Gaji Minimum Rm1 200 Bagi Individu Di Lembah Klang Masih Bawah Anggaran Gaji Kehidupan Wajar


KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Gaji minimum RM1,200 sebulan bagi individu dewasa yang tinggal di Lembah Klang masih di bawah anggaran gaji kehidupan wajar, menurut seorang ahli ekonomi.
Profesor ekonomi Sunway University Business School Dr Yeah Kim Leng berkata dengan gaji minimum tersebut, kemungkinan individu berkenaan perlu mempunyai sumber pendapatan tambahan untuk hidup di kawasan itu, sama ada melakukan dua pekerjaan, atau perniagaan sampingan.
“Menurut kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai pendapatan isi rumah pada 2016, median pendapatan bulanan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di Kuala Lumpur adalah RM5,344.
“Terdapat dua peratus atau 55,600 isi rumah di Kuala Lumpur daripada sejumlah 2.8 juta isi rumah kumpulan B40 di negara ini. Tanpa pecahan lanjut mengenai profil pendapatan kumpulan B40, sukar untuk menentukan kadar kemiskinan mutlak dan relatif di ibu negara, ” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata seperti yang dilaporkan dalam kajian Bank Negara Malaysia pada 2018, gaji kehidupan wajar bagi seorang dewasa di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan, untuk pasangan tanpa anak (RM4,500 sebulan) dan pasangan dengan dua anak (RM6,500 sebulan).
“Bagi isi rumah B40 yang mempunyai median pendapatan bulanan sebanyak RM5,344 (pada 2016) di Kuala Lumpur, adalah mencabar bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada gaji kehidupan wajar untuk membeli rumah, kereta dan barangan lain,” katanya.
Gaji kehidupan wajar atau living wage ditakrifkan sebagai pendapatan minimum yang diperlukan untuk pekerja memenuhi keperluan asas mereka termasuk makanan, perumahan dan keperluan penting lain.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas berkata kerajaan mencadangkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama berkuat kuasa tahun hadapan.
Selain di Kuala Lumpur, isu kos sara hidup yang tinggi di bandar besar turut berlaku di negeri-negeri dan yang paling ketara adalah di Selangor, dengan penduduknya berhadapan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding negeri lain, walaupun secara purata pendapatan mereka lebih tinggi.
Penganalisis ekonomi Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata walaupun pendapatan di Selangor lebih tinggi berbanding di negeri lain, penduduk di Selangor berhadapan dengan komitmen hutang rumah dan harga barangan yang lebih tinggi.
Beliau berkata secara purata isi rumah di Selangor membelanjakan 26 peratus pendapatan untuk perumahan, air, elektrik dan gas, manakala 14.8 peratus pula untuk makanan dan minuman bukan alkohol.
“Perbelanjaan ketiga tertinggi adalah untuk restoran dan hotel (14.6 peratus) dan keempat tertinggi merupakan pengangkutan (13.7 peratus). Kerajaan harus memantau isu isi rumah ini terutamanya dalam kategori B40 supaya mereka tidak tercicir dalam menikmati arus pembangunan di Selangor.
“Pada 2018, Selangor merupakan satu dari enam negeri yang menyumbang 72.1 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) nasional dan pertumbuhan KDNK Selangor sendiri adalah 6.8 peratus, iaitu melebihi paras nasional. Disebabkan itu, rakyat Selangor memperolehi purata pendapatan yang lebih tinggi berbanding negeri lain,” katanya.
Ahmed Razman berkata purata pendapatan kasar isi rumah setiap bulan di negeri ini ialah RM4,307 bagi B40, RM8,790 (M40), manakala RM21,125 bagi pendapatan T20. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/28/gaji-minimum-rm1200-bagi-individu-di-lembah-klang-masih-bawah-anggaran-gaji-kehidupan-wajar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Gaji Rm1 200 Sekarang Mampu Raih Rm19 000 Sebulan 3 Lelaki Ini Buktikan Gagal Spm Bukan Bermakna Gelap Masa Depan

Dulu Gaji Rm1 200 Sekarang Mampu Raih Rm19 000 Sebulan 3 Lelaki Ini Buktikan Gagal Spm Bukan Bermakna Gelap Masa Depan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 474 hits
Jika dulu mereka pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia namun itu tidak melunturkan semangat mereka untuk mencari kejayaan dalam hidup Tiga anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur iaitu Muhamad Badiuzaman Ya...
Plt Kadisdik Dki Sebut Anggaran Lem Aibon Pengajuan Sementara Masih Bisa Direvisi

Plt Kadisdik Dki Sebut Anggaran Lem Aibon Pengajuan Sementara Masih Bisa Direvisi

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 227 hits
Dalam rincian kegiatan itu dijelaskan anggaran sebanyak itu akan digunakan untuk membeli lem Aibon bagi 37 500 orang selama 12 bulan dengan harga satuannya Rp184 000 Total biaya yang dibutuhkan mencapai Rp82 800 000 000 untuk pembelian lem ...
Dprd Dki Akui Tiap Tahun Temukan Anggaran Tak Wajar Tapi Tidak Dipublikasi

Dprd Dki Akui Tiap Tahun Temukan Anggaran Tak Wajar Tapi Tidak Dipublikasi

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 173 hits
Ketua DPRD DKI Jakarta Prasetyo Edi Marsudi menilai tak perlu ada perubahan dalam sistem karena kesalahan ada pada SDM Sebaliknya Taufik menganggap sah saja jika ada yang diubah dari sistem sebelumnya
Tenaga Kesehatan Berhak Menuntut Gaji Layak Sayangnya Banyak Yang Masih Takut Dipecat

Tenaga Kesehatan Berhak Menuntut Gaji Layak Sayangnya Banyak Yang Masih Takut Dipecat

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 333 hits
Senyumperawat com Tulisan berikut ini mungkin dapat memberikan gambaran bagaimana mestinya tenaga kesehatan bersuara Secara undang undang sebenarnya telah dijamin bahwa tenaga kesehatan berhak menuntut gaji yang layak Khususnya bagi yang ma...
Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah Rm300 Ribu

Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah Rm300 Ribu

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 424 hits
SOURCE appeared first on Pinjaman Mudah Tanpa Slip Gaji Beli Rumah Bawah RM300 Ribu Sebenarnya ada banyak program yang ditawarkan untuk membantu seberapa rakyat marhaen beli rumah mampu milik Kadang kadang niat nak beli rumah itu ada tetapi...
Single Adults Can T Survive On Rm1 200 A Month Says Don

Single Adults Can T Survive On Rm1 200 A Month Says Don

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 213 hits
An economist says Klang Valley single adults would need a side income if the minimum wage is RM1 200 a month KUALA LUMPUR A single adult living in the Klang Valley can t make ends meet on RM1 200 per month and will need a side income accord...
Ahok Sebut Dokumen Anggaran Diunggah Sejak Masih Rancangan

Ahok Sebut Dokumen Anggaran Diunggah Sejak Masih Rancangan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 219 hits
Dengan begitu dia menyebut masyarakat dapat melihat secara anggaran Pemprov DKI transparan Bahkan publik juga melihat secara langsung hasil dari kegiatan musyawarah perencanaan pembangunan atau musrenbang
Hanya Beralaskan Kotak Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak

Hanya Beralaskan Kotak Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 259 hits
Kebahagian seseorang itu bukanlah terletak pada kekayaan ataupun kesenangan di dunia semata mata Apa yang lebih penting ialah hubungan kekeluargaan yang kekal utuh walau apa jua keadaan sekalipun Tular di media sosial dua gambar yang memapa...
Pasangan Mata Wang Usdcad Ditarik Semula Di Bawah Tahap Rintangan

Pasangan Mata Wang Usdcad Ditarik Semula Di Bawah Tahap Rintangan

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 310 hits
Kemasukan pesanan 1 31196Lanjutan Fibonacci 61 8 Penarikan Semula Fibonacci 23 6 Take Profit 1 30180Mengapa ia baik Ayunan rendah mendatar jangka panjangThe material has been provided by InstaForex Company
National Debt Now Stands At Rm1 24 Trillion Says Pm

Pembukaan Huawei Experience Stores Di Sunway Pyramid Dan 1 Utama

Ular Sawa Tunggu Dalam Semak Berhampiran Stesen Mrt

Pengantin Baru Tilam Pun Kena Baru Serius Tidur Jadi Lebih Lena Dengan Tilam Yang S

Mangsa Disahkan Maut Akibat Tercampak Keluar Dari Kereta

Oppo Find N5 Mungkin Dilancarkan Awal 2025

Mak Mertua Letak Beban Kewangan Semua Atas Kepala Suami Aku Tak Mampu Buat Cara Tak Mampulah

Singgah Sarapan Pagi Di Kedai Kopi Chubani Alor Setar Memang Puashati


echo '';
Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim


Sampai Nak Bunuh Bunuh

Irregular And Peculiar Transactions Of Fashion Valet

Israel Kalah Ini Bukti Amaran Hamas Untuk Trump

7 Dazzling Fall Interior Design Tips By Hayley Servatius

Allahu Akbar Gaji Minima Punya Pasal Restoran Mamak Johor Mahu Naik Harga 5

Macc Report Lodged Against Ex Senior Officer Of Sabah Mining Company