Gambaran Hari Kiamat Sekadar Pedoman Allah Yg Lebih Mengetahui




Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
Pemimpin yang adil.Orang muda yang taat kepada perintah Allah.Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

- `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkanMemasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. 

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.Doa anak²nya yang soleh.Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi
#Hari Kiamat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tukang-sampai.blogspot.com/2016/11/gambaran-hari-kiamat-sekadar-pedoman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambaran Hari Kiamat Sekadar Pedoman Allah Yg Lebih Mengetahui

Gambaran Hari Kiamat Sekadar Pedoman Allah Yg Lebih Mengetahui

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 221 hits
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala yang memekakkan telinga seluruh makhluk mati kecuali Izrail beberapa malaikat yang lain Selepas itu Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri Selepas semua makhl...
Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

Rasai Perubahan Kehidupan Yang Lebih Baik Dengan Amalkan 3 Solat Sunat Ini Selama 7 Hingga 40 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 263 hits
KEAJAIBAN SOLAT SUNAT TAUBAT TAHAJJUD HAJAT Mengejar CINTA ILLAHI Melalui pengalaman sendiri beberapa tahun lepas dalam mencari dan mengejar hidayah Allah Dari dulu memang Klik link untuk bacaan selanjutnya
Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

Selepas 7 Tahun Dr Beritahu Hanya Ivf Atau Anak Angkat Tapi Allah Lebih Tahu

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 319 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga Namun andai kata belum sampai rezekinya lagi siapa kita nak menidakkan takdir Allah Hanya DIA yang tahu bila masanya untuk diberikan rezeki ini Seperti...
Drama Korea Doctor Prisoner Di Saluran Kbs

Drama Korea Doctor Prisoner Di Saluran Kbs

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 232 hits
Drama Korea Doctor Prisoner Sebuah drama korea lagi terbaru di saluran KBS Astro 391 392 Drama ini ditayangkan setiap hari Khamis Jumaat di Malaysia Tetapi kalau di Korea tayangannya Read More
Pelik Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat Dijual

Pelik Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat Dijual

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 137 hits
BENTUK rumah perlindungan yang dibina Seyfried di Salt Lake Utara Utah pada 12 Disember lalu WASHINGTON Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai me...
Pasaran Sedang Menunggu Fed Untuk Mengumumkan Permulaan Pengurangan Qe Pada Hari Rabu Gambaran Keseluruhan Usd Eur Dan

Pasaran Sedang Menunggu Fed Untuk Mengumumkan Permulaan Pengurangan Qe Pada Hari Rabu Gambaran Keseluruhan Usd Eur Dan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 205 hits
Pendeflator PCE asas di AS meningkat 0 2 ibu pada bulan September dimana sejajar dengan ramalan Di samping itu pertumbuhan tahunan ialah 3 3 terendah sejak Mac Penurunan sedikit membolehkan kami mengurangkan sedikit kesungguhan jangkaan inf...
Hebatnya Amalan Ini Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun

Hebatnya Amalan Ini Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 184 hits
Hebatnya Amalan Ini Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun Rasulullah s a w bersabda Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun ...
Allah Ada Ditimpa Masalah Dirikan Solat Ustaz Ebit Lew

Allah Ada Ditimpa Masalah Dirikan Solat Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 355 hits
Mereka melalui pelbagai ujian kesusahan dalam hidup Nabi SAW melalui macam macam ujian dalam hidup Sewaktu dibaling batu di Taif Dengan tangisan Allah hadiah Nabi SAW hadiah yang sangat berharga sangat bernilai penyelesaian bagi segala masa...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri