Gelabah Hilang Kuasa Mahathir Macam Sembunyikan Sesuatu



Tidaklah kita ketahui apakah jenis syaitan atau Iblis yang telah merasuki otak Tun Mahathir, kegilaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri sudah mengatasi kegilaan Anwar Ibrahim

Tak pernah kita tengok Mahathir se-kelam kabut bergini, gelagat Mahathir yang hilang kuasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang beliau sembunyikan dari pengetahuan rakyat

Kenapa Mahathir kelam kabut? sepatutnya beliau terima dengan berlapang dada atas keputusan YDP Agong, bukankah beliau sendiri yang menyerahkan kuasa melantik PM baru ke tangan Agong

Krisis ini bukan dimulakan oleh rakyat atau parti pembangkang, tetapi beliaulah yang memulakan krisis ini, sudah elok-elok Malaysia ada kerajaan dia pula letak jawatan dengan alasan kononnya untuk melantik barisan kabinet baharu

Kabinet baharu yang beliau bakal lakukan itu amat bertentangan dengan semangat demokrasi di negara kita, ye lah mana mungkin parti-parti yang memiliki kerusi terbanyak tidak diambil kira dalam pembentukan kabinet baharu Mahathir, semua kuasa hanya berpusat kepada beliau seorang, menjadikan menteri-menteri kabinet yang beliau lantik sebagai "Yes Man" rakyat menolak sistem "Diktator" seperti itu

Rasanya tidak perlu lagi untuk diulas apa implikasi yang akan dan bakal berlaku sekiranya sistem yang ingin dilakukan oleh Mahathir itu berjaya, tetapi yang akan ditulis di sini ialah kenapa Mahathir seolah-olah menggelabah kerana hilang kuasa

Baiklah mari kita toleh ke belakang, kejadian berlaku pada tahun 2003, tepatnya pada 31 Oktober 2003 ketika Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri ke-5

Kita lihat, peralihan itu berjalan cukup lancar, mungkin akan ada yang kata, Pak Lah dan Mahathir satu parti dan ketika itu Barisan Nasional memperolehi majoriti yang cukup selesa untuk melakukan peralihan kuasa, ya memang betul, mereka satu parti dan BN ada majoriti besar, tetapi apa yang orang tidak tahu, ialah perjanjian antara Pak Lah dan Mahathir

Kalau rakyat masih ingat, sebelum Mahathir serah kuasa kepada Pak Lah, Mahathir ada menjalankan satu projek mega jambatan bengkok, projek itu adalah idea Mahathir, jadi sebelum Mahathir letak jawatan, beliau telah meminta Pak Lah untuk meneruskan projek itu, maka Pak Lah pun pada asasnya bersetuju, jadi berlakulah peralihan kuasa Perdana Menteri

Bila mana Pak Lah telah menjadi Perdana Menteri, maka terkeluarlah laporan dari beberapa portal dan akhbar milik pembangkang yang mengatakan pembinaan jambatan bengkok itu projek kroni dan kos pembinaan yang terlalu mahal tidak setara dengan fizikalnya. (boleh search balik laporan pembangkang mengenai jambatan bengkok) ya semua orang tahu, pemilik syarikat Gerbang Perdana itu kroni Mahathir

Jadi sebagai Perdana Menteri, tidak salah untuk Pak Lah "review" semula kos pembinaan jambatan itu, setelah di buat semakan mengenai kos, maka Pak Lah dan kerajaan ketika itu berpendapat ada kebenaran seperti apa yang dilaporkan oleh pembangkang, maka Pak Lah buat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan bengkok

Disini kita dapat melihat peranan parti pembangkang didalam atau diluar parlimen, pembangkang menjadi "check and balance" kepada kerajaan, kalau nak ikut model kerajaan yang Mahathir bakal buat, dalam parlimen tidak ada pembangkang jadi siapa yang akan semak dan imbang "check and balance" tindakkan kerajaan? 
Sejak dari hari pembatalan projek jambatan bengkok itu, Mahathir setiap hari menghentam kepimpinan Pak Lah, Mahathir melakukan "road show" ke seluruh Malaysia memburukkan Pak Lah, dengan mengatakan Pak Lah lembik, lembab dan pelbagai lagi. habis cerita-cerita peribadi Pak Lah dari dia menjadi ketua Pengakap sekolah sehinggalah yang terkini (ketika itu) di bongkar dan didedahkan oleh Mahathir dan para Operatif-nya. di pendekkan cerita, Pak Lah pun letak jawatan

Najib Razak pun menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, seperti biasa, pada mulanya Mahathir menyambut baik pelantikan Najib menjadi perdana menteri, maka dalam perkiraan Mahathir, sudah pasti Najib akan meneruskan projek jambatan bengkok idaman beliau itu, tetapi malangnya Najib melihat projek jambatan bengkok itu tidak banyak membawa keuntungan kepada negara lalu Najib tidak melaksanakan hajat Mahathir itu

Bukanlah perangai Najib yang suka bertegang urat dengan negara lain, tetapi Najib memikirkan apa keuntungan yang boleh memberi menafaat kepada rakyat, cara itu tidak disukai oleh Mahathir

Kemuncak kemarahan Mahathir terhadap Najib berlaku apabila syarikat milik Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad 1MDB membeli beberapa buah stesen janakuasa milik kroni Mahathir, pada Najib, untuk apa beri keuntungan atas angin kepada kroni Mahathir sedangkan semua stesen janakuasa itu boleh dimilik negarakan, lalu Najib ditubuhkan satu syarikat Edra Energy membeli stesen janakuasa milik kroni Mahathir

Maka bermulalah episod peperangan antara Mahathir dan Najib, malah Mahathir memfitnah Najib menjual stesen janakuasa itu kepada negara China tanpa mengetahui atau sengaja Mahathir buat-buat tak tahu yang Edra Energy itu sudah menjadi milik negara, hanya beberapa operator dalam Edra Energy itu dari syarikat negara China

Begitu juga dengan Proton, Mahathir cukup marah bila mana Proton memohon geran sebanyak 2 Billion kepada kerajaan dengan alasan untuk membangunkan kereta elektrik tidak diluluskan oleh Najib, kalau kita fikir secara logik, Proton ditubuhkan pada tahun 1983, sudah 31 tahun (dikira sehingga tahun 2014) Proton beroperasi, takanlah untuk buat R&D pun masih lagi mahu meminta Geran dari Kerajaan, ingat ye Proton minta Geran bukan Pinjaman

Kesimpulan yang boleh kita lihat di sini ialah, Mahathir cukup-cukp setia menjaga kroni dan kepentingan dia

Adakah punca Mahathir kelam kabut hilang jawatan Perdana Menteri kerana gagal memberi semula kekayaan yang kroninya telah hilang sewaktu pemerintahan Pak Lah dan Najib

Anda boleh nilaikan sendiri beginikah perangai NEGARAWAN??

p/s. Semua maklumat yang ditulis ini ada dalam internet, boleh cari sendiri untuk pengesahan, artikel ini hanya rangkuman sahaja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darulehsantoday.blogspot.com/2020/03/gelabah-hilang-kuasa-mahathir-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Johor Hilang Kuasa Amanah Salahkan Tun Mahathir

Ph Johor Hilang Kuasa Amanah Salahkan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 331 hits
Hari menyaksikan perubahan kerajaan di Johor Pakatan Harapan menjadi kerajaan negeri Johor sebelum ini tumbang dengan sendirinya bila mana Tun Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Johor kini di perintah oleh gabungan ...
Kerana Tamak Kuasa Selepas Heret Istana Kini Dr Mahathir Akan Heret Rakyat Dengan Cubaan Sabotaj Di Dewan Rakyat

Kerana Tamak Kuasa Selepas Heret Istana Kini Dr Mahathir Akan Heret Rakyat Dengan Cubaan Sabotaj Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 383 hits
Dr Mahathir akan dikenang dalam sejarah sebagai ahli politik yang paling banyak menghuru harakan landskap politik tanah air Sikap keras kepala dan pendendam Dr Mahathir menyebabkan beliau akan lakukan apa saja demi untuk memenuhi nafsu sera...
Mahathir Malaysia Digulingkan Dari Parti Di Tengah Perebutan Kuasa

Mahathir Malaysia Digulingkan Dari Parti Di Tengah Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 320 hits
Mahathir Malaysia digulingkan dari parti di tengah perebutan Kuasa KUALA LUMPUR Malaysia Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad digulingkan dari parti politik etnik Melayu dalam pertempuran terbaru dengan penggantinya tetapi telah ...
Bila Cikgu Hilang Kuasa

Bila Cikgu Hilang Kuasa

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 361 hits
TERGAMAK kalian buat cikgu begini Demikian kekecewaan Mohd Khairul Izzuddin Shaari 31 yang terbaca komen terbuka pelajar sekolah di Twitter yang tidak mempedulikan pembelajaran dalam talian Mohd Khairul memuat naik tangkap skrin komen negat...
Rentasan 682 Panas Mukhriz Mahathir Dedah Punca Ph Tumbang Di Kedah

Rentasan 682 Panas Mukhriz Mahathir Dedah Punca Ph Tumbang Di Kedah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 352 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 682 1 UNTUK APA MOU PERIKATAN NASIONAL TANPA IKATAN UNDANG UNDANG 2 HARGA BARANGAN BASAH NAIK MENJELANG PERAYAAN BUKAN FENOMENA BAHARU 3 APA CERITA DI SEBALIK TABIR PENGERUSI BURSA MALAYSIA 4 MENTERI BESAR SELANGOR ME...
Mahathir Vows To Oust Muhyiddin At Every Turn

Mahathir Vows To Oust Muhyiddin At Every Turn

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 366 hits
Former PM Dr Mahathir Mohamad says Muhyiddin Yassin s alliance only held a two seat majority in Dewan Rakyat and he will work with Anwar Ibrahim to topple the government KUALA LUMPUR Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said he would s...
Rakaman Dr Mahathir Kononnya Setuju Keluar Ph Terbukti Palsu

Rakaman Dr Mahathir Kononnya Setuju Keluar Ph Terbukti Palsu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 482 hits
Diatas adalah kenyataan Dr Mahathir yang terbaru menafikan rakaman yang beredar kononnya Dr Mahathir Rakaman yang kononnya Mahathir berkata tidak suka pada DAP dan Anwar Ibrahim dan menyokong keluarnya BERSATU dari PH Tulang Besi sendiri pe...
Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

Kerana Tun Mahathir Kata Melayu Pemalas Kaum Lain Mempunyai Persepsi Tersebut Terhadap Orang Melayu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 535 hits
Stereotyping Malays I have a Malay friend who is married with two young kids By day he works in the office After work he takes
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine