Gambar Kahwin Zizi Kirana Ebby Yus Viral Peminat Kecewa Zizi Memilih Ebby
Semalam viral di media sosial foto ‘perkahwinan’ Zizi Kirana dan Ebby Yus tengah bersanding di atas pelamin dengan pakaian pengantin.
BACA : Peminat Hantar Foto Lucah, Zizi Kirana Terkejut & Seram Sejuk
Pelakon Zizi Kirana tidak menyangka gambar tersebut mengundang salah faham peminat apabila menerima pelbagai komen dan mesej peribadi daripada peminat yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungannya dengan pelawak Ebby Yus itu.
“Kelakarlah! Tiba-tiba ramai mesej yang tanya betul ke saya dengan Ebby Yus dah berkahwin dan ada peminat yang meluahkan rasa kecewa serta mengharapkan supaya perkara itu tidak benar.
“Abang Ebby (Yus) pun terkejut apabila foto itu tular di media sosial dan tak sangka ia akan menjadi perbualan peminat, sebenarnya gambar itu dirakam semasa kami menjalani penggambaran sketsa komedi untuk siaran TV3.
“Saya dengan Ebby Yus dah macam abang dengan adik, dia pun lawak orangnya. Tak ada lah bercinta-bercinta ni!,” – jelas Zizi Kirana kepada mStar.
Menurut Zizi, dia masih mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami dan dia berkata dia tidak kisah jika dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih berusia dan menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan satu hari nanti dia berkahwin dengan lelaki setaraf usia datuknya.
“Saya tak kisah kalau dah dijodohkan dengan orang lebih berusia atau dah pangkat-pangkat bapa atau datuk saya.
“Masalahnya, tunggu yang bujang pun tak jumpa-jumpa lagi. Macam mana tu? Soal jodoh ini terbuka, jika dia bertanggungjawab, beriman dan mampu membahagiakan saya… saya terima,” – Zizi Kirana
Gambar ‘perkahwinan’ Ebby Yus & Zizi Kirana yang viral di laman media sosial
Ebby Yus dikecam pilih gadis lebih muda untuk dijadikan isteri
Berbeza pula dengan pelakon dan pelawak Ebby Yus yang terpaksa menerima cemuhan dan kecaman hebat oleh netizen kerana memilih pelakon Zizi Kirana yang lebih muda daripadanya untuk dijadikan isteri.
“Sejak semalam, saya dihujani soalan sama ada sudah berkahwin atau tidak kerana ramai yang mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput.
“Bagaimana hendak menjemput kerana semua itu sekadar lakonan? Anak buah saya yang berada di Kuantan, Pahang turut menghubungi dan meminta saya menjelaskan perkara itu.
“Saya tidak terasa hati dengan cemuhan dan kritikan warganet, cuma sebagai manusia, siapa kita untuk mempersoal mengenai jodoh kerana ia aturan Allah.
“Saya bagaimanapun, sudah memaafkan mereka kerana setiap individu mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing,” – jelas Ebby Yus kepada Berita Harian.
Menurut Ebby, gosip perkahwinan dia dengan Zizi Kirana itu tercetus apabila pelawak Ropi memuat naik gambar ‘perkahwinannya’ dengan Zizi di laman sosial Instagram, sebelum ia dihantar kepada rakan yang lain.
Video Ebby Yus buat ucapan kahwin dengan Zizi Kirana
“Saya Bertudung Kerana Hormat Ramadan” – Zizi Kirana Jawab Isu Buka Tudung
The post Gambar ‘Kahwin’ Zizi Kirana & Ebby Yus Viral, Peminat Kecewa Zizi Memilih Ebby appeared first on TEHPANAS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tehpanas.com/gambar-kahwin-zizi-kirana-ebby-yus-viral/