Ganti Motor Kipas Radiator Proton Persona
Seperti hari-hari Isnin sebelumnya, kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan iaitu Lebuhraya Seremban-KL.Tetapi tidak seperti biasa, Master tiba-tiba sahaja tiada mood untuk memandu laju, Master hadkan kelajuan hanya kepada 80 kilometer sejam.Seperti biasa, kami akan tersangkut dalam kesesakan jalanraya sebaik melepasi Plaza Tol Sungai Besi.Tidak seperti biasa, Master kali ini memilih lorong tengah berbanding lorong kanan.Tiba-tiba sahaja enjin kereta Proton Persona Elegance kami mati di tengah jalan.Master hidupkan semula enjin, enjin kereta dapat dihidupkan tetapi mati semula.Master melihat tolok suhu dan mendapati suhu enjin kereta berada tahap maksimum. Sebab itulah enjin kereta mati.Master pernah mengalami masalah yang sama semasa menyewa sebuah kereta Perodua Kancil di Kelantan, di mana enjin kereta tiba-tiba mati di lampu isyarat, menyebabkan Master terpaksa menolak kereta tersebut ke kawasan yang sesuai sambil dihon oleh pemandu-pemandu lain. Dah nampak kereta kena tolak pun sibuk nak hon, tunggulah kalau kena pada muka sendiri nanti baru padan dengan muka. Enjin kereta Perodua Kancil itu panas kerana kebocoran radiator. Pengalaman Master itu membantu Master mengenali masalah yang sedang dihadapi.Nasib kami baik, jalan itu agak menurun, menyebabkan kereta kami mampu meluncur secara melahu tanpa enjin dihidupkan, dan kereta Proton Persona kami adalah transmisi manual menyebabkan kereta kami boleh bergerak.Master memasang hazard light dan perlahan-lahan menyusur ke tepi, nasib baik kami berada sebelum susur keluar ke Komplek Sukan Nasional, jadi kereta Proton Persona Elegance kami boleh dihentikan di sana tanpak menghalang trafik.Nasib kami baik kerana semua kenderaan macam faham termasuklah motosikal menyebabkan mereka memberi laluan mudah kepada kereta Proton Persona kami untuk ke tepi jalan.Master menghentikan kereta kami di belakang sebuah kereta Proton Waja, kebetulan kereta milik seorang pakcik berbangsa India itu turut mengalami masalah kepanasan enjin. Cuma dia nampak wap air keluar daripada enjin, jadi mungkin masalah keretanya ialah kebocoran pada radiator.Kereta pakcik itu tidak mati enjinnya, cuma berasap, dan dia menghadapi kesukaran untuk ke tepi jalan kerana kenderaan lain terutamanya motosikal macam tak faham masalah yang dihadapinya.Master memeriksa radiator dan mendapati bekalan air dalam tangki simpanan radiator masih berbaki, menunjukkan bahawa masalahnya bukanlah air dalam radiator kering. Air radiator dalam tangki simpanan itu berasap kerana kepanasan, dan apabila Master periksa sekali lagi, air tangki simpanan radiator Proton Persona itu telah kering sama sekali! Master ambil bekalan air Mummy dan tuang ke dalam tangki simpanan radiator tersebut. Bekalan air kecemasan yang selama ini banyak dalam kereta, tiada apabila diperlukan.Master menunggu enjin menyejuk dan cuba hidupkan enjin kereta, setelah suhu naik ke 90 darjah celsius iaitu suhu biasa enjin kereta Proton Persona, kipas radiator masih tidak bergerak, sekaligus memberitahu Master bahawa masalahnya berkaitan dengan kipas radiator kereta.Masalah kipas radiator kereta tak bergerak bukanlah satu masalah enteng, jadi Master menelefon talian bantuan panas Takaful Ikhlas yang segera menghantar sebuah lori tunda ke kawasan kereta kami tersadai. Masalah ini memerlukan bantuan pakar yang tentunya hanya boleh diperolehi di bengkel kereta.
Kereta Proton Persona Elegance tersadai di tepi Lebuhraya KL-Seremban betul-betul selepas Plaza Tol Sungai Besi kerana enjin mati akibat terlalu panas.
Master periksa dan dapati bahawa motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance kami tidak berfungsi.
# 4 Mac 2019 jam 09:40 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_094049 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Unnamed Road, Taman Serdang Raya, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://interpretzz.blogspot.com/2019/03/ganti-motor-kipas-radiator-proton.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29