Gelandangan Bertambah Semasa Pkp
Oleh LIYANA RAMLI

 WAN Norashikin Wan Nordin meninjau Pusat Penempatan Gelandangan (PPG)  Sementara di Wisma Persatuan Bulan Sabit Merah, Ipoh, Perak, hari ini.  -  UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLIIPOH:  Jumlah gelandangan di negeri ini didapati bertambah disebabkan ramai  yang hilang pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan  Noordin berkata, kebanyakan yang hilang pekerjaan terdiri daripada  mereka yang bergaji hari yang hilang pendapatan kerana sektor perniagaan  mereka tidak dapat beroperasi semasa PKP.
Menurutnya, disebabkan hilang pekerjaan, mereka tidak mampu membayar sewa rumah atau bilik dan menjadi gelandangan.
Katanya, kerajaan negeri membantu  golongan itu memperoleh pekerjaan melalui sesi job matching oleh   Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)  dan selain dirujuk ke Anjung  Singgah sementara mencari tempat tinggal tetap.
“Seramai 63 gelandangan  diselamatkan  dalam Operasi Menyelamat Gelandangan (OMG) yang diselaraskan oleh  Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan dibantu Sekretariat Pembangunan  Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) sejak 5 Jun lalu.
“Daripada jumlah itu, gelandangan  yang berada di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara di sini  hanya 24 orang kerana ada yang ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta  (HBUK), Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) dan telah diambil oleh  waris.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  juga telah melakukan profiling gelandangan untuk membantu mengesan waris  mereka supaya mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya  pada  majlis pengoperasian PPG Sementara di sini hari ini.
Menurut Wan Norashikin, kesemua  gelandangan yang diselamatkan itu telah menjalani ujian saringan dadah  oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan ujian Real-Time Reverse  Transcription-Polymerase atau RT-PCR Covid-19 yang dijalankan oleh  Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selain pemeriksaan kesihatan berkala oleh  petugas kesihatan.
Beliau berkata, jumlah gelandangan lelaki lebih ramai berbanding wanita berusia antara 31 hingga 82 tahun. – UTUSAN ONLINE  
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/gelandangan-bertambah-semasa-pkp.html