pilihan raya akan datang.
“Ia bukan kekalahan sepenuhnya untuk PN. Saya rasa mereka juga sudah jangka banyak yang perlu dilakukan lagi di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Ads by Kiosked“Walaupun tak menang, mereka boleh raikan juga ‘swing’ (peralihan undi) yang ada,” katanya merujuk 29,642 undi kepada PN semalam berbanding 14,432 undi pada PRU15.
Azmi Hassan.Bagaimanapun, Azmi berkata PN tidak boleh mendabik dada dengan pertambahan undi itu memandangkan peratusan keluar mengundi sangat rendah iaitu 47% di Pulai.
“Kurangnya (majoriti PH) bukan disebabkan banyaknya undi diperolehi PN, tetapi peratus keluar mengundi kurang 30,000 dari PRU lepas jadi PN tak boleh kata gelombang hijau telah sampai ke Johor berdasarkan keputusan Pulai,” katanya.
Katanya, pengaruh PN di Simpang Jeram yang majoriti pengundi Melayu, juga masih lemah apabila pertambahan undi kepada calon PH, berkemungkinan besar disumbangkan pengundi Umno iaitu rakan sekutu kerajaan perpaduan.
Pada PRN Mac tahun lepas, PH memperolehi 8,749 undi sementara PN (6,350) manakala BN (6,062). PRK semalam, Nazri yang juga timbalan ketua Amanah Bakri memperoleh 13,844 undi.
“Jadi andaian mengatakan Simpang Jeram itu (yang menjadi) tumpuan utama PN kita boleh katakan gelombang hijau itu masih tersekat di Gemas iaitu sempadan Negeri Sembilan-Johor,” kata Azmi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/gelombang-hijau-pn-tersekat-di-gemas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Hijau Gagal Johor Kalis Politik Adu Domba

Gelombang Hijau Gagal Johor Kalis Politik Adu Domba

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 157 hits
HarapanDaily comKemenangan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram sekaligus menjadikan cita cita Perikatan Nasional untuk menembusi Johor terbukti tidak berjaya sama sekali Pengarah Komunik...
Rentasan 1437 Gempar Ternyata Tak Wujud Gelombang Hijau Pn Di Johor

Rentasan 1437 Gempar Ternyata Tak Wujud Gelombang Hijau Pn Di Johor

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 248 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1437 1 JANGAN BAWA LOQLAQ TONGONG DAN GEDEBER KE JOHOR 2 DEBAT PERDANA MADANI JALAN TERBAIK MEMBINA NEGARA 3 JAGA AGAMA JANGAN DITUNGGANG SESUKA HATI 4 HINANYA PN BETAPA JAHATNYA PAS
Aku Pelik Isteri Kata Seminggu 3 4 Kali Balik Lambat Sebab Ada Ot Sampailah Aku Terjumpa Slip Gaji Dia Rupa Rupanya Dia

Aku Pelik Isteri Kata Seminggu 3 4 Kali Balik Lambat Sebab Ada Ot Sampailah Aku Terjumpa Slip Gaji Dia Rupa Rupanya Dia

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 421 hits
Salam semua Hurmm tak tahu macam mana nak mula Nak tuduh takut berdosa sebab tak ada bukti Tapi otak ni memang cakap yang dia ada buat sesuatu yang tak elok di belakang saya Sekarang ni 8 malam waktu aku taip ni dalam kereta axia isteri yan...
Penyertaan Malaysia Di Sidang Kemuncak Perkukuh Kepusatan Asean Kata Pm

Penyertaan Malaysia Di Sidang Kemuncak Perkukuh Kepusatan Asean Kata Pm

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 144 hits
Anwar Ibrahim yang mengetuai delegasi Malaysia dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan dialog Asean antaranya Australia China Jepun India Korea Selatan Amerika Syarikat dan Kanada JAKARTA Perdana Menteri Anwar Ibrahim b...
Cak Imin Dipanggil Kpk Usai Deklarasi Cawapres Ini Kata Mahfud Md Soal Dugaan Politisasi Hukum

Cak Imin Dipanggil Kpk Usai Deklarasi Cawapres Ini Kata Mahfud Md Soal Dugaan Politisasi Hukum

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 190 hits
KPK sedianya memanggil Cak Imin Selasa 5 September 2023 Namun dari pihak Cak Imin meminta agar pemanggilan tersebut dijadwalkan ulang
Hubungan Malaysia Indonesia Mencakupi Seni Budaya Kata Anwar

Hubungan Malaysia Indonesia Mencakupi Seni Budaya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 217 hits
Anwar Ibrahim menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti di Jakarta Indonesia malam ini JAKARTA Hubungan Malaysia dan Indonesia melangkaui bidang diplomatik dan ekonomi malah turut mencakupi seni budaya seiring konsep kerajaan Mad...
Kata Masuk Billion Billion Hang Kutuk Bang Non Mohong Bagai Hang Nak Minta Bantuan

Kata Masuk Billion Billion Hang Kutuk Bang Non Mohong Bagai Hang Nak Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 163 hits
Lor Betul ke ni Takkan dah tak ada duit Walau kemain lagi cerita Sanusi bawa kemajuan ke negeri Kedah Kalau mahu takkan la takde duit Bagusnya PMX tak usah layan Dia ni jenis ular ni Kalau lepaskan dia nanti dia akan patuk balik Lebih selam...
Harakah Kata Sejarah Tercipta Sebab Tun Mahathirr Errrrr

Harakah Kata Sejarah Tercipta Sebab Tun Mahathirr Errrrr

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 397 hits
Tak pelik bukan politik Berpuluh tahun dihasut mahafiraun pemerintahan bukan islamik itu penjajajah ini penjajah Diheretnya pula anwar yang pada harini PMX ke jalanan kononnya demi keadilan Tak cukup dengan itu rakyat sekali diheret membuat...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco

Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap