Ganti Tuhan Dengan Allah Langkah Strategik Kristianisasi Kata Ngo


Komuniti Kristian evangelis dikatakan cuba memurtadkan komuniti Islam menggunakan kaedah ‘Strategi Kontekstualisasi’ untuk lebih mendekati komuniti Melayu Islam melalui budaya dan adat resam mereka. – Gambar Reuters
Tindakan pihak gereja yang mahu menggunakan kalimah “Allah” menggantikan perkataan “God” dalam Bible berbahasa Melayu merupakan strategi Kristianisasi terhadap umat Islam, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Abdul Karim Omar.
Karim berkata, komuniti Kristian evangelis yang cuba memurtadkan komuniti Islam mula menggunakan kaedah “Strategi Kontekstualisasi” untuk lebih mendekati komuniti Melayu Islam melalui budaya dan adat resam mereka.
“Mereka akan meneruskan identiti komuniti sebagai ‘Muslim’ tetapi menyatakan ketaatan kepada Tuhan Kristian,” katanya ketika seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Kaedah itu katanya menjadikan masyarakat Melayu yang menganut agama Kristian “menyembunyikan identiti” mereka apabila bersama kelompok Melayu beragama Islam.
Beliau menegaskan, melalui kaedah itu juga kelompok Melayu Kristian itu menjadi “gerakan dalaman” dalam usaha memurtadkan masyarakat Islam di negara ini.
Karim dalam sesi seminarnya bertajuk, “Cabaran dan Ancaman Kristianisasi Malaysia” menegaskan bahawa berdasarkan satu kajian, masyarakat Melayu yang menganut Kristian juga tidak mempamerkan “elemen Kristian” mereka secara terbuka.
“Mereka tidak letak tanda salib di dalam atau luar rumah. Mereka juga mengaku tidak amalkan ajaran Kristian di hadapan orang ramai.
“Malah, kadang-kala mereka turut solat di masjid dan berpuasa di bulan Ramadhan serta Tidak mempamerkan bahan bacaan Kristian,” katanya.
Beliau berkata, sehingga individu Melayu Kristian itu meninggal dunia sekalipun, mayatnya tidak akan direbut pertubuhan Kristian sebaliknya akan diuruskan keluarga beragama Islam.
“Jika orang Melayu Kristian itu mati, keluarganya juga akan menguruskan mayat. Pertubuhan Kristian tidak akan berebut mayat,” katanya.
Situasi seperti itu turut berlaku di Bangladesh kata Karim apabila pertubuhan Kristian menggunakan istilah “Iswar” sebagai pengantara kepada agama Kristian untuk gerakan Kristianisasi di sana.
“Di Bangladesh mereka guna istilah ‘Iswar’. Untuk 10% penduduk Bangladesh yang beragama Hindu, Iswar adalah istilah pengantara kepada kepercayaan Kristian,” katanya.
Karim turut berkata, sekiranya trend memurtadkan umat Islam berkembang, menjelang tahun 2100, penganut Islam dan Kristian akan berada dalam sekitar 40%, manakala lain-lain kaum berada pada paras 20%.
Statistik terkini menunjukkan penganut Kristian di Malaysia adalah sekitar 9.2%, manakala penganut Islam menjadi komuniti majoriti dengan 61.3%, Buddha (19.8%), Hindhu (6.3%), lain-lain (0.4%).
Mengambil Korea Selatan sebagai contoh, Karim berkata pada 1905 jumlah Kristian hanya 0.5% daripada populasi negara itu.
Tetapi akibat perkembangan pesatnya pada tahun 1970an dan 1980an, ia meningkat kepada 30% pada 2005, katanya.
“Ia berlaku di Korea Selatan dan boleh berlaku di sini,” tambahnya.
Sebelum itu Karim berkata, ucapannya bertujuan untuk mendedahkan agenda buruk Kristian evangelis.
Beliau juga memberitahu kira-kira 1000 yang hadir, termasuk pelajar sekolah menengah dan universiti, jumlah Muslim yang menganut Kristian pada 1900an boleh dibilang dengan jari.
“Tetapi dalam kertas puteh di Parlimen, presiden PAS ketika itu Yusof Rawa memberitahu bahawa 66,000 meninggalkan Islam.”
“Dan pada 2006, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria memberitahu jumlahnya sudah mencecah 250,000. Saya tidak tahu berapa jumlahnya sekarang,” katanya, sambil menambah jumlahnya menakutkan.
Sebelum itu, bekas paderi Katolik Indonesia memberitahu seminar itu bahawa penganut Kristian mengkhianati perintah Tuhan jika tidak menganut Islam.
Insan LS Mokoginta berkata, setiap pengikut Jesus patut menganut Islam jika tidak ia akan mengkhianatiNya.
Mokoginta yang menganut Islam pada 1976 berkata demikian dalam ucapannya bertajuk “Ancaman Kristianisasi”.
Sumber The Malaysian Insider


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/52341/ganti-tuhan-dengan-allah-langkah-strategik-kristianisasi-kata-ngo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Cantik Pun Kahwin Lagi Peminat Syamsul Yusof Kata Takdir Allah

Isteri Cantik Pun Kahwin Lagi Peminat Syamsul Yusof Kata Takdir Allah

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 386 hits
Di sebalik kecaman orang ramai peminat Syamsul Yusof melihat dari sudut positif selepas pengarah popular itu mengesahkan sudah berkahwin dua dengan wanita pilihannya Ira Kazar Menerusi aplikasi TikTok akaun peminat bernama syamsulyusoff5 be...
Elok La Pergi Melingkup Orang Uatara Kata Baik Pee Mampoih Sendiri Yang Buat Sendiri Yang Keluar

Elok La Pergi Melingkup Orang Uatara Kata Baik Pee Mampoih Sendiri Yang Buat Sendiri Yang Keluar

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 1247 hits
APABILA perjuangan tiada paksi atau Narratif yg jelas Dok macam tu la tidak istiqamah Dan sentiasa mencari peluang di tempat tertentu untuk tujuan yg tertentu Bungkus JER Bhai
Tutup Saja Umno Jika Terus Ditolak Rakyat Kata Ku Li

Tutup Saja Umno Jika Terus Ditolak Rakyat Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 241 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 15 2023 12 12 PMUmno dilihat perlu melakukan perubahan untuk terus relevan atau berdepan risiko terus ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang Perkara itu dinyatakan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah ...
Bentang Ruu Antilompat Parti Di Dun Sabah Mac Ini Kata Upko

Bentang Ruu Antilompat Parti Di Dun Sabah Mac Ini Kata Upko

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 181 hits
NAIB Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu Ewon Benedick mencadangkan Rang Undang Undang antilompat parti dibentang segera pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah dijadual Mac ini Ahli Dewan Undangan Negeri Kadam
Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 294 hits
agendaily com15 01 2023Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggapnya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan kerajaan Datuk Seri ...
Berhati Hati Bila Berkata Kata

Berhati Hati Bila Berkata Kata

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 146 hits
Berhati hati bila berkata kata kalau takde duit tak payahlah order makan macam 1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia Pakcik tu dengan makcik 4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa Menantu saya tak dapat dih...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Autowasap Aplikasi Automasi Whatsapp Marketing Untuk Peniaga Kecil

Ibu Sempat Berhubung Dengan Anak 30 Minit Sebelum Nahas Maut Di Gua Musang

Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025