Gaji Aku Rm1 200 Tapi Bos Bayar Rm127 Katanya Lupa Tolak Kwsp Jatuh Terduduk Lelaki Ini Dianiaya Majikan


The Reporter



Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian.
Speaker rosak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis. Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. Masa guna kereta waja dulu, kalau rosak je dialah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.


Tiba-tiba satu hari dia WhatsApp.


"Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?"


"Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?"


"Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit"


"Bereh"


Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberapa hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.


"Azri takde. Berhenti"


"Bila bos?"


"Saya tak tahu"


Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecut ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya.


Ya. Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.


"Macam ni bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je"


Saya angguk dengar.


"Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji. Aku pun pegang sampul macam nipis je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1,200. Aku terus patah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak KWSP aku. Jadi, kali ni gaji dia tolak bulan-bulan yang dia tak carum"


Allahu. Terdiam saya.


"Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?"


"Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil, anak bini. Aku memang down sangat masa tu"


Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun langgar je.


"Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan kos hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127"


Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa. Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangis sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal.


Satu hari, tuan rumah datang ketuk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak halau dia. Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar.


"Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak halau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan"


Azri bagitahu, "Masa tu aku malu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah". Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.


Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia.


"Assalamualaikum"


"Waalaikumsalam" jawab Azri.


"Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada"


Azri tersenyum saja. 


"Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?"
Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan sebak. Bertakung air matanya.


"Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2,600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangis sungguh. Aku terduduk kat situ juga"


"Pakcik tu pesan kat aku, Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hutang-hutang. Jangan putus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya."


Kalian, begitulah kasih sayang Allah pada kita. Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya. Maka, sebelum kita nak marah-marah dengan ujian, nak menyalahkan keadaan, buntu di mana nak mulakan, nak selesaikan masalah dan lain-lain, kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.


Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan! Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi! Nak berusaha sehabis mungkin guna kederat atau tulang empat kerat itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi dosa dan salah kita yang banyaknya. 


Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayuan hamba yang memohon itu ini dariNya. Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersembam kerana mahukan Allah dahulu. Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula. 


Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas. Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya. Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah.




Sumber: Ustaz Abu Hurairah Asifa


January 14, 2021 at 02:20PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/01/gaji-aku-rm1200-tapi-bos-bayar-rm127.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Kwsp Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga Rm1 000 Bagi Permohonan Kemudahan I Sinar Kategori 2

Pm Kwsp Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga Rm1 000 Bagi Permohonan Kemudahan I Sinar Kategori 2

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 343 hits
370 total views 370 views today Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan membuat pembayaran pendahuluan bermula 26 Januari ini kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini Katanya pendahuluan itu bagi menambahbaik ke...
Buat Tatu Tapi Tak Ada Duit Untuk Bayar Lelaki Ini Dibalut Dengan Plastik Dan Diikat Di Pokok Dalam Cuaca Sejuk

Buat Tatu Tapi Tak Ada Duit Untuk Bayar Lelaki Ini Dibalut Dengan Plastik Dan Diikat Di Pokok Dalam Cuaca Sejuk

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 658 hits
Gambar seorang pemuda yang dibalut dengan plastik dan diikat di sebatang pokok di Hanoi kerana didakwa gagal membayar selepas membuat tatu telah menjadi viral di media sosial Vietnam Sekarang musim sejuk di Vietnam dengan suhu di bawah 10 d...
Nabila Huda Bengang Anak Belajar Online Tapi Kena Bayar Yuran Penuh

Nabila Huda Bengang Anak Belajar Online Tapi Kena Bayar Yuran Penuh

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 375 hits
Wabak Covid 19 yang melanda tiada kesudahan menyebabkan institusi pendidikan termasuk sekolah terpaksa ditutup buat sementara waktu Justeru murid dan para pelajar perlu bertungkus lumus menjalani pembelajaran secara atas talian sekali gus m...
Video Kelas Online Tapi Bayar Yuran Sekolah Full Tak Logiklah Nabila Huda Jelaskan Perkongsian Di Instagram

Video Kelas Online Tapi Bayar Yuran Sekolah Full Tak Logiklah Nabila Huda Jelaskan Perkongsian Di Instagram

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 397 hits
Pelakon Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil menyuarakan pandangan mengenai kewajipan membayar yuran sekolah penuh sedangkan pelajar hanya mengikuti kelas atas talian sejak tahun lalu Menurut Nabila dia antara penjaga yang turut terk...
Oyen Selalu Viral Tapi Rumah Tuan Woww Menarik Perhatian Warganet Jatuh Cinta

Oyen Selalu Viral Tapi Rumah Tuan Woww Menarik Perhatian Warganet Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 299 hits
Ada ada sahaja berita mengenai telatah kucing Oren atau lebih mesra dengan nama sapaan Oyen yang menghiburkan warganet apabila terjadinya kejadian kejadian lucu mahupun pelik sehingga mengundang orang ramai geram dengan kecomelan kucing ter...
Dianiayai Bos Dengan Gaji 10 Dari Gaji Asal Pemuda Ini Dilimpahi Rezeki Dua Kali Ganda Disebabkan Subuh Beliau

Dianiayai Bos Dengan Gaji 10 Dari Gaji Asal Pemuda Ini Dilimpahi Rezeki Dua Kali Ganda Disebabkan Subuh Beliau

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 622 hits
Assalamualaikum cerita di bawah merupakan perkongsian seorang rakan Facebook mengenai kisah sahabatnya yang berhenti kerja tetapi dianiayai oleh majikan Perkara yang terjadi itu mampu membuatkan kita menitis air mata Beberapa bulan lepas se...
Remaja Jatuh Motosikal Bukan Ditendang Polis Tapi Pecut Lari Hingga Langgar Kereta

Remaja Jatuh Motosikal Bukan Ditendang Polis Tapi Pecut Lari Hingga Langgar Kereta

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 235 hits
Georgetown Polis sudah menerima laporan daripada pemandu kereta berhubung kemalangan membabitkan dua remaja menunggang motosikal di Jalan Sri Tanjung Pinang Tanjong Tokong di sini semalam Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Sof...
Pendahuluan I Sinar Kategori 2 Dipercepat Kwsp Bayar Mulai 26 Jan 2021

Pendahuluan I Sinar Kategori 2 Dipercepat Kwsp Bayar Mulai 26 Jan 2021

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 236 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan mempercepat bayaran pendahuluan sehingga RM1 000 kepada pemohon kemudahan i Sinar kategori 2 yang akan dibayar bermula 26 Januari ini Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata ia sebagai salah satu inisiat...
Zahid Dedah Keputusan Mkt Adalah Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

Zahid Dedah Keputusan Mkt Adalah Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 303 hits
January 10 2021 Majlis Kerja Tertinggi UMNO menolak kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan keabsahan keputusan itu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkat...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa