Galaxy Z Fold3 5g Dan Galaxy Z Flip3 5g Inovasi Telefon Pintar Boleh Lipat Premium Dari Samsung
Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G Inovasi Telefon Pintar Boleh Lipat Premium Dari Samsung. | Assalammualaikum semua! Pada 11 Ogos 2021 seawal jam 9 malam Ruby sudah bersedia ingin melihat apa yabg ditawarkan oleh Samsung. Samsung Unpacked kali ini mendebarkan dan menampilkan ramai selebriti terkenal Antarabangsa. Jadi, keterujaan itu lain macam ye. Hahaha. Perubahan demi perubahan teknologi berlangsung seiring dengan usia kita. Malah, kita pun sudah mempunyai tanggungjawab berlainan. Telefon pintar Samsung harus tampil dengan sesuatu yang relevan untuk seiring dengan keperluan harian kita. Jadi, disini Ruby ingin kongsikan apa yang telah dikongsikan sepanjang sesi Samsung Unpacked. Boleh lah kita tahu perkembangan teknologi masa kini. Kan
Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G Inovasi Telefon Pintar Boleh Lipat Premium Dari Samsung.
Samsung menetapkan standard baharu bagi pengalaman mudah alih dengan telefon pintar boleh lipat premium. Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini memperkenalkan perubahan baharu dalam inovasi peranti boleh lipat dengan dua telefon pintar baharunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G. Kedua-dua peranti adalah telefon pintar boleh lipat premium yang dibina dengan hasil rekaan dan inovasi andalan yang digemari dan diharapkan oleh pengguna Samsung.
Peranti generasi ketiga yang menentukan kategorinya tersendiri ini menggabungkan penambahbaikan utama seperti yang diminta oleh pengguna telefon pintar boleh lipat Samsung—menjadikannya lebih tahan lama dengan pengalaman yang lebih optimum daripada rekaan sebelumnya. Dari reka bentuk ikonik hingga ke hiburan yang mengasyikkan, Z Flip3 dan Z Fold3 menawarkan kepada pengguna cara baharu yang unik untuk bekerja, menonton dan bermain.
Bagi mereka yang memerlukan peranti utama untuk produktiviti dan hiburan yang mempesonakan, Z Fold3 adalah pusat kuasa multi-tugas sebenar dengan prestasi pada tahap lebih baik, Paparan Infinity Flex 7.6-inci tanpa gangguan, dan mempunyai sokongan S Pen yang pertama kali buat peranti boleh lipat. Bagi mereka yang menginginkan peranti penuh gaya berserta pelbagai fungsi, Z Flip3 adalah peranti ideal dengan reka bentuknya yang anggun, kompak, dan bersaiz poket, dilengkapi dengan ciri-ciri kamera yang ditambah baik, serta skrin lebih besar yang dibina untuk penggunaan pantas walau di mana sahaja berada.
“Dengan Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, Samsung sekali lagi menetapkan semula jangkaan dengan telefon pintar boleh lipat yang memperkasa pengguna dengan fleksibiliti dan versatiliti yang diperlukan dalam dunia yang bergerak pantas pada hari ini, kata Dr. TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih, Samsung Electronics. “Sebagai perintis dan peneraju industri dalam kategori boleh lipat, kami bangga untuk membina inovasi dalam legasi kami dengan mencipta Z Fold3 dan Z Flip3. Peranti ini melengkapkan pengguna dengan teknologi yang membuka cara baharu bagi memaksimumkan dan menikmati setiap momen dengan ekosistem yang dibina berdasarkan keterbukaan dan inovasi."
Rekaan Lebih Canggih Dibina untuk Tahan Lama
Pengguna Samsung mengharapkan peranti boleh lipat yang direka dapat bertahan lama. Oleh sebab itu peranti generasi Galaxy Z ini dibina dengan rekaan yang tiada tandingan. Buat pertama kalinya pada telefon pintar boleh lipat, Z Fold3 dan Z Flip3 dilengkapi dengan IPX8 menjadikannya rintang air, jadi pengguna tidak perlu lagi bimbang jika terperangkap dalam hujan.
Kedua-dua peranti ini juga dibina dengan Armor Aluminium baharu kami—aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy—berserta Corning® Gorilla® Glass Victus™ yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika ia terjatuh tanpa sengaja. Selain itu, kedua-dua peranti mempunyai filem pelindung baharu diperbuat daripada PET yang boleh regang dan lapisan panel paparan yang dioptimumkan menjadikan Skrin Utama 80% lebih tahan lama berbanding peranti sebelumnya.
Samsung meneruskan legasinya dalam menerajui peranti boleh lipat dengan proses yang sangat rapi dan teliti untuk mencipta peranti yang boleh dipercayai dan mampu mengekalkan prestasinya walaupun selepas beberapa tahun digunakan. Revolusi Hideaway Hinge, yang diperkenalkan pertama kali pada Galaxy Z Flip, membolehkan peranti kekal berada pada kedudukannya di sebarang sudut untuk pengalaman pengguna yang inovatif dengan mod Flex.
Terima kasih buat teknologi Sweeper yang ditambah baik, bulu di Hinge kini lebih pendek, membantu untuk menangkis habuk dan partikel kecil lain bagi mengekalkan ketahanan peranti untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar. Z Fold3 dan Z Flip3 juga menjalani ujian lipatan yang sukar, disahkan oleh Bureau Veritas, untuk menahan lipatan sebanyak 200,000 kali. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 5nm AP yang terbaharu dan keserasian jalur 5G untuk pengalaman terbaik di dalam dan luar.
Galaxy Z Fold3 5G Produktiviti dan Hiburan Terunggul
Buka lipatan Z Fold3 untuk tenggelam dalam pengalaman menghiburkan seperti menonton teater dan terus asyik menonton kandungan kegemaran anda pada Paparan Infinity Flex 7.6-inci tanpa gangguan—hasil teknologi kamera paparan Bawah kami yang terbaharu. Dengan piksel minimum yang diaplikasikan di atas lubang kamera, Z Fold3 memaparkan kawasan tontonan tambahan agar pengguna mendapat kanvas yang tidak terputus untuk aplikasi kegemaran mereka.
Dengan teknologi paparan Eco² terbaharu yang diterapkan pada skrin, ia 29% lebih cerah dan hanya menggunakan sedikit tenaga. Alami pengalaman menatal yang lebih lancar dan interaksi peranti lebih pantas dengan kadar segar semula adaptif Super Smooth 120Hz pada kedua-dua Skrin Utama dan Penutup
Buat pertama kali pada siri Galaxy Z, Samsung membawa teknologi siri Note kesayangannya ke Z Fold3—fungsi S Pen. Pengguna dapat memanfaatkan ciri-ciri S Pen yang dioptimumkan sepenuhnya pada skrin boleh lipat mereka, sangat sesuai untuk individu yang multi-tugas dan aktif. Pada Skrin Utama Z Fold3 yang besar, ia lebih mudah untuk pengguna mencatat nota semasa membuat panggilan video atau menyemak senarai tugasan sambil membaca e-mel, dan Z Fold3 juga dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka dengan menggunakan S Pen kegemaran peminat kami.
S Pen untuk Z Fold3 terdapat dalam dua pilihan: S Pen Fold Edition dan S Pen Pro. Kedua-duanya mempunyai hujung Pro direka khas yang boleh ditarik semula dengan teknologi had daya untuk melindungi Skrin Utama Z Fold3 agar tiada kerisauan semasa menggunakan S Pen. Ini adalah pengalaman S Pen terbaik Samsung, dengan kependaman lebih rendah untuk komposisi kehidupan sebenar—memastikan aktiviti mencatat nota dan menghantar mesej menjadi pengalaman yang lancar dan intuitif
Bagi mereka yang mementingkan produktiviti juga akan menikmati ciri-ciri mod Flex yang dipertingkatkan pada Z Fold3, yang membolehkan anda melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa sekaligus, seperti melakukan panggilan video pada bahagian atas skrin peranti sambil memeriksa nota mesyuarat di bahagian bawah.
Dengan Multi-Active Window yang diperbaharui pada Z Fold3, ia lebih mudah untuk melakukan rancangan makan malam melalui teks sambil memeriksa jadual kalendar anda, semuanya dilakukan pada skrin besar peranti. Dan kini pada Z Fold3, pengguna boleh mengambil jalan pintas dan membuka semula aplikasi dengan cara yang sama hasil penambahbaikan App Pair. Di samping itu, mereka juga dapat menggunakan Taskbar baharu Z Fold3 untuk menukar aplikasi dengan cepat tanpa perlu kembali ke layar Utama.
Z Fold3 dibina dengan reka bentuk yang berkilat, nipis dan lebih ringan untuk lebih mudah dibawa daripada Galaxy Z Fold2. Ia hadir dengan tiga pilihan warna klasik: Phantom Black, Phantom Green, dan Phantom Silver.
Galaxy Z Flip3 5G Keseimbangan Gaya, Fungsi Dan Keseronokan Tanpa Henti Yang Ideal
Z Flip3 memperkasa pengguna untuk mengekspresikan diri dengan pilihan warna terang, reka bentuk yang anggun, dan ciri-ciri premium. Dengan pilihan empat warna yang bergaya—Cream, Green, Lavender, dan Phantom Black—ditambah dengan gelung cengkam bergaya yang baharu dan sarung bertali menjadikannya lebih mudah untuk dipegang dan dilipat, Z Flip3 adalah peranti untuk ekspresi diri sebenar. Bagi mereka yang mencari lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan dengan gaya tersendiri, Samsung.com membawakan warna eksklusif, seperti Gray, Pink, dan White
Skrin Penutup yang direka semula kini bersaiz empat kali lebih besar dan menjadikannya lebih mudah untuk memaparkan notifikasi dan mesej tanpa perlu membuka Z Flip3. Pengguna boleh sentiasa mengikuti jadual mereka, memeriksa cuaca, dan memantau jumlah langkah harian mereka dengan widget Skrin Penutup yang baharu atau menyelaraskan gambar hiasan Skrin Penutup dengan Galaxy Watch4 Classic baharu mereka untuk gaya yang sepadan. Dan dengan Samsung Pay yang dibina terus di Skrin Penutup, ia tidak pernah semudah ini untuk anda melihat kedai kopi terdekat di mana sahaja.
Z Flip3 juga direka untuk memberikan pengguna kemampuan terbaik untuk merakam dan berkongsi kenangan. Dilengkapi dengan beberapa ciri kamera terbaharu kami, pengguna boleh menggunakan gambar swafoto bebas-tangan yang lebih menakjubkan dengan mod Flex. Atau mereka boleh membiarkan peranti tersebut berlipat dan dapat merakam gambar dengan pantas—dan kini, bahkan boleh merakam video—langsung dari Skrin Penutup menggunakan Quick Shot yang dipertingkatkan dengan hanya dua kali klik pada kekunci kuasa Z Flip3. Selain itu, menatal skrin dan perkongsian juga sangat lancar, terima kasih kepada kadar segar semula adaptif 120 Hz yang baharu pada Z Flip3
Z Flip3 sangat sesuai untuk bersantai dan menonton vlog YouTube atau rancangan TV secara bebas tangan. Terima kasih kepada Pembesar Suara Stereo Z Flip3 yang baharu dan dipertingkatkan dengan Dolby Atmos®, anda mendapat bunyi yang mengasyikkan dengan kejelasan, kedalaman dan kesan spatial yang luar biasa, tidak kira apa yang anda tonton atau dengarkan. Dan ciri Panel Mod Flex yang baharu menjadikan aplikasi kelihatan lebih baik dan mudah digunakan
Apabila peranti dilipat separuh, Panel Mod Flex memberi anda cara baharu untuk berinteraksi dengan Z Flip3, menawarkan pengalaman menonton yang lebih selesa dengan memindahkan video ke separuh bahagian atas skrin dan kawalan pertunjukan—seperti kecerahan dan kekuatan suara—ke separuh bahagian bawah
Pengalaman Boleh Lipat yang Optimum Membuka Jangkaan BaharuDengan siri Galaxy Z, pengguna akan mendapat akses untuk lebih banyak aplikasi yang memanfaatkan sepenuhnya skrin boleh lipat. Samsung memperluas kerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Google, Microsoft, dan banyak lagi, agar pengguna dapat menikmati lebih banyak aplikasi yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka
Kerjasama yang berkesan dengan aplikasi Microsoft Teams: Nikmati pengalaman pertemuan yang dioptimumkan berdasarkan mod Flex siri Galaxy Z anda bersama-sama dengan kekuatan Office dan Teams. Untuk produktiviti terbaik di tempat kerja, mod dwi-panel Microsoft Outlook untuk Samsung boleh lipat membolehkan pengguna membaca e-mel penuh sambil melihat pratonton yang lain di sisi, seperti pengalaman desktop.
Untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan, ciri Labs baharu Samsung menawarkan kepada pengguna kemampuan untuk mengoptimumkan lebih banyak aplikasi ke skrin yang boleh dilipat ketika mereka memerlukannya
Selain itu, Samsung terus memikirkan semula bagaimana pembangun aplikasi dapat mencipta pengalaman pengguna yang luar biasa dari mana sahaja. Untuk memberi mereka lebih banyak pilihan selain memastikan pengoptimuman berkualiti tinggi, Samsung menyokong Remote Test Lab (RTL), yang memberi pembangun aplikasi kemampuan untuk memasang dan menguji aplikasi mereka secara langsung dalam masa nyata, walau di mana sahaja mereka berada
Galaxy Buds2 Dengan Bunyi Premium Dan Selesa Diguna Untuk Semua.
Turut menyertai Siri Galaxy Z adalah Galaxy Buds2 – direka untuk keselesaan dipakai sepanjang hari, dan memberikan kualiti bunyi premium membuatkan anda asyik ketika anda mendengar audio menggunakannya, di mana sahaja anda berada. Sebagai salah satu edisi terbaharu untuk barisan Galaxy Buds–Galaxy Buds2 menyertai Galaxy Buds Live dan Galaxy Buds Pro, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memenuhi keperluan mereka. Sebagai sebahagian daripada ekosistem Galaxy, Galaxy Buds2 menjadi pasangan sempurna untuk telefon pintar, tablet, atau jam pintar Galaxy anda.
Sama ada anda menggunakan Galaxy Buds2 untuk mendengar muzik atau menyertai panggilan persidangan, anda mempunyai semua ciri yang diperlukan untuk tenggelam ke dalam dunia anda sendiri. Pembesar suara dua hala yang dinamik menghasilkan nada tinggi yang jernih dan bass yang mendalam, sementara Pembatalan Bunyi Hingar Aktif membantu menyekat bunyi bising yang tidak diingini. Sekiranya anda perlu mendengar suara di persekitaran anda, hanya sesuaikan semula dengan tiga tahap bunyi persekitaran yang boleh dilaraskan. Dan sekarang suara anda akan lebih jelas semasa membuat panggilan, terima kasih kepada penyelesaian berasaskan pembelajaran mesin baharu yang menyaring pelbagai bunyi latar belakang yang mengganggu
Galaxy Buds2 adalah fon telinga tanpa wayar Samsung yang paling kecil dan ringan namun mempunyai bentuk melengkung ikonik. Untuk kesesuaian yang lebih sempurna, kami telah membangunkan ‘Earbud fit test’ di aplikasi Galaxy Wearable. Pilih dari empat warna kontemporari—Graphite, White, Olive dan Lavender—untuk mempamerkan gaya peribadi anda, dan lengkapkan pakej dengan sarung aksesori pihak ketiga
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Flip3, dan Galaxy Buds2, sila layari:
Samsung Malaysia website: www.samsung.com/my/Samsung Malaysia Newsroom: https://news.samsung.com/my/Galaxy Z Fold3: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold3-5g/ Galaxy Z Flip3: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/ Galaxy Buds2: https://www.samsung.com/my/audio-sound/galaxy-buds/galaxy-buds2-lavender-sm-r177nlvaxme/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/08/galaxy-z-fold3-5g-dan-galaxy-z-flip3-5g.html