Gagal Tapis Video Tragedi Christchurch Zuckerberg Diminta Perjelas



Mark Zuckerberg diminta bagi pihak Facebook menjelaskan bagaimana video kekejaman itu boleh tersiar di platform medianya. -Gambar fail

'Mana tanggungjawab kamu?' - Zuckerberg diminta perjelas kegagalan tapis video tragedi Christchurch

KERAJAAN New Zealand meminta penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tiga platform media sosial ternama dunia berhubung penyiaran insiden tragis serangan dua masjid di Christchurch pada Jumaat.
CEO Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Twitter, Jack Dorsey, dan CEO Google, Sundar Pichai digesa menjelaskan bagaimana cara mereka mengawal kandungan siaran di platform media sosial masing-masing.
Tiga syarikat berteknologi Amerika Syarikat itu dihujani dengan kritikan bertubi-tubi dari pelbagai pihak serata dunia selepas mereka didakwa gagal mengenal pasti dan menghentikan siaran serta penyebaran rakaman insiden serangan yang berlaku pada Jumaat.
Tragedi yang mengorbankan 50 jemaah ketika solat Jumaat itu disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook milik suspek pengganas Brenton Tarrant.
Ketua Pegawai Eksekutif Vodafone New Zealand, Spark dan 2degrees berkata mereka telah mengambil langkah yang sebelum ini belum pernah dilakukan untuk mengenal pasti dan menangguhkan akses yang menyiarkan rakaman video serangan berkenaan.
Mereka turut menyeru syarikat teknologi tinggi untuk menyekat atau memadamkan kandungan yang berkaitan dengan keganasan.

"Walaupun pengendali rangkaian sosial telah berusaha memadamkan video kejadian pada Jumaat itu sejurus mengetahuinya, ia masih tersebar luas dan tidak sepatutnya disiarkan di internet,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat berkenaan di laman web mereka.
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Selasa menegaskan bahawa kerajaan negara itu akan menyiasat peranan media sosial yang dimainkan dalam serangan berdarah tersebut.

“Kita tidak boleh hanya berdiam diri dan menerima kenyataan bahawa platform ini hanya wujud begitu sahaja dan apa yang dikatakan atau disiarkan bukanlah tanggungjawab mereka!” tegas Ardern dalam ucapannya di Parlimen pada Selasa.
"Mereka adalah penerbit, bukan hanya penyiar. Mana mungkin mengaut keuntungan tanpa mengambil kira tanggungjawab."

Terdahulu, Persatuan Pengiklan New Zealand dan Majlis Komunikasi Komersial menarik balik iklan di platform media sosial tersebut yang didakwa gagal menapis siaran rakaman insiden tragis itu dan mengeluarkan satu kenyataan bersama mempertikaikannya.

"Jika pemilik laman web dapat menyasarkan iklan kepada pengunjung dalam kurang sesaat, kenapa teknologi sama tidak dapat digunakan untuk mencegah kandungan negatif yang disiar secara langsung?" menurut kenyataan bersama itu.

BACA: Syarikat ternama boikot, tarik iklan daripada Facebook, Google

Francais makanan segera Burger King, ASB Bank, Kiwibank, ANZ Bank New Zealand, Bank of New Zealand dan Lotto New Zealand dilapor turut bertindak memboikot platform media sosial itu.
(AA)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/gagal-tapis-video-tragedi-christchurch.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Christchurch Pemain Futsal New Zealand Antara Mangsa

Tragedi Christchurch Pemain Futsal New Zealand Antara Mangsa

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 453 hits
Tragedi Christchurch Pemain futsal New Zealand antara mangsaPersatuan Bolasepak New Zealand mengesahkan pemain futsal kebangsaan negara itu Atta Elayyan antara mangsa tragedi serangan pengganas di Christchurch kelmarin Elayyan 33 pernah mel...
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Angka Syahid Meningkat 50 Orang

Tragedi Solat Jumaat Christchurch Angka Syahid Meningkat 50 Orang

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 363 hits
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Angka Syahid Meningkat 50 Orang Angka kematian serangan pengganas masjid Christchurch meningkat kepada 50 selepas seorang mangsa ditemui di dalam salah satu masjid berkenaan Pesuruhjaya Polis New Zealand Mi...
Tragedi Masjid Christchurch Tabloid Barat Angkat Kisah Tarrant Berbanding Mangsa Serangan

Tragedi Masjid Christchurch Tabloid Barat Angkat Kisah Tarrant Berbanding Mangsa Serangan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 382 hits
LONDON UNITED KINGDOM Tabloid Barat terutamanya di United Kingdom dilihat lebih mengangkat kisah kemanusiaan pengganas kulit putih Branton Tarrant berbanding puluhan mangsa yang terkorban dalam serangan dua masjid di New Zealand kelmarin Se...
Tragedi Solat Jumaat Christchurch Netizen Serang Senator Australia Digelar Menjijikkan

Tragedi Solat Jumaat Christchurch Netizen Serang Senator Australia Digelar Menjijikkan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 290 hits
NETIZEN Malaysia membuktikan solidariti dalam segala hal bukan sahaja tentang isu remeh malah isu isu semasa Terbaharu Ahli Parlimen Australia Fraser Anning menerima padah apabila memuat naik kenyataan yang berbaur menyalahkan komuniti Isla...
Tragedi Masjid Christchurch Hidung Dan Bibir Merah Seperti Masih Hidup Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq

Tragedi Masjid Christchurch Hidung Dan Bibir Merah Seperti Masih Hidup Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 476 hits
Tragedi Masjig Christchurch Hidung dan bibir merah seperti masih hidup Lelaki Ini Kongsi Keadaan Jenazah Haziq
Himpunan Solidariti Kedamaian Tragedi Christchurch Sabtu

Himpunan Solidariti Kedamaian Tragedi Christchurch Sabtu

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 616 hits
ISMA WEB Rakyat tanpa mengira ideologi diajak berkumpul di Dataran Merdeka sebagai tanda simpati kepada mangsa kebencian di New Zealand KUALA LUMPUR Perhimpunan Solidariti Kedamaian Sabtu ini adalah perhimpunan untuk rakyat Malaysia bersand...
Skkm Beri Amaran Jangan Sebar Video Tembakan Di Masjid Christchurch

Skkm Beri Amaran Jangan Sebar Video Tembakan Di Masjid Christchurch

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 1213 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengingatkan orang ramai untuk tidak berkongsi atau pun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembak menembak di dua masjid di Christchurch New Zealand yang berlaku hari ini Men...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

Dibayar Berlari Untuk Orang Lain Khidmat Joki Strava Makin Popular Di Indonesia

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Sabah Umno At Weakest Point Faces Critical Juncture Says Analyst

Only Emergency Royal Brakes Can Slow Down Or Stop Akmal Express High Speed Runaway Train

Esok My Befday Ke 33