Gaji Cecah Puluhan Ribu Ringgit



Gaji cecah puluhan ribu ringgit
Gaji lumayan yang ditawarkan hingga mencecah puluhan ribu ringgit sebulan menarik minat pekerja tempatan untuk berlumba-lumba bekerja di luar negara.
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (Pusma), Zarina Ismail berkata, gaji puluhan ribu ringgit itu ditawarkan bagi pekerja kolar putih atau tenaga profesional dan berkemahiran di luar negara.
Katanya, bagi pekerja kolar biru atau pekerja bawahan, gaji yang dinikmati juga lebih tinggi berlipat kali ganda berbanding gaji minimum RM1,200 di Malaysia.
“Contohnya gaji seorang tukang cuci di Singapura sekarang pun RM3,007 iaitu gaji minimum di negara itu sekarang manakala gaji pengawal keselamatan pula RM3,380.
“Kalau pekerja kolar putih, berkali ganda lebih mahal kerana mereka dikategorikan sebagai ekspatriat seperti jurutera, juruterbang dan doktor,” jelasnya.
Dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, telah menjadi kelaziman bahawa tarikan gaji yang tinggi di luar negara terutama negara-negara maju merupakan salah satu tarikan utama rakyat Malaysia sanggup bekerja di luar negara seperti Australia dan Korea Selatan.
Memperincikan perkara itu, Zarina berkata, beliau pernah menghantar seorang jururawat bekerja di Riyadh, Arab Saudi dan jururawat itu dapat membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000 dalam tempoh dua tahun bekerja di negara berkenaan.
“Terbaharu, saya turut menguruskan seorang pensyarah kanan bergelar profesor di sebuah universiti yang mahu bekerja di luar negara dan beliau sendiri memaklumkan antara faktor untuk berhijrah adalah disebabkan gaji,” ujarnya.
Menurutnya, persekitaran kerja yang kondusif juga menjadi faktor mengapa ramai pekerja tempatan berhijrah ke luar negara.
Mengambil contoh pekerja sektor kolar biru seperti kerja di ladang, katanya, kemudahan mesin dan teknologi yang digunakan mendorong pekerja tempatan untuk bekerja di sana.
“Kalau kita bandingkan ladang di negara luar dan di negara ini, kita akan nampak perbezaannya kerana kemudahan mesin yang digunakan menjadikan kerja-kerja ladang menjadi ringan.
“Selain itu, di negara luar juga kita lihat jarang majikan buat kerahan tenaga sebaliknya gaji dibayar dengan baik dan kebajikan pekerja juga dijaga,” katanya.
Ditanya mengenai jumlah perkerja tempatan yang berkerja di luar negara ketika ini, beliau memberitahu, Pusma tidak mempunyai statistik berkenaan.
Bagaimanapun, Zarina menegaskan, pekerja tempatan berminat untuk bekerja di luar negara bukan sebab memilih kerja tetapi disebabkan keperluan hidup yang mendesak.
Katanya, dengan gaji minimum RM1,200 di negara ini sekiranya pekerja tinggal di bandar mereka tergolong di dalam kelompok miskin bandar dan keseluruhan gaji itu tidak mampu menampung hidup sepenuhnya.
“RM1,200 ini tidak mampu beli atau bayar semua keperluan. Kalau nak ada kereta, nak sewa rumah, memang tak cukup.
“Oleh itu, kerajaan sepatutnya kaji semula kadar gaji minimum ini kerana dengan kenaikan kos sara hidup sekarang ia wajar dinaikkan kepada RM1,500 kerana kita juga bukan negara mundur sebaliknya negara membangun,” katanya.
Zarina menambah, kalau kerajaan tidak mengkaji kadar gaji lama kelamaan semakin ramai rakyat berhijrah ke luar negara menyebabkan negara akan kehilangan lebih ramai tenaga pakar.
Ujarnya, ia adalah kerugian yang akan ditanggung Malaysia untuk tempoh jangka panjang.
Justeru itu, katanya, kerajaan juga seharusnya memberi insentif khas kepada golongan pekerja tempatan kolar putih yang bekerja di luar negara untuk pulang menyumbang tenaga di tanah air dan melatih pekerja pelapis di bidang masing-masing. Sinar
Gaji cecah puluhan ribu ringgit
Baca Artikel Menarik :
Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah Letak duit dalam coli pun tak selamat Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal Gelagat politik PAS tidak patuh syariah? Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas Layari Laman Facebook MYKMU</a
Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

The post Gaji cecah puluhan ribu ringgit appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/07/gaji-cecah-puluhan-ribu-ringgit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siakap Pangkor Tidak Cecah Harga Ribuan Ringgit

Siakap Pangkor Tidak Cecah Harga Ribuan Ringgit

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh LIYANA RAMLI NOLEE Ashilin Mohammed Radzi bersama peserta Program Jelajah Integriti Pelancongan SPRM di 2021 di tapak warisan kapal korek Tanjung Tualang dekat Batu Gajah UTUSAN LIYANA RAMLIBATU GAJAH Harga ikan siakap di Pulau Pangkor...
Gaji Minimum Rakyat Malaysia Cecah Rm2 000 Sebulan

Gaji Minimum Rakyat Malaysia Cecah Rm2 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 239 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR DEEYA dan suaminya Khirun Anuar Mali memantau tugasan pekerja Gambar hiasanKUALA LUMPUR Gaji minimum rakyat Malaysia kini antara RM1 700 hingga RM2 000 sebulan hasil daripada Program Insentif Malaysianization yang dilak...
Banjir Landa Sejumlah Daerah Di Aceh Belasan Ribu Jiwa Terdampak

Banjir Landa Sejumlah Daerah Di Aceh Belasan Ribu Jiwa Terdampak

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 166 hits
Sejumlah kabupaten kota di Provinsi Aceh dilanda banjir sejak beberapa hari terakhir Aceh Selatan menjadi daerah terparah dengan korban terdampak mencapai 11 626 jiwa
Video Terungkap Harga Asli Pcr Di Ri Cuma Rp90 Ribu Ini Penjelasan Bio Farma

Video Terungkap Harga Asli Pcr Di Ri Cuma Rp90 Ribu Ini Penjelasan Bio Farma

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 283 hits
Bos Bio Farma mengungkapkan harga tes PCR di Indonesia masih bisa turun Harga tertinggi tes PCR saat ini ditetapkan pemerintah sebesar Rp275 000 Padahal harga publish sebesar Rp90 000 Kini sedang diupayakan harga e katalog menjadi Rp81 000 ...
Beribu Ribu Kali Macam

Beribu Ribu Kali Macam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 226 hits
kah kah kahImej dipinjam secara terus dari google hang google je pandir lain macam ni memang rasa dia beribu ribu kali macam hang tak paham sebab hang tak paham la aku dok tulih balik ni jilake kah kah kah dulu nampak macam nak ada kualiti ...
Dapat Rm30 Ribu Sebab Tinggalkan Suami

Dapat Rm30 Ribu Sebab Tinggalkan Suami

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 114 hits
Gara gara rumah mertua yang tidak mempunyai tandas menyebabkan seorang wanita Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS 10 000 kerana keberaniannya meninggalkan suaminya ANITA NARRE memegang replika cek RM30 572 yang dihadiahkan kepadan...
Belasan Ribu Senjata Api Ilegal Dilebur Di Chile

Belasan Ribu Senjata Api Ilegal Dilebur Di Chile

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
Belasan Ribu Senjata Api Ilegal Dilebur di Chile Penghancuran ini sebagai bagian dari program pengendalian senjata ilegal di Chile Menurut pihak berwenang menangani pemusnahan ini lebih dari 13 000 senjata ilegal dihancurkan
Maya Karin Dibayar Rm2 Ribu Untuk Filem Hollywood

Maya Karin Dibayar Rm2 Ribu Untuk Filem Hollywood

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 218 hits
Maya Karin dibayar RM2 ribu untuk filem Hollywood Pelakon dan penyanyi Maya Karin 42 mendedahkan ketika berusia 17 tahun dia pernah menerima bayaran sebanyak RM2 086 untuk kerja cuma satu malam Namun jangan ada yang tersalah faham kerana pe...
Remaja Perempuan Bersin 12 Ribu Kali Sehari

Remaja Perempuan Bersin 12 Ribu Kali Sehari

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 148 hits
Puratanya manusia normal bersin palinh maksima adalah 6 hingga 7 kali sehari Tetapi apa yang berlaku pada gadis ini adalah kes yang sangat sangat ganjil Jika dilihat pada fizikal dia kelihatan sama seperti kanak kanak lain yang seusia denga...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord