Gelandangan Kl Diusahakan Kerja Pn Prihtin Rakyat Miskin
Seramai 753 gelandangan ditempatkan di 12 pusat sementara gelandangan di ibu negara sehingga semalam.
Gelandangan di KL akan diberi kerja selepas PKP
PETALING JAYA: Kira-kira 300 gelandangan di Kuala Lumpur dijangka ditawarkan pekerjaan bergaji minimum di bawah inisiatif selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata 93 gelandangan daripada kumpulan pertama yang ditemuduga akan mula bekerja di 3 syarikat – Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Hartalega NGC Sdn Bhd dan Harumi Brands Sdn Bhd, pada 13 Mei ini.Katanya, 51 gelandangan lain akan ditemuduga Top Glove Sdn Bhd, Tesco Malaysia dan Trendcell Sdn Bhd yang memiliki Pasaraya Jaya dalam masa terdekat.Tiga lagi syarikat yang belum dinamakan turut akan menjadi sebahagian inisiatif itu.Gelandangan itu akan diberikan pekerjaan di pasar raya, industri makanan serta pembuatan sarung tangan.“Hasrat saya adalah untuk memastikan golongan gelandangan ini mempunyai kehidupan lebih baik dan tidak kembali kepada kehidupan bergelandangan selepas ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.Selain peluang pekerjaan, mereka juga akan diberikan latihan kemahiran oleh Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.“Sesi taklimat kerjaya dan temuduga juga akan diadakan di 6 lagi pusat sementara gelandangan minggu depan.”
Annuar berkata, kira-kira 300 gelandangan di pusat perlindungan sedemikian menjadi sebahagian program bantuan Covid-19.Katanya, bermula dengan 2 pusat gelandangan, kini pusat sementara gelandangan bertambah kepada 12.Beliau berkata, jumlah gelandangan yang ditempatkan di pusat itu meningkat daripada 250 orang pada 24 Mac lalu kepada 908 orang, termasuk 71 warga asing.“Sehingga 7 Mei 2020, pusat penempatan gelandangan itu masih menempatkan 753 gelandangan, 670 daripadanya lelaki, 79 wanita dan 4 kanak-kanak.”
Annuar berkata, kira-kira 300 gelandangan di pusat perlindungan sedemikian menjadi sebahagian program bantuan Covid-19.Katanya, bermula dengan 2 pusat gelandangan, kini pusat sementara gelandangan bertambah kepada 12.Beliau berkata, jumlah gelandangan yang ditempatkan di pusat itu meningkat daripada 250 orang pada 24 Mac lalu kepada 908 orang, termasuk 71 warga asing.“Sehingga 7 Mei 2020, pusat penempatan gelandangan itu masih menempatkan 753 gelandangan, 670 daripadanya lelaki, 79 wanita dan 4 kanak-kanak.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu contoh kerajaan orang Islam yang prihatin ke atas kemiskinan rakyat. Kerajaan PN pimpinan PM 8 sekarang.
Kisah ini pula berlaku semasa Khalifah Islam Umar Khattab RA. Berlaku pada suatu malam... Khalifah Sayyidina Umar ra. melakukan kebiasaan rutinnya, iatu berjalan bersama pengawal nya yang bernama Aslam, untuk mengintai dan menyiasat nasib rakyatnya. Bahkan seringkali sampai ke wilaah pinggiran kota. Tiba-tiba di sebuah dusun kecil terpencil, sayup-sayup telinga mereka menangkap suara tangis anak anak kecil. Tak lama kemudian, tangisan berhenti, namun sebentar kedengaran lagi.. Setelah mereka yakin arah suara tangis itu tadi, pelan-pelan mereka pun mendekati sebuah rumah rakyatnya. Mereka melihat seorang ibu, dengan wajah yang muram menghadap ke sebuah periuk yang di atas satu panggangan api, sedang memasak sesuatu. Di sebelah ibu itu ada dua anak kecil yang sedang menangis sambil mememang di baju ibunya.Sambil berteriak "Mak lapar mak!" Sesekali ibu itu menghadap periuk itu dan mengaduk-aduk sesuatu , mulutnya bicara pelan kepada anaknya, "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu sesaat, sambil menunggu bubur segera masak." Mendengar hibur ibunya, anak-anak itu pun dapat tertidur sesaat. Namun, tak lama bangun lagi, dan si anak menangis lagi. Si ibu kembali berlagak, pura-pura mengaduk periuk itu sambil menghibur pilu., "Diamlah wahai anakku. Tidurlah kamu, ibu sedang memasakkan makanan untukmu." Peristiwa itu terjadi berulang kali. Melihat adegan ganjil ini, Khalifah umar ra. lantas bertanya dalam hati: apa gerangan yang dimasak itu? Dan kenapa masakan si ibu itu tak masak masak? Sayyidina Umar bersama pengawalnya pun pelan-pelan mendekat, lalu mengetuk pintu pelan di daun pintu sambil mengucapkan salam, "Assalamu'alaikum." Si ibu itu pun menjawab, "Wa'alaikumusalam," dan membukakan pintu. Dia pun bertanya dengan penuh curiga di dalam hatinya, "untuk apa tengah malam ada lelaki asing bertamu ke rumahnya?" Umar lantas bersegera melontarkan pertanyaan tentang apa yang sedang di masak si ibu, dan apa penyebab anak-anaknya tak henti-hentinya menangis pula. Dengan suara lirih, ibu itu menjawab, “Aku memasak batu-batu ini untuk menghibur anakku. Inilah kejahatan Khalifah ‘Umar bin Khaththab. Ia tidak mahu melihat ke bawah, apakah keperluan rakyatnya sudah dipenuhi belum. Aku seorang janda. Sejak pagi, aku dan anakku belum makan apa-apa. Jadi ia kusuruh berpuasa, dengan harapan ketika waktu berbuka kami mendapat rejeki. Namun ternyata tidak. Sesudah maghrib tiba, makanan belum ada juga. Anakku terpaksa tidur dengan perut kosong. Aku mengumpulkan batu-batu kecil, memasuk ke dalam panci dan kuisi air. Lalu batu-batu itu kumasak untuk membohongi anakku, dengan harapan ia akan tertidur lelap sampai pagi. Ternyata tidak. Mungkin kerana lapar, sebentar-sebentar ia bangun dan menangis minta makan.” Oleh kerana pada zaman itu, tidak semua rakyat di Madina yang tahu rupa wajah Amirul Mukminin Sayyidina Umar. Cuma rakyat yang tinggal di berdekatan kota yang kenal, tetapi yang tinggal berjauhan cuma kenal nama pemerintah mereka. Jadi tidak hairan jika ibu itu tidak kenal rupa Sayyidina Umar dan tidak tahu bahawa lelaki asing itu adalah sebenarnya Sayyidina Umar. Mendengar penuturan si ibu, Aslam berniat menegur perempuan itu. Namun Khalifah ‘Umar sempat mencegah. Dengan air mata berlinang Umar bangkit dan mengajak Aslam cepat-cepat pulang ke Madinah. Sambil berjalan dari rumah itu, dia menangis dalam hati, memohon ampun pada Ilahi, kerana dia melihat dia sudah gagal sebagai pemerintah yang adil. Dan dia takut, Allah akan murka pada Hari Kiamat. Sayyidina Umar bergegas ke Baitulmal dan lalu mencedok beberapa gandum dan memasukkan ke dalam sebuah guni. Pengawalnya yang melihat Umar berasa curiga kenapa dia membuat sedekemian. Dia pun mengangkat sendiri guni gandum itu. Lalu pengawalnya berkata "Wahai Amiru Mu'minin, biar aku sajalah yang mengangkat karung ini." kerana merasa bersalah.Dengan wajah merah padam lalu Sayyidina Umar menjawab, "Apakah kamu mahu menggantikan aku menerima murka Allah akibat membiarkan rakyatku kelaparan? Biar aku sendiri yang memikulnya kerana ini lebih ringan bagiku dibanding siksaan Allah di akhirat nanti." Pengawalnya terdiam atas jawapan Umar. Mereka pun jalan kembali ke rumah ibu tadi. Akhirnya, sampailah Umar di rumah buruk tadi. Amirul Mu'minin terus masuk dan lalu memasakkan sebagian gandum yang dibawanya, dan menyuruh ibu untuk mengejut anak-anaknya itu. Ibu itu terus mengalir air mata kerana tidak sangka lelaki asing itu sangat baik sekali untuk bantu. Setelah masak, Sayyidina Umar pun mengajak keluarga yang miskin itu untuk makan. Sambil melihat mereka makan, Umar duduk tersenyum dalam hatinya. Hatinya berasa sangat lega kerana melihat anak-anak kecil itu kembali gembira. Sejurus berikutnya, Umar berpesan agar esok harinya anak dan ibu datang ke Baitul Mal menemui Umar untuk mendapatkan makanan dari negara. Ibu itu pun mengucapkan terima kasih, lalu berkata "Engkau lebih baik dibanding khalifah Umar.." Esok hari itu, datanglah ibu itu ke Baitul Mal. Umar pun menyambut dengan senyum bahagia. Ketika ibu itu melihat wajah Khalifah, dia menyedari bahawa orang yang membantunya semalam adalah Umar Amirul Mu'minin. Wajah ibu itu seketika pucat pasi dan tubuhnya gemetar, setelah tahu bahawa lelaki dihadapannya adalah Khalifah Umar bin Khatab. Dia kelihatan ketakutan sekali, apalagi telah mengatakan dzalim kepada beliau. “Aku mohon maaf!” tangan dan kakinya gemetar. Selama ini ia belum pernah tahu wajah khalifah Umar hanya mendengar saja dari orang lain. Kini pemimpin besar umat Islam itu ada dihadapannya, betapa hatinya kecut. Ia telah menyumpahi dengan kata-kata dzalim kepada beliau. Ia sudah siap menerima hukuman yang akan ditimpakan. “Ibu tidak bersalah, akulah yang bersalah selama ini. Aku berdosa membiarkan seorang ibu dan anak kelaparan di wilayah kekuasaannku, bagaimana aku akan bertanggungjawab dihadapan Allah? Sudi kiranya Ibu memaafkan aku?” ucap Khalifah dengan rasa penyesalan mendalam.
Wanita itu terdiam, tidak keluar sepatah katapun. Ia masih belum percaya kalau lelaki gagah itu adalah Khalifah Umar bin Khatab yang sangat ditakuti dan disegani kaum muslimin. Beliau masih sempat datang membawa makanannya sendiri sekedar untuk memenuhi keperluan makanan wanita dan anaknya yang kelaparan.Allahu Akbar!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/gelandangan-kl-diusahakan-kerja-pn.html