Gelaran Dr Tapi Kelaut Juga Rupanya








Marwan Zulkifli


1. Media sosial sedang ribut tentang isu pembukaan kantin di sekolah pada bulan puasa. Pada pandangan saya, memang relevan jika ada Muslim yang tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Pendidikan yang membenarkan kantin-kantin sekolah dibuka untuk memudahkan para pelajar bukan Muslim mendapatkan makanan waktu rehat.

2. Saya menyebut relevan kerana ada sudut pandang yang boleh diterima. Namun, dalam masa sama tidak patut untuk bermudah-mudah menggunakan label yang diguna secara longgar seperti liberal atau “rahmah yang tidak rahmah”. Sebabnya ini isu polisi yang ada sisi pro dan kontra.

3. Memang mudah sahaja untuk mengutip pendapat-pendapat ulama yang bertegas dalam soal ini dengan menggunakan kaedah “bukan Muslim menjaga sensitiviti umat Islam di negara Islam” sama ada dalam karangan klasik mahupun kontemporari. Katakan, secara umumnya kita boleh menerima kaedah itu sebagai salah satu yang penting demi keharmonian masyarakat, namun sejauh mana isu membuka kantin yang sedang hangat ini termasuk dalam aplikasi kaedah tersebut? Adakah dengan arahan membuka kantin itu bermaksud menggalakkan agar tidak menjaga sensitiviti umat Islam? Kalau tidak makan di kantin, adakah kena makan di kelas atau di tempat duduk berhampiran kelas yang lagi mudah dilihat anak-anak pelajar Muslim?

4. Saya berpandangan isu tersebut tidak termasuk dalam kategori tidak menjaga sensitiviti kerana yang diarahkan untuk dibuka ialah kantin. Para pelajar Muslim tidak pergi ke kantin ketika bulan puasa. Malah saya fikir, dengan sikap mudah menghukum sebahagian masyarakat hari ini, pelajar Muslim yang ada keuzuran daripada berpuasa seperti sakit dan sebagainya pun tidak akan pergi ke kantin pada bulan puasa. Jadi, pengasingan sudah berlaku dan makan di kantin sekolah pada bulan puasa sudah tidak termasuk melanggar sensitiviti.

5. Apatah lagi isu ini melibatkan para pelajar yang dalam usia adik dan anak kita walaupun mereka tidak seagama dengan kita. Tidak sewajarnya kita berlebih-lebihan hingga ke tahap ini.

6. Oleh yang demikian, isu ini melibatkan dasar awam, justeru bersifat boleh dibahaskan lagi sudut-sudut maslahah dan mafsadahnya. Pandangan yang dipetik daripada beberapa fuqaha' juga sebenarnya bersifat tarik-menarik antara maslahah dan mafsadah. Pihak pentadbiran sekolah juga boleh diberi kepercayaan untuk mengurus isu ini dengan bijaksana dalam kerangka kebenaran membuka kantin oleh pihak kerajaan. Jadi, tiada pandangan muktamad dan terlampau jelas sehingga boleh laju dan melampau dalam memberi aneka label kepada pihak yang dikritik.

7. Adakah ini bermaksud orang Islam terlalu mengalah, terlampau toleransi atau “terpaling” rahmah? Jawabnya, saya tidak faham mengapa tindakan sebegini dianggap sebagai “mengalah” dari pihak Muslim? Apa sebenarnya yang kita telah mengalah? Lagi-lagi hal ini melibatkan anak-anak pelajar yang senegara dengan kita dan ruang kantin pula tidak lagi dikunjungi pelajar Muslim pada bulan puasa sebagaimana telah diterangkan sebentar tadi. Kita juga tidak sesekali mengalah dari segi kepercayaan bahawa puasa wajib kepada Muslim. Kita juga bersetuju bahawa pendidikan kepada pelajar untuk berpuasa adalah dengan menyediakan suasana yang menyokong mereka untuk berpuasa. Jadi, tidakkah wajar kita berdebat isu sebegini dengan sekadarnya tanpa melampau?

8. Saat isu yang terbuka kepada perdebatan ini dibingitkan secara berlebihan oleh sesetengah ahli akademik dan agamawan, anehnya sebahagian pihak pandang sepi sahaja isu 164 tuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit pengubahan wang haram atas penderitaan rakyat Palestin. Sedangkan isu pecah amanah ini lagi wajar diberi perhatian besar termasuk mendesak kerajaan bertindak dengan peraturan lebih jelas untuk mengawal pertubuhan dan NGO yang mengutip dana awam dan kegiatan kemanusiaan.

9. Selamat berpuasa, berbahaslah dan promosilah pandangan anda tapi jangan melampau.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/gelaran-drtapi-kelaut-juga-rupanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Mak Ayah Jangan Tunggu Cepat Bertindak Ikut Langkah Ni

Dah 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Mak Ayah Jangan Tunggu Cepat Bertindak Ikut Langkah Ni

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 179 hits
Bila anak sudah masuk dua tahun pastinya mama papa sudah mula risau anak masih tak bercakap Sebenarnya memang patut mama papa risau bila anak dah cecah usia dua tahun Walaupun masih belum boleh bercakap lancar anak pada usia ini sepatutnya ...
Berkhemah Di Hutan Tapi Berkaraoke Mengalahkan Beruk

Berkhemah Di Hutan Tapi Berkaraoke Mengalahkan Beruk

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 126 hits
Sinar HarianMERAK JALANANBaru baru ini Merak Jalanan memanfaatkan hari cuti dengan pergi berkhemah dan bermalam bersama beberapa rakan lama di satu kawasan rekreasi tidak jauh dari Kuala Lumpur Aktiviti sebegini bukan lagi asing buat rakyat...
Cerita Korban Tppo Yang Hendak Dijual Ke Timor Leste Rp100 Juta Digagalkan Ibu Tapi Pelaku Dilepas Polisi

Cerita Korban Tppo Yang Hendak Dijual Ke Timor Leste Rp100 Juta Digagalkan Ibu Tapi Pelaku Dilepas Polisi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 154 hits
Ibu korban ST mengaku sangat menyayangkan sikap kepolisian yang melepas GH bersama alat bukti berupa handphone
Kote Keras Tapi Tak Tegang 10 Cara Jadi Power Tanpa Ubat

Kote Keras Tapi Tak Tegang 10 Cara Jadi Power Tanpa Ubat

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 436 hits
Kote keras tetapi tidak tegang juga merupakan salah satu dari masalah kesihatan lelaki yang paling biasa Artikel pada kali ini kami akan berkongsikan kepada anda beberapa cara mudah untuk jadikan kote keras anda tegang dan kuat tanpa menggu...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business

Android 16 Is Here

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You