Gelaran Harimau Malaya Asalnya Diberikan Oleh Mantan Presiden Indonesia Bung Karno
Tahukah anda bahawa nama julukan pasukan bola sepak negara Malaysia iaitu Harimau Malaya telah diberikan oleh Presiden Soekarno?
Jolokan Harimau Malaya awalnya adalah gelaran seorang pemain Timnas Malaya sekitar tahun 1940an bernama Dollah Don. Dollah Don bermain di posisi penyerang (striker). Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Dollah Don mendapat pendidikan awal di SD Ngee Heeng dan berikutnya di SD Bukit Zaharah dari darjah 2 sampai 4, kemudian melanjutkan pelajarannya di English College. Semenjak dari zaman sekolah, Dollah Don sudah dikenali sebagai atlet yang aktif.
Dollah Don mula belajar bermain bola sepak dengan menggunakan bola tenis. Setelah dewasa, Dollah Don mula mewakili negerinya Johor dalam turnamen Piala HMS Malaya yang kemudian dikenali sebagai Piala Malaya (Sekarang Piala Malaysia).
Sejak dari awal keterlibatan Dollah Don dalam bola sepak, beliau sudah ada banyak fans di Indonesia. Dollah Don sering mendapat undangan khusus untuk mengadakan pertandingan persahabatan atau pun diundang menjadi pemain jemputan.
Dalam pertandingan antara Peseja (mungkin Persija Jakarta) dengan Melayu Singapura, Presiden Soekarno juga turit sama menyaksikan pertandingan tersebut. Barisan pemain Peseja diwakili oleh pemain asal Indonesia dan Belanda. Salah seorang dari pemain tersebut adalah Van Der Veen yaitu kiper yang terkenal di Asia ketika itu.
Babak pertama, tim Melayu Singapura ketinggalan 3 - 0.
Namun, fasa babak kedua tim Melayu Singapura telah bangkit untuk menyamakan kedudukan dan semua tiga gol Melayu Singapura dicetak oleh Dollah Don sendiri. Kagum dengan kehebatan Dollah Don, Presiden Soekarno telah memberi gelaran kepada beliau sebagai Harimau Malaya.
Sejak dari itu, Timnas Malaya terus menyerap semangat kehebatan Dollah Don dan seterusnya Timnas Malaya dikenali sebagai Harimau Malaya hingga ke hari ini.
Artikel ini diperoleh dari pelbagai sumber internet. Mungkin ada kesalahan fakta. Mungkin para pembaca ada yang lebih tahu versi yang sebenarnya. Walauapa pun, terima kasih Bung Karno kerana memberi gelaran keramat itu kepada Dollah Don dan menjadi simbol kehebatan pasukan negara Malaysia. Hidup Harimau Malaya!
[sumber: kompasiana]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2012/12/gelaran-harimau-malaya-asalnya.html