Gaji Tak Bayar Punca Shukor Adan Tawar Hati Bazookapenaka



Hasrat untuk melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2019 telah disempurnakan oleh seluruh skuad Melaka setelah bergelar naib juara Kumpulan D di belakang Selangor, sekali gus mengubati kekecewaan terkandas di peringkat kumpulan musim lalu.
Namun, ‘kebahagiaan’ itu tampak seakan-akan menuju penamat selepas skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu tunduk 3-0 di tangan Pahang dalam aksi pertama suku akhir di laman sendiri semalam sehingga mencetuskan andaian kekalahan itu dikaitkan dengan masalah dalaman melibatkan skuad Hang Tuah itu.
Menurut laporan melakafa.blogspot.com, kelibat kapten, Shukor Adan, yang tidak dapat dilihat di atas padang ketika berdepan Pahang adalah susulan pertahanan berpengalaman itu yang sudah tawar hati dengan sikap pengurusan pasukan yang masih belum menyelesaikan isu tunggakan gaji.
“Dia tidak ada, secara jujurnya dia tak nak main. Mungkin hatinya tidak ada untuk beraksi dalam perlawanan hari ini (menentang Pahang),” kata Zainal apabila ditanya mengenai bekas bek tengah kebangsaan itu.




Dakwaan Shukor sudah kecewa dan tawar hati untuk menyarung jersi pasukan negeri kelahirannya itu juga ada asasnya tatkala sebelum ini dia memaparkan gambar di laman Instagram peribadi, meraikan kejayaan mara ke suku akhir. Tetapi dalam masa sama, dia meletakkan tanda pagar ekoran berang dengan situasi yang berlaku. Malah, akaun Facebook Shukor Adan Official juga menyatakan gajinya tidak dibayar sehingga lima bulan.
Beberapa tanda pagar seperti #hidupkeneAMANAH, #cubahormatipemain dan #kamibknsampah diletakkan
bersama gambar tersebut dan lebih menguatkan spekulasi itu, perkataan AMANAH seperti cuba disampaikan kepada Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari.
Dalam masa sama, beberapa pemain berstatus veteran dalam pasukan juga mendedahkan mereka turut
menerima nasib sama, hanya ditaburkan janji demi janji tetapi tetap tiada jalan penyelesaian.




“Sebenarnya masalah gaji ini berlaku sejak Februari lalu, berlarutan sehingga April, menyebabkan ia tertunggak selama tiga bulan. Apabila nak masuk bulan Mei, baru pengurusan bayar gaji Februari, jadi hanya bayar sebulan, baki dua bulan masih tertunggak. Sangkut tiga bulan, bayar sebulan,” kata salah seorang pemain yang tidak mahu didedahkan namanya.
“Kami dijanjikan isu tunggakan akan diselesaikan pada Jun lalu tetapi berlarutan sehingga Julai, Ogos dan September. Janji, janji dan janjilah. Sekarang tertunggak tiga bulan, bermula Julai sehingga September. Bonus layak ke suku akhir sudah dibayar tetapi gaji masih tertunggak.
“Sebenarnya, masalah ini adalah disebabkan presiden tidak dapat membawa masuk penaja, itu puncanya. Selama ini, kami pemain hanya berdiam sahaja.”

Aduhai, daripada nama Melaka, dijenamakan semula kepada Melaka United dan kembali dengan nama Melaka, agak tidak adil sekiranya pemain dijadikan mangsa akibat daripada pengurusan yang masih tidak dapat menyelesaikan masalah pembayaran gaji disebabkan keinginan mahu dibarisi nama-nama besar.
Disebabkan tajaan yang belum pasti diraih, janji demi janji ditaburkan semata-mata untuk menarik minat pemain dan jika benar dakwaan tiga hingga lima bulan gaji tidak dibayar, tidak mustahil kes ‘Datuk Doraemon’ melibatkan pasukan dari utara tanah air kembali berulang. – stadiumastro
(Visited 117 times, 119 visits today)

Comments comments


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/09/gaji-tak-bayar-punca-shukor-adan-tawar-hati-bazookapenaka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rugi Akibat Tersilap Bayar Gaji Pekerja Sudah Berhenti

Rugi Akibat Tersilap Bayar Gaji Pekerja Sudah Berhenti

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 323 hits
Rugi akibat tersilap bayar gaji pekerja sudah berhenti Pengadu mendakwa telah menghubungi bekas pekerja itu namun dimaklumkan mereka enggan memberikan kerjasama
Ayat Punca Permaisuri Agung Kecil Hati Tutup Akaun Twitter

Ayat Punca Permaisuri Agung Kecil Hati Tutup Akaun Twitter

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 2778 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Twitter selepas penghinaan yang diterima Punca sebenar baginda menutup akaun Twitter tidak dapat dipastikan namun penghinaan beberapa individu dikenal pasti...
Istri Muda Jatuh Hati Sama Abang Ipar Selingkuh Dan Hamil Padahal Suami Baik Dan Sabar

Istri Muda Jatuh Hati Sama Abang Ipar Selingkuh Dan Hamil Padahal Suami Baik Dan Sabar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 590 hits
Seorang istri berusia muda 26 tahun yang sudah menikah dengan pria berusia 40 tahun diam diam jatuh cinta kepada saudara iparnya Istri muda ini merasa bersalah dan lalu membuat pengakuan di media sosial Pengakuannya menjadi viral di media s...
Awas Jatuh Cinta 3 Zodiak Ini Suka Bikin Patah Hati

Awas Jatuh Cinta 3 Zodiak Ini Suka Bikin Patah Hati

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 314 hits
Hati hati 3 zodiak ini paling sering bikin patah hati Mereka adalah Aquarius Aries dan Gemini
Berhati Hati Terhadap Pasangan Berusia Ini Jika Terserempak Mereka Di Tepi Jalan

Berhati Hati Terhadap Pasangan Berusia Ini Jika Terserempak Mereka Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 288 hits
Buat baik pun kena berpada pada dah zaman sekarang ni Berhati Hati Terhadap Pasangan Berusia Ini Jika Terserempak Mereka Di Tepi Jalan
Sampai Hati Pihak Taska Larang Anak Istimewa Masuk Bimbang Wajahnya Takutkan Kanak Kanak Lain

Sampai Hati Pihak Taska Larang Anak Istimewa Masuk Bimbang Wajahnya Takutkan Kanak Kanak Lain

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 420 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun menderita dengan kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia dilarang untuk masuk ke sebuah pusat penjagaan kanak kanak Dakwa kakitangan taska tersebut mereka takut dengan kecacatan pada t...
Tak Sampai Hati Tengok Kulitnya Pedih Berdarah Eina Azman Sekali Lagi Bantu Bayi Ekzema

Tak Sampai Hati Tengok Kulitnya Pedih Berdarah Eina Azman Sekali Lagi Bantu Bayi Ekzema

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 315 hits
Sekali lagi hati Datin Eina Azman tersentuh apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh seorang bayi yang mempunyai masalah ekzema kronik Terbaru dalam instagramnya Eina Azman tampil lagi sekali membantu seorang bayi perempuan berusia 5 ...
Sejurus K3s S4man Fltnah Rohanna Maafkan Namun Ini Luahan Hati Rohanna

Sejurus K3s S4man Fltnah Rohanna Maafkan Namun Ini Luahan Hati Rohanna

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 209 hits
Anak kepada pelakon terkenal Jasmin Hamid Rohanna Abdul Hamid mengakui sudah memaafkan individu yang menulis komen berbaur fltnah di laman sosial ibunya namun jelasnya kesannya cukup berbekas dalam hati Sejurus K3s S4man Fltnah Rohanna Maaf...
Teman Saya Jalan Boleh Pemuda Baik Hati Tolong Teman Anak Istimewa Comel Takut Air Hujan

Teman Saya Jalan Boleh Pemuda Baik Hati Tolong Teman Anak Istimewa Comel Takut Air Hujan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 573 hits
Bagi sesetengah orang bukan mudah untuk melayani kanak kanak istimewa tambah tambah pula tiada kaitan dengan darah daging kita Namun bila ada individu yang prihatin terhadap kanak kanak ini pasti membuatkan hati tisu kita beremosi Menerusi ...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer