Ganggu Agong Dengan Isu Jatuhkan Kerajaan Di Akhir Tempoh Pemerintahan Suatu Perbuatan Biadap Kepada Raja


 
Semua rakyat Malaysia, bahkan hampir seluruh dunia tahu tempoh pemerintahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang Di-Pertuan Agong akan tamat pada 30 Januari 2024.

Bermula 31 Januari, Agong baru ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan memainkan peranan sebagai ketua negara sehingga 2029.

Pada bulan-bulan terakhir sebelum menamatkan tempoh pemerintahannya, Sultan Abdullah sepatutnya diberikan ruang waktu yang tenang dan menyenangkan, bukan diganggu dengan gegak gempita mahu menjatuhkan kerajaan.

Mengganggu tempoh akhir baginda dengan isu menjatuhkan kerajaan boleh disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan biadap yang tak bertempat.

Kalau ia pun mahu menjatuhkan kerajaan, kenapa tidak dilakukan sebelum ini atau tunggu selepas Agong baru memulakan tugas?

Kenapa perlu tergesa-gesa di akhir pemerintahan Agong sedia ada macam tiada tiada hari esok lagi untuk berbuat demikian?

Lagi pula, jika diteliti, selain tiada asas sokongan untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini, blok pembangkang juga tidak memanfaatkan peluang yang tersedia sebelum ini.

Sebaik Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, penegasan pertamanya ialah agar usul percaya di Parlimen dibentangkan terhadapnya.

Tujuan Anwar berbuar demikian tidak lain ialah agar keabsahannya tidak dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.

Tetapi, ketika usul berkenaan dibentangkan di Parlimen, Anwar terbukti bukan saja mendapat sokongan majoriti, bahkan blok pembangkang langsung tidak berani mengangkat muka.

Tiada undi menentang yang berani dikemukakan oleh blok pembangkang yang bermakna keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sepatutnya, dengan undi percaya yang lulus penuh itu, ia berkuatkuasa sehinggalah Parlimen dibubarkan dan mengekang sama sekali sebarang usaha menumbangkan kerajaan di tengah jalan.

Jika tidak, apa guna usul undi percaya kiranya sepanjang masa ada saja cerita kerajaan mahu dijatuhkan?

Kemudian, jika pun blok pembangkang masih ada sisa-sisa ghairah yang masih berbaki mahu menjatuhkan kerajaan, mereka patut melakukannya dengan menolak Belanjawan 2024 pada Oktober lalu.

Sekali lagi, mereka nampaknya tidak mampu untuk melakukannya.

Dengan itu, mengapa baru sekarang kecoh-kecoh semula dengan cerita mahu menjatuhkan kerajaan?

Dan kenapa mesti menyusah, mengganggu dan menyerabutkan pemikiran Agong yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan dengan isu menjatuhkan kerajaan?

Tidak bolehkah Sultan Abdullah diberikan laluan yang tenang dan damai di akhir-akhir pemerintahan baginda?

Lalu, kalau bukan biadap dan tidak bertanggungjawab, apa lagi gelaran patut kita panggil terhadap mereka yang sanggup berbuat demikian?

Sebab itu, selari dengan tindakan pihak polis yang telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil dua tiga TikTokers yang didapati tak henti-henti mencetuskan kegelisahan dengan memainkan isu menjatuhkan kerajaan, tindakan tegas memang patut diambil terhadap mereka yang berkenaan.

Sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa bertindak lebih tegas dan meminimakan kompromi. – ShahbudinHusin 10/01/2024.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/ganggu-agong-dengan-isu-jatuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jatuhkan Kerajaan Hanya Melalui Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

Jatuhkan Kerajaan Hanya Melalui Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 271 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Usaha pembangkang mahu menukar kerajaan melalui pintu belakang sudah gagal melainkan mereka menggunakan sidang Dewan Rakyat pada 28 Februari depan untuk membuat usul Undi Percaya atau tidak percaya terhadap Perdana Ment...
Sanusi Akui Ada Langkah Jatuhkan Kerajaan Anwar

Sanusi Akui Ada Langkah Jatuhkan Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 235 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mengesahkan wujud rancangan pembangkang menjatuhkan kerajaan mengikut proses dibenarkan Perlembagaan Memang kerja pembangkang nak jatuhkan kerajaan melalui proses proses yang dibenar...
Ydp Agong Istana Tidak Terlibat Urusan Politik Titah Anwar Dan Kerajaan Madani Teruskan Usaha Menguruskan Negara

Ydp Agong Istana Tidak Terlibat Urusan Politik Titah Anwar Dan Kerajaan Madani Teruskan Usaha Menguruskan Negara

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 207 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Seri Paduka juga menitah...
Apa Punya Lekeh Nak Jatuhkan Kerajaan Jatuhkanlah Betul Betul

Apa Punya Lekeh Nak Jatuhkan Kerajaan Jatuhkanlah Betul Betul

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 252 hits
Cerita mahu menjatuhkan kerajaan nampaknya terus menjadi bualan dan diperkatakan di mana mana di sebalik khayalan Langkah Dubai terbukti telah tersadai di laluan angan angan Mentang mentang untuk berkhayal dan berilusi tak perlu bayar sebar...
Sinetron Mimpi Jatuhkan Kerajaan

Sinetron Mimpi Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 151 hits
Selain bagaimana memperolehi jumlah sokongan yang mencukupi yang menjadi persoalan di sebalik keghairahan blok pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan perkara lain yang menjadi tanda tanya besar ialah siapa calon Perdana Menteri yang mereka i...
Cubaan Jatuhkan Kerajaan Elak Siasatan Rasuah Kamal Amir

Cubaan Jatuhkan Kerajaan Elak Siasatan Rasuah Kamal Amir

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 213 hits
Percubaan menjatuhkan Kerajaan Madani yang digembar gemburkan sejak sebulan kebelakangan ini bukanlah kerana mahu membela orang Melayu sebagaimana diuar uarkan para pemimpin pembangkang Bagi pemerhati politik Datuk Seri Kamal Amir Kamal Hij...
Siasat Dakwaan Pn Guna Rm1 Bilion Beli Mp Untuk Jatuhkan Kerajaan

Siasat Dakwaan Pn Guna Rm1 Bilion Beli Mp Untuk Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 185 hits
SITI NUR ZAWANISeorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menggesa satu siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang pemimpin Perikatan Nasional terlibat dalam usaha untuk membeli individu berpengaruh dan ahli Parlimen untuk menjatuhk...
Umno Hanya Undi Tak Percaya Peluang Pn Jatuhkan Kerajaan

Umno Hanya Undi Tak Percaya Peluang Pn Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 184 hits
Malaysiakini nbsp Umno berpendapat ada tiga faktor yang menjadikan cubaan pembangkang menjatuhkan kerajaan di luar pilihan raya umum tidak akan berjaya Bahkan menurut setiausaha agung parti itu Asyraf Wajdi Dusuki dakwaan dibuat pihak di lu...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto