Gangguan


Jam sepuluh malam, anak-anak sudah berada di bilik masing-masing untuk tidur. Telefon rumah tiba-tiba berdering, segera Ahmad menjawab panggilan.
“Mad, ada orang di sebelah rumah kamu.” Suara Murni, kakak Ahmad di hujung talian.
Tanpa menamatkan panggilan, Ahmad keluar rumah meninjau kelibat siapa yang berada di sekitar rumahnya lewat malam itu. Namun tidak kelihatan sesiapa.
“Lari sudah dia.” Beritahu Murni ketika Ahmad kembali ke talian.
“Biarlah dulu. Kalau ada nampak apa-apa, lekas beritahu ya.” Jawab Ahmad.
Rumah Murni hanya jarak beberapa meter di hadapan rumah Ahmad. Sebentar tadi Murni terlihat kelibat seorang lelaki jalan terhendap-hendap di tepi rumah Ahmad. 
Kerana khuatir, dia segera menelefon Ahmad. Malangnya kelibat itu seperti terkejut ketika telefon rumah Ahmad berdering. Murni menyaksikan kelibat itu berundur beberapa langkah ke belakang, kemudian hilang dalam kegelapan malam. 
Belakang, kiri, dan kanan rumah Ahmad ialah hutan. Tidak diketahui kelibat itu manusia atau bukan, tetapi yang pastinya kelibat tersebut telah lari ke hutan. 
Namun yang menjadi kemusykilan pada Ahmad dan isterinya, Naura, tiada sebarang bunyi orang berjalan atau berlari pada waktu kejadian. 
Sedangkan selama ini derap langkah kucing berjalan juga boleh kedengaran kerana kawasan kelibat itu muncul dipenuhi dengan daun-daun kering yang berguguran.
Hari terus berlalu, dan peristiwa kemunculan kelibat misteri tersebut tidak lagi dihiraukan. Naura bersendirian di dalam bilik petang itu, suaminya masih di tempat kerja, anak-anak pula masih di sekolah menengah menghadiri aktiviti petang. Selepas solat Asar, Naura duduk di katil sambil membaca buku yang baharu dibelinya.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi aneh dari jendela biliknya yang terbuka. Naura menoleh, terpandang olehnya susuk tubuh lelaki berdiri di jendela bilik sedang berusaha untuk masuk. Mujur jeriji besi terpasang pada jendela menyukarkan usaha tersebut.
“Siapa?” Tanya Naura. Tetapi tiada sahutan dari lelaki itu. Wajahnya tidak jelas kelihatan kerana ditutupi sebahagian rambutnya.
Naura panik. Dicapainya penyapu untuk menghalau lelaki itu pergi. Entah manusia atau bukan, fikirnya. Jeriji besi digegar sekuatnya oleh lelaki itu membuatkan ketakutan di hati Naura semakin memuncak.
“Pergi!” Jerit Naura sekuat hati sambil menghempas jeriji besi jendela biliknya menggunakan penyapu berulang kali dengan harapan makhluk yang tidak diketahui manusia atau bukan itu menjauh. 
Risau susuk tubuh itu berjaya masuk ke rumahnya. Telinganya seakan terdengar bunyi berdengung bising menyebabkan Naura bertambah panik tidak mampu berfikir dengan tenang. 
Dia terundur ke belakang sehingga terduduk di atas katil. Bunyi berdengung itu benar-benar menganggu mindanya.
“Ibu.” Suara Azura, anaknya kedengaran. Naura menoleh ke pintu bilik, Azura berdiri dengan wajah terpinga-pinga.
Bunyi berdengung di telinga Naura serta merta hilang. Suasana yang dirasa kelam-kabut tadi beransur sepi. Susuk tubuh lelaki di jendela biliknya juga lesap entah ke mana.
Naura mengawal pernafasannya. “Kamu semua sudah balik?” Tanya Naura, merujuk kepada semua anak-anaknya yang pulang dari sekolah.
“Ya. Kakak sudah masuk bilik.” Jawab Azura. Perlahan-lahan dia melangkah menghampiri katil ibunya. “Azura dengar bunyi bising tadi di bilik ibu. Kenapa?” Soalnya.
Naura tersenyum, sekadar ingin menyedapkan hati anaknya. “Penyapu terhempas ke jeriji jendela tadi.” Jawab Naura, lantas dia menyambung, “pergilah mandi.” Azura mengangguk akur dan berlalu meninggalkan ibunya walau fikirannya penuh tanda tanya.
Setelah Ahmad pulang dari bekerja, segera Naura adukan kejadian menakutkan itu kepada suaminya. Dia pasti lelaki yang datang mengganggu tadi bukan manusia.
“Barangkali gangguan makhluk halus dari keturunan yang lepas.” Tutur Ahmad lewat petang itu selepas memeriksa jeriji besi jendela bilik mereka. Tiada sebarang kesan dari luar rumah. Hanya ada kesan calar akibat hempasan batang penyapu.
“Mudah-mudahan nanti dapat diusir pergi,” sahut Naura.
Itu bukan kejadian aneh pertama yang berlaku. Sejak anak-anak mereka masih kecil, sudah pelbagai kejadian berlaku di rumahnya itu. 
Setiap kali itu juga suaminya berikhtiar memulihkan rumah dan keluarga mereka. Akan tetapi, makhluk halus seperti jin itu tetap akan mencari ruang dan peluang untuk mengusik manusia.
Perlahan-lahan Naura bangun menuju ke penjuru bilik berhampiran jendela. Diambilnya gelas kaca yang terletak di situ lalu dibawanya ke dapur. 
Dibuangnya isi gelas tersebut, dicucinya hingga bersih, kemudian digantikan isian yang baharu sebelum meletakkan semula di penjuru bilik tadi. Itulah rutinnya setiap hari.
Beberapa minggu berlalu, ketika Naura leka mengemas biliknya, kedengaran bunyi geseran pada jeriji besi tingkapnya. Pantas Naura menoleh. Entah bila dan bagaimana, lelaki misteri tempoh hari sudah berada di dalam biliknya.
“Allahu akbar!” Laung Naura.
Akalnya pantas memacu pergerakan untuk segera menuju ke almari tempat penyimpanan peralatan suaminya di bilik itu. Dicapai sebilah parang sebagai pertahanan diri.
“Apa kau nak? Keluar!” Tengking Naura.
Tiada sahutan daripada lelaki misteri itu membuatkan jantung Naura semakin berdebar. Wajah yang ditutupi rambut itu hanya menampakkan senyuman sinis di bibirnya. Tiada sesiapa di rumah pada petang itu melainkan Naura bersendirian, sama seperti kejadian yang lepas.
Tiba-tiba lelaki itu hendak menerkam Naura dengan wajahnya yang menyeringai. Naura terundur beberapa langkah menyebabkan terkaman lelaki itu tersasar. 
Lelaki itu berterusan membuat lompatan untuk menerkam, Naura hanya mengelak semampunya ke kiri, ke kanan, atau ke belakang untuk menghindar. 
Pandangan mata Naura sedikit berpinar. Mindanya bagai tidak mampu berfikir secara teratur, lidahnya turut kelu tanpa kata. Situasinya kini antara hidup atau mati, selamat atau tewas. 
Dia hampir lupa parang yang masih kemas dalam genggaman tangannya. Pantas Naura melibas parang di tangannya ketika lelaki misteri itu kian hampir mencapainya, lantas libasan tersebut terkena pada lengan lelaki itu. 
Lengan yang putus bertukar menjadi asap hitam dan menghilang. Perlahan-lahan susuk lelaki misteri itu menghilang di hadapan mata Naura bersama suara jeritan nyaring.
Naura memerhatikan sekeliling, tiada sebarang kesan yang tinggal. Segera dia menjenguk isi gelas di penjuru bilik. 
Garam di dalam gelas itu melekat memenuhi dinding gelas melepasi garisan air, hampir meluah keluar melepasi bibir gelas. 
Setiap kali Naura mencuci gelas itu, isinya akan diganti dengan garam kasar baharu, kemudian diisi dengan air bersih yang tingginya melebihi ketinggian garam. 
Isi gelas yang garamnya melekat di dinding gelas naik melepasi ketinggian air memberi petanda ada aura gangguan makhluk halus di ruang itu.
Malam itu Naura tidur awal, kepenatan. Namun tidurnya terganggu akibat bunyi bising di jendela biliknya. Naura duduk sambil menggosok matanya bagi mengurangkan rasa mengantuk. 
Dilihatnya jendela biliknya terbuka luas. Dia yakin sudah menutup rapat jendela itu selepas kejadian petang tadi.
Naura menggoncang badan Ahmad yang tidur di sebelahnya. “Abang, tengok jendela tu kenapa terbuka?”
Ahmad tidak beri sebarang respons. Naura terus menggoncang tubuh Ahmad untuk membangunkannya dari tidur. 
Ketika hatinya dalam keadaan gundah itu, Naura terdengar seperti orang berjalan melintasi pintu biliknya. 
Dia mengangkat kepalanya memandang pintu bilik yang terbuka, kelihatan Ahmad melintasi pintu bilik dari ruang tamu menuju ke dapur.
Apa yang dilihat itu sungguh membuatkan jantung Naura berdegup kencang. Segera Naura menoleh semula tubuh yang terbaring di sebelahnya. 
Tangan kanannya masih memegang bahu makhluk yang menyerupai Ahmad itu. Tanpa diduga, mata makhluk itu terbeliak memandangnya. 
Wajah menyerupai suaminya itu tiba-tiba membuka mulut seluas-luasnya sehingga terkoyak di kedua-dua pipi, wajahnya berubah menjadi sangat buruk dan menyeramkan. Makhluk itu pantas menerkam serta menggigit tangan kanan Naura.
Sakit yang teramat dirasainya sehingga Naura menjerit. Terasa gigi makhluk itu menembusi pergelangan tangannya. Matanya dipejam kuat menahan kesakitan.
“Ayang, kenapa ni?” Suara Ahmad cemas kedengaran di sebelah Naura. Bahu Naura turut digoncang sedikit oleh suaminya.
Naura membuka matanya, peluh membasahi raut wajahnya. Terasa kebas meremang seluruh badannya. Dilihatnya makhluk yang tadi terbaring di sebelahnya telah ghaib. 
Dia memeriksa tangannya, tiada kesan luka walaupun sakitnya masih terasa. Dia menoleh ke arah gelas kaca di penjuru bilik. Kelihatan garam di dalam gelas itu sudah naik melepasi garisan air. 
Jarum jam belum melepasi angka 12, tetapi aura yang mengusik isian garam dan air di dalam gelas kaca telah bereaksi lebih awal.
Naura memandang suaminya dengan pandangan kosong. Dia meraup wajahnya. Entah sampai bila keadaan ini akan berterusan. 
“Gangguan itu masih ada,” tutur Naura.


Oleh: N Athirah Al-Labuani 
#nathirah
Cerpen Misteri
Penyertaan Lumba Cerpen Mac 2021
Arkib Angker Negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nathirah.blogspot.com/2021/08/gangguan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mandi Air Hujan Untuk Segala Penyakit Gangguan Jin

Mandi Air Hujan Untuk Segala Penyakit Gangguan Jin

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 113 hits
Mandi Air Hujan untuk segala penyakit Gangguan Jin Kalau hujan turun jangan masuk rumah tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sbb takut ...
Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal Dipanggil Bukit Aman

Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal Dipanggil Bukit Aman

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 206 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pendakwah terkenal akan dipanggil oleh Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan gangguan seksual Menurut sumber pendakwah berusia 30 an itu difahamkan diminta hadir memberi keterangan ...
Upaya Dinkes Dki Cegah Munculnya Kasus Gangguan Jiwa Akibat Pandemi Covid 19

Upaya Dinkes Dki Cegah Munculnya Kasus Gangguan Jiwa Akibat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 164 hits
Kepala Dinas Kesehatan DKI Jakarta Widyastuti mengatakan jumlah ODGJ berat di DKI Jakarta saat ini mencapai 17 000 kasus atau sekitar 0 16 persen dari total jumlah penduduk di Ibu Kota yang mencapai sekitar 10 6 juta jiwa
Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Lain Pada Siti Sarah

Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Lain Pada Siti Sarah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 182 hits
Tahap oksigen dalam badan Siti Sarah dikatakan semakin merosot hingga ke paras 40 peratus pada 8 malam semalam Menurut pandangan pakar motivasi terkenal Datuk Dr Fadzilah Kamsah mendakwa yang ianya mungkin disebabkan gangguan paranormal lai...
Dapat Rasa Gangguan Lain Pada Siti Sarah Fadzilah Kamsah

Dapat Rasa Gangguan Lain Pada Siti Sarah Fadzilah Kamsah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 259 hits
FADZILLAH KAMSAH mencadangkan Shuib meminta keizinan pihak hospital untuk memasang ayat ayat Ruqyah untuk diperdengarkan kepada Siti Sarah walaupun sedang koma bagi menggelakkan sebarang gangguan paranormal PETALING JAYA Pakar motivasi terk...
Pendakwah Dipanggil Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

Pendakwah Dipanggil Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 313 hits
Menurut sumber difahamkan pendakwah berusia 30 an itu telah diminta hadir ke Bukit Aman esok Kuala Lumpur Seorang pendakwah terkenal bakal dipanggil Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual Me...
Pendakwah Terkenal Terpalit Dengan Kes Gangguan Seksual Hadir Ke Bukit Aman Pagi Ini

Pendakwah Terkenal Terpalit Dengan Kes Gangguan Seksual Hadir Ke Bukit Aman Pagi Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 295 hits
Pendakwah terkenal terpalit dengan kes gangguan seksual hadir ke Bukit Aman pagi iniSeorang pendakwah terkenal berusia 30 an telah dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubungan dakwaan gangguan seksual yang tersebar di media sos...
Pendakwah Terkenal Selesai Beri Keterangan Di Bukit Aman Berhubung Siasatan Libatkan Gangguan Seksual

Pendakwah Terkenal Selesai Beri Keterangan Di Bukit Aman Berhubung Siasatan Libatkan Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 284 hits
Pendakwah terkenal Ebit Lew telah selesai memberi kenyataan di Bukit Aman hari ini berhubung siasatan melibatkan gangguan seksual lapor Bernama Memetik Kosmo beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang kejam dan melampau serta m...
Fitnah Kejam Melampau Ebit Jawab Tuduhan Gangguan Seksual

Fitnah Kejam Melampau Ebit Jawab Tuduhan Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 223 hits
FMT ReportersEbit Lew berkata beliau dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan dilemparkan terhadapnya PETALING JAYA Pendakwah terkenal Ebit Lew menyifatkan tuduhan dilemparkan terhadapnya sebagai fitnah yang sanga...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Wanita Terkejut Melihat Bawang Hijau Dijual Pada Harga Rm9 45 Sekilogram

Kuda Putih Sarawak Cable Boleh Jadi Menunggang Sendiri