Gantung Diri Kerana Miskin Ini Juga T Jawab Pemimpin



SEORANG remaja yang masih bersekolah di Ternate ditemui mati tergantung di rumahnya dipercayai kerana tertekan dengan masalah kemiskinan yang dihadapi keluarganya itu.Mangsa yang berusia 16 tahun ditemui masih lengkap berpakaian sekolah dalam keadaan tergantung oleh adiknya,11 tahun yang baru pulang ke rumah setelah selesai bermain.Menurut adik mangsa lagi seorang, AM, mangsa ada bersuara bahawa badannya terasa dingin. Mangsa juga juga ada bertanya mengenai makanan dan wang.“Setelah pulang dari sekolah, dia ada bertanya mengenai makanan dan saya memberitahunya makanan ada di atas meja” kata AM.Namun mangsa kembali bertanya kepada AM mengapa hanya tinggal nasi sahaja manakala lauknya tiada.AM hanya mampu terdiam tanpa membalas persoalan yang diutarakan oleh abangnya itu.Setelah itu mangsa bertanya pula mengenai wang bernilai 5000 rupiah (RM1.49) yang diletakkan di atas meja. Namun AM tidak tahu kemana perginya wang tersebut.Setelah itu, AM keluar untuk bermain. Ketika dia sedang bermain, dia telah menerima berita bahawa abangnya itu telah dijumpai mati dengan menggantung diri.Mereka empat beradik tinggal bersendirian tanpa ibu bapanya kerana kedua mereka bekerja sebagai pelombong di luar Ternate, iaitu Weda, Kabupaten Halmahera Tengah.Ketua Polis Utara Ternate, Iptu Efrian Batiti telah mengesahkan kejadian tersebut dan berkata kes tersebut masih dalam siasatan.
Sumber: Kompas.com

Contohi cara Khalifah Umar Abdul Aziz urus baitulmal  -Dr Radeiah Mohd Nor
Menurut pakar ekonomi, Monze Kahf, terdapat cendekiawan berpendapat miskin adalah individu yang memiliki harta dan pendapatan. Walau bagaimanapun, harta dan pendapatan itu tidak cukup untuk memenuhi keperluan hidup mereka.
Berbeza dengan fakir, mereka tidak memiliki sebarang keperluan untuk memenuhi kehidupannya. Dalam konteks Malaysia, miskin ini dikategorikan sebagai miskin relatif, sementara fakir pula adalah miskin mutlak. Menurut Monzer Kahf lagi, terdapat cendekiawan yang berpandangan sebaliknya.
Keadaan golongan miskin dan fakir ini diperincikan oleh Ibn Manzur melalui tiga pandangan. Pandangan Yunus, Ibn Al-Sakit, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, golongan fakir kedudukannya lebih baik berbanding miskin. Sementara Al-Asma'i, Ahmad bin Ubayd, Abu Bakar, Al-Farra', Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Al- Syafie menyatakan sebaliknya. 
Pandangan ketiga agak berbeza kerana berpandangan kedua-dua golongan itu sama sahaja kedudukannya. Pandangan Ibn Al-'Arabi ini kurang popular. Berdasarkan manuskrip dan kitab mengenai Khalifah Umar bin Abdul Aziz, perkataan 'fakir' banyak diguna pakai ketika menceritakan mengenai kemiskinan yang terhapus pada zaman itu. 
Seorang lelaki berketurunan Zaid bin Khattab berkata, "Umar bin Abdul Aziz memerintah selama dua tahun setengah, iaitu 30 bulan. Dia tidak meninggal dunia kecuali selepas membuatkan kita kaya dengan membawa harta yang melimpah- limpah, lalu dia berkata: Bahagikan ini kepada orang yang kamu anggap fakir. Umar terus melakukan itu sampai dia pulang dengan membawa harta yang tersisa.
Saat itu, tidak ditemukan lagi orang yang berhak menerima zakat dan keprihatinan negara, sehingga harta itu dibawa kembali ke baitulmal. Umar bin Abdul Aziz telah membuat seluruh rakyatnya menjadi kaya.
Khalifah Umar jadikan semua rakyat kaya
Diriwayatkan oleh Yahya bin Said yang juga salah seorang gabenor pada ketika itu, katanya, 
"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Selepas memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang fakir. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya. Akhirnya, zakat itu saya putuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya." 
Selain daripada riwayat itu, terdapat juga surat daripada Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada pegawainya, Urwah bin Muhammad yang membuktikan beliau sentiasa mengambil berat golongan fakir berbanding golongan miskin.
Isi kandungan surat itu: 
"...kemudian bahagikan zakat itu kepada golongan fakir mereka dan lantiklah di jalan menuju haji petugas yang diredai rakyat dan kamu juga reda atas agama dan amanahnya, sehingga akan mampu menguatkan yang lemah dan memperkayakan yang fakir..." 
Sepanjang tempoh dua tahun enam bulan pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, golongan miskin relatif masih wujud. Mereka adalah individu berhutang, pemuda yang tidak mampu membayar mahar perkahwinan dan musafir yang kehabisan bekal.
Semua mereka turut dibantu oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan melangsaikan hutang mereka, memberikan wang untuk dijadikan mahar perkahwinan dan memberikan wang sebagai bekalan kepada musafir yang kehabisan bekal. Golongan miskin relatif pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz hidup secara qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada). 
Seorang hamba perempuan Dhi Asbah di Mesir bernama Fartunah Al-Sawda' menulis surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengenai keadaannya yang sering diganggu dan ayamnya hilang disebabkan pagar rumahnya rendah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz melayan aduan itu kerana Fartunah adalah hamba yang semestinya hidup miskin. Tetapi tidak meminta harta sebaliknya meminta supaya pagar rumahnya ditinggikan supaya beliau dan ayamnya selamat. 
Ziyad, hamba kepada Ibn Iyasy dibenarkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz untuk masuk ke Baitulmal dan mengambil harta dalam Baitulmal itu. Penjaga Baitulmal curiga dengan arahan itu, tetapi disebabkan ia arahan khalifah, penjaga Baitulmal terpaksa akur.
Ziyad masuk ke Baitulmal dan hanya mengambil sekitar 80 atau 90 dirham sahaja. Melihat keadaan itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata kepada penjaga baitulmal:
"Aku tahu kepada siapa aku tumpahkan harta baitulmal (membuka dan mengambilnya sesuka hati)."
Sifat qana'ah rakyat, pemimpin
Keamanan dan kemakmuran yang dirasai pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah disebabkan sifat qana'ah yang dimiliki oleh rakyat dan pemimpinnya. Sifat qana'ah telah ditanam oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz ke dalam diri rakyatnya. Selain sifat qana'ah, beliau turut melakukan pengislahan sehingga rakyatnya berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT berbanding hal keduniaan. 
Rakyatnya memiliki kecenderungan seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Ini termasuk kecenderungan dalam menunaikan ibadah seperti sembahyang, puasa, membaca al- Quran dan ibadah lain membuatkan rakyatnya berlumba-lumba untuk melakukan hal yang sama. 
Sikap rakyat yang berubah daripada mencintai hal berbentuk keduniaan kepada mencintai ibadah juga adalah perkara asas yang menjadi penyumbang kepada kejayaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengurus kemiskinan pada zaman pemerintahannya.
Perkara sama seharusnya dilakukan di Malaysia. 
Sejarah menunjukkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya membasmi golongan miskin mutlak. Oleh itu, dasar, program dan aktiviti bertujuan memperkasa rakyat perlu disertakan dengan program yang berbentuk pengislahan supaya pemimpin dan rakyatnya seperti zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. (IH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/gantung-diri-kerana-miskin-ini-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dipercayai Tertekan Hidup Miskin Remaja Lengkap Berpakaian Sekolah Ditemui Mati Gantung Diri Dalam Rumah

Dipercayai Tertekan Hidup Miskin Remaja Lengkap Berpakaian Sekolah Ditemui Mati Gantung Diri Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1411 hits
Seorang remaja yang masih bersekolah di Ternate ditemui mati tergantung di rumahnya dipercayai kerana tertekan dengan masalah kemiskinan yang dihadapi keluarganya itu Mangsa yang berusia 16 tahun ditemui masih lengkap berpakaian sekolah dal...
Frustasi Dicerai Istri Suami Di Serang Gantung Diri Minum Racun Serangga

Frustasi Dicerai Istri Suami Di Serang Gantung Diri Minum Racun Serangga

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 369 hits
Tak hanya gantung diri AA pun sempat meminum racun serangga dan obat sesak napas Karena pada saat ditemukan terdapat botol obat rancun serangga dan obat sesak napas di dekat di sekitar jenazah
Tak Kunjung Dapat Jodoh Junaedi Pilih Gantung Diri

Tak Kunjung Dapat Jodoh Junaedi Pilih Gantung Diri

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 412 hits
Menurut keterangan temannya yang bernama Mulyono korban selama ini sering mengeluh kenapa sudah seumur belum pernah mendapatkan jodoh ujar Erna
Diduga Banyak Utang Karena Judi Pria Di Denpasar Gantung Diri

Diduga Banyak Utang Karena Judi Pria Di Denpasar Gantung Diri

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 266 hits
Seorang pria berinisial SAW ditemukan gantung diri di Jalan Danau Tondano Sanur Kauh Denpasar Selatan pada Jumat sekitar pukul 08 30 Wita
Jomblo Hingga Usia 56 Tahun Junaedi Tewas Gantung Diri Tetangga Sebut Kerap Curhat Ingin Menikah

Jomblo Hingga Usia 56 Tahun Junaedi Tewas Gantung Diri Tetangga Sebut Kerap Curhat Ingin Menikah

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 239 hits
Malam sebelum kematiannya Junaedi asal Babelan masih mengobrol dengan Mulyono tetangganya untuk mencarikan orang pintar Sampai usia 56 tahun Junaedi masih jomblo kesepian dan acap mengeluarkan isi hatinya untuk segera berumah tangga tapi ta...
Sebelum Tewas Gantung Diri Mama Muda Asal Jambi Unggah Sosok Pelakor Di Facebook

Sebelum Tewas Gantung Diri Mama Muda Asal Jambi Unggah Sosok Pelakor Di Facebook

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 434 hits
Fakta baru tentang tubuh perempuan muda di Tebo berinisial WA tergantung tali di palang pintu di rumahnya terungkap Peristiwa itu terjadi di Desa Sapta Mulia Kecamatan Rimbo Bujang Tebo Jambi Penelusuran Tribunjambi com WA sempat mengunggah...
Golongan Miskin Perlu Perbaiki Diri Cari Punca Lain Tambah Pendapatan Dr Mahathir

Golongan Miskin Perlu Perbaiki Diri Cari Punca Lain Tambah Pendapatan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 310 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat negara ini bahawa jurang kemiskinan dan perpecahan antara kaum akan menyebabkan Malaysia tidak mencapai status negara maju Katanya keadaan tersebut amat tidak sihat kerana ia boleh...
Ph Ponteng Abai Tanggung Jawab Makan Gaji Buta

Ph Ponteng Abai Tanggung Jawab Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 353 hits
Undi amaran MP PAS Umno kerana PH pontengKUALA LUMPUR Ahli Parlimen PAS dan Umno mengundi tidak bersetuju meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat adalah untuk memberi amaran Ahli Parl...
Dpr Ekuitas Negatif Jiwasraya Tanggung Jawab Manajemen Lama

Dpr Ekuitas Negatif Jiwasraya Tanggung Jawab Manajemen Lama

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 163 hits
Untuk menuntaskan persoalan Jiwasraya dia menjelaskan empat yang harus dilakukan manajemen yaitu pertama memberikan informasi yang detail kepada aparat penegak hukum yang menangani perkara ini
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation