Ganda Subsidi Upah Bagi Pekerja Sektor Pelancongan Kata Guan Eng


 


Industri pelancongan terlalu penting untuk diabaikan atau ditinggalkan tanpa sebarang bantuan kewangan bersepadu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.GEORGE TOWN: Kerajaan perlu bertindak segera menggandakan subsidi upah untuk sektor pelancongan, selepas mengambil kira kerugian besar sektor itu membabitkan RM11.3 bilion dengan lebih 120 hotel ditutup susulan wabak Covid-19.
Ketika ini, kerajaan menawarkan subsidi upah sebanyak RM600 kepada pekerja sterbabit elama empat bulan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, lapan pakej rangsangan ekonomi kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjumlah RM530 bilion gagal membantu industri pelancongan, malah menawarkan pinjaman dan potongan cukai atau rebat tidak memberi makna selepas ketiadaan sebarang hasil akibat perniagaan yang teruk terjejas.
“Industri pelancongan terlalu penting untuk diabaikan atau ditinggalkan tanpa sebarang bantuan kewangan bersepadu,” katanya dalam kenyataan.
“Sebagai permulaan, kerajaan perlu menggandakan program subsidi upah kepada semua pekerja industri pelancongan, selain menawarkan moratorium pinjaman bank tanpa faedah, geran perniagaan, sewa dan subsidi utiliti.
“Walaupun kita masih boleh berdebat mengenai jumlah yang akan diberikan, masalahnya sekarang adalah jika tidak ada langsung yang ditawarkan, tidak ada apa yang boleh diharapkan dapat bertahan,” katanya.
Lim berkata, suntikan tunai RM45 bilion yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan dipersetujui kerajaan persekutuan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Transformasi dan Kestabilan dengan perdana menteri, Kementerian Kewangan sepatutnya dapat memberikan bantuan kewangan yang sangat diperlukan.
Katanya, penutupan terbaharu membabitkan Hotel Royal Penang yang mempunyai 276 bilik, menjadi hotel ketiga di Pulau Pinang ditutup, adalah tanda kegagalan kerajaan persekutuan menyelamatkan industri pelancongan dan perhotelan.
Lim berkata, menurut data daripada Jabatan Perangkaan, Nilai Tambah Kasar Industri Pelancongan (GVATI) pada 2019 mencatat sumbangan sebanyak 15.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM240 bilion.
Menurut laporan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) pada Jun lalu, menunjukkan industri itu mencapai kadar purata harian (ADR) RM190 dan kadar purata penghunian (AOR) 32% pada 2020.
Katanya, ADR bagi 2021 diunjurkan berada dalam lingkungan RM180 hingga RM190, dengan jangkaan AOR merudum kepada 23%.
Lim berkata, ini adalah prospek menakutkan pada saat industri pelancongan sudah mengalami kerugian RM100 bilion tahun lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/ganda-subsidi-upah-bagi-pekerja-sektor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaksanaan Mou Mungkin Sukar Kata Guan Eng

Pelaksanaan Mou Mungkin Sukar Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 263 hits
September 14 2021 Lim Guan Eng berkata DAP mengakui bahawa perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan itu bukan satu langkah ideal PETALING JAYA Perjanjian bersejarah antara kerajaan dan Pakatan Harapan menerusi kerjasama dwipartisan me...
Syarat 51 Pemilikan Bumiputera Tidak Berperlembagaan Kata Guan Eng

Syarat 51 Pemilikan Bumiputera Tidak Berperlembagaan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 203 hits
September 23 2021 Lim Guan Eng berkata ia tidak adil kepada mereka yang membina dan melabur dalam syarikat terbabit sejak bertahun tahun PETALING JAYA Lim Guan Eng berkata beliau menolak cadangan pelaksanaan syarat 51 pemilikan Bumiputera d...
Pelantikan Abang Pm Undang Kebimbangan Komitmen Kerajaan Laksana Reformasi Institusi Kata Guan Eng

Pelantikan Abang Pm Undang Kebimbangan Komitmen Kerajaan Laksana Reformasi Institusi Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 324 hits
September 18 2021 3 40 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pelantikan abang Perdana Menteri Zamri Yaakob sebagai Pengerusi NAFAS menimbulkan perasaan skeptikal terhadap kerajaan dalam usahanya melakukan reformasi institusi PETALING ...
Retrospective 51 Bumi Rule On Freight Firms Unconstitutional Says Guan Eng

Retrospective 51 Bumi Rule On Freight Firms Unconstitutional Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 448 hits
It is unfair to those who have built and invested in the companies over many years based on existing conditions only for them to be abruptly changed without due recourse Lim Guan Eng says he rejected the proposal to enforce the 51 Bumiputer...
Polis Siasat Laporan Najib Berkaitan Lhdn Masa Zaman Lim Guan Eng

Polis Siasat Laporan Najib Berkaitan Lhdn Masa Zaman Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 290 hits
Polis Diraja Malaysia mengesahkan satu kertas siasatan dibuka terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri susulan laporan yang dibuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd...
I Ve Spoken To Penang Cm On Equal Funding For All Reps Says Guan Eng

I Ve Spoken To Penang Cm On Equal Funding For All Reps Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 357 hits
Lim Guan Eng tells Syed Saddiq Syed Abdul Rahman that his proposal for equal funding for all assemblymen has been conveyed to the Penang government KUALA LUMPUR Lim Guan Eng says he has spoken to Penang chief minister Chow Kon Yeow on provi...
Esok Nak Sign Mou Hari Ni Guan Eng Belasah Pas

Esok Nak Sign Mou Hari Ni Guan Eng Belasah Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 305 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa Ismail Sabri Yaakob untuk menerangkan rang undang undang melarang bukan Islam menyebarkan agama terhadap penganut Islam mengatakan ia adalah cadangan PAS yang menyanggahi konsep Keluarga M...
Police Take Guan Eng S Statement Over Alleged Quarantine Breach

Police Take Guan Eng S Statement Over Alleged Quarantine Breach

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 399 hits
A police report was lodged against Lim Guan Eng for allegedly violating a home quarantine order GEORGE TOWN Police have recorded a statement from DAP secretary general Lim Guan Eng in connection with complaints that he had violated a home q...
Court Told Of Guan Eng S Meetings With Zarul In Komtar

Court Told Of Guan Eng S Meetings With Zarul In Komtar

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 288 hits
The corruption trial involving Lim Guan Eng today saw one witness testifying how the former Penang chief minister had met a businessman several times in his office at Komtar before the latter s company was awarded the RM6 34 billion underse...
Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Drama Mandul Bukan Pilihan

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Memalukan Nak Cabar Siapa Ni Aksi Mesra Pempengaruh Bertudung Dan Penyanyi Undang Kritikan Netizen

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sayuran Berkilat Dan Nampak Segar Bila Di Masak

Jemputan Kahwin

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi