Gahnya Kasih Sayang Allah Terhadap Hamba Hamba Nya 9387



RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH S.W.T TIDAK MENGENAL HAMBANYA
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda di dalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang mana mahumnya:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”
Betapa luasnya rahmat dan kasihs sayang Allah S.W.T bagi hamba-hambaNya yang tidak pernah sunyi daripada melakukan dosa. Sesungguhnya kasih sayang dan rahmat Alllah S.W.T itu luas dan terutamanya rahmat keampunan itu diberikan untuk setiap insan yang sedar dan menyesali perbuatan mereka dan lantas bertaubat. Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.
Namun demikian seringkali rahmat Allah S.W.T itu selalu kelihatan hambar disebabkan oleh lidah-lidah sesetengah individu yang arif tentang agama. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama malangya tidak dapat membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. Kadangkala mereka ini hanya tahu menghukum dan bersifat keras tanpa ihsan. Sedangkan Rasullullah S.A.W. mengajarkan islam itu dengan ilmu, amal dan ihsan kepada penduduk-penduduk Makkah walaupun berbagai cercaan dan caci maki yang dilemparkan kepada baginda.
Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?! Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah:
“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)
ALLAH S.W.T HINA ATAU MULIANYA HAMBA-HAMBA 
Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut di dalam bahasa arabnya ialah ‘mumisah’ iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa di nilai secara buruk oleh mana-mana masyarakat pun dan anjing adalah binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjing’ adalah satu ungkapan buruk dan hina dalam berbagai bangsa dan budaya.
Walaupun begitu Rasullah S.A.W. telah mengambil contoh seorang wanita penzina yang memberi minum kepada seekor anjing mendapat keampunan Allah S.W.T. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?! Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.Kehinaan atau kemuliaan seseorang itu bukan terletak di mata manusia tetapi ia adalah milik Allah S.W.T.
SYURGA ITU MURAH HARGANYA
Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!
Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah S.W.T mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah S.W.T.
Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah S.W.T disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah S.W.T berdasarkan kekusyukan pengamalnya. Bahkan solat dua rakaat yang seseorang lakukan dari masa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah S.W.T disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya. Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi.
Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah S.W.T mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu. Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah S.W.T, tidak semestinya sama. Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah S.W.T pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya. Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.
BANYAK DAN SEDIKIT AMALAN TETAPI YANG PENTING ADALAH KEIKHLASAN
Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya. Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000. Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.
Dia mengeluarkan RM10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah S.W.T. Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah S.W.T dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah S.W.T. Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah S.W.T. Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.
TIDAK SAMPAI AJARAN
Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baik itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan. Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya, atau kehidupan yang mendesaknya, atau suasana yang mengheretnya begitu. Allah S.W.T tahu tentang dirinya, Allah S.W.T tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah S.W.T ampuninya. Demikian Allah S.W.T akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama.
Berapa ramai orang-orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan. Saya percaya Allah S.W.T akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka. Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah S.W.T. Apatah lagi menyebut:
“Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15).
Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah S.W.T itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya. Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini. Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar. Semoga Allah S.W.T mengampuni mereka. Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah S.W.T, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa.
KESEDARAN DIRI
Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah S.W.T, hanya Allah S.W.T Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.
Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah S.W.T lebih daripada kita! Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah S.W.T!
Kredit:http://tabiitabien.blogspot.com/2010/07/rahmat-dan-kasih-sayang-allah-swt-tidak.html




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/12/gahnya-kasih-sayang-allah-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasih Sayang Anak Lelaki Pada Ibu Sangat Special Dia Tiru Cara Ayahnya

Kasih Sayang Anak Lelaki Pada Ibu Sangat Special Dia Tiru Cara Ayahnya

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 548 hits
Tidak boleh dinafikan peranan seorang bapa juga sama pentingnya ketika membentuk sahsiah diri seorang anak Anak lelaki misalnya sangat memerlukan sokongan serta bimbingan dari ayah mereka untuk membesar sebagai seorang berani penuh semangat...
Lagunya Masih Curi Perhatian Ini Cerita Mawang Soal Kasih Sayang Kepada Orangtua

Lagunya Masih Curi Perhatian Ini Cerita Mawang Soal Kasih Sayang Kepada Orangtua

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 265 hits
Lagu Mawang bertajuk Kasih Sayang Kepada Orangtua seolah tak habis habisnya mencuri perhatian pendengar musik Indonesia
Dengan Nama Allah Fatin Nurul Ain Abang Ceraikan Sayang Dengan Talak Satu

Dengan Nama Allah Fatin Nurul Ain Abang Ceraikan Sayang Dengan Talak Satu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1390 hits
Juara Da i musim kedua Da i Farhan sah menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp pada tengahari semalam Yang cerai itu betul ustaz ceraikan dia dengan talak satu tengah hari tadi katanya menerusi...
Sekolah Anjur Hari Sarapan Bersama Bapa Buat Anak Yatim Merasai Kasih Sayang Seorang Ayah

Sekolah Anjur Hari Sarapan Bersama Bapa Buat Anak Yatim Merasai Kasih Sayang Seorang Ayah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 420 hits
Setiap tahun sebuah sekolah menengah Dallas Selatan menganjurkan program Breakfast with Dads tapi sayangnya ramai ibu bapa yang tidak dapat hadir serta ada juga pelajar yang tidak mempunyai ibu bapa Acara ini bertujuan untuk mendekatkan ser...
Malaikat Cabut Nyawa Dengan Penuh Kasih Sayang Kubur Peluk Erat Kita Seperti Ibu Menyusukan Bayi

Malaikat Cabut Nyawa Dengan Penuh Kasih Sayang Kubur Peluk Erat Kita Seperti Ibu Menyusukan Bayi

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 451 hits
Malaikat Cabut Nyawa Dengan Penuh Kasih Sayang Kubur Peluk Erat Kita Seperti Ibu Menyusukan Bayi Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam B...
Hati Kita Milik Allah

Hati Kita Milik Allah

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 834 hits
Assalamualaikum Salam jumaat Apa pun yang kita rasa semuanya dari Allah Setiap rasa yang kita rasai pastinya ada hikmah di sebalik perasaan tu Jangan pernah kesali apa sahaja perasaan yang hadir dalam hidup kita okay
Kisah Jutawan Mesir Menjadikan Allah Sebagai Share Holder

Kisah Jutawan Mesir Menjadikan Allah Sebagai Share Holder

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 1192 hits
ALLAH SEBAGAI SHARE HOLDER Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah Pada permulaan ceritanya ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah...
Firman Allah Bukan Untuk Dijadikan Hujjah Bergaduh

Firman Allah Bukan Untuk Dijadikan Hujjah Bergaduh

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 249 hits
Firman Allah Bukan Untuk Dijadikan Hujjah Bergaduh Like Follow Follow
Teruskanlah Taubat Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun

Teruskanlah Taubat Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 1515 hits
Teruskanlah Taubat Taubatmu Kerana Allah Maha Pengampun Dalam kehidupan ini kita tak pernah lari dari buat silap samada yang kita sedar atau tidak Dalam sehari entah berapa kali kita khilaf terkhilaf dan berdosa hanya kita sedar itu dan ten...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon