Gagal Menyinar Di Kedah Mukhriz Bakal Ke Pusat




Wajah dan nasib Mukhriz bakal diubah?
PERDANA Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terbukti boleh mengubah wajah, nasib seseorang dalam politik.
Lihatlah! Dr. Maszlee Malik dari tidak ada apa-apa, seorang ahli akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kerap menerima panggilan wartawan untuk membalas komen isu-isu semasa, tiba-tiba diangkat menjadi menteri paling kanan – portfolio pendidikan.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu, dari penceramah politik yang memukau hadirin dengan gelagat lucu dan faktanya yang tajam, kini Menteri Pertahanan. Ya, anda kanan juga.
Datuk Seri Rina Harun, Ketua Srikandi Bersatu yang baru berumur 46 tahun pun bukan main berat tanggungjawabnya mengetuai kementerian yang dahulunya dalam Barisan Nasional (BN) hanya orang kanan UMNO sahaja menyandangnya.
Justeru bila ada pihak yang memetik anakanda bongsu Dr. Mahathir iaitu Datuk Seri Muhkriz sebagai salah seorang calon Menteri Pendidikan yang dikosongkan Maszlee, Suara Merdeka yakin ia tidak mustahil direalisasikan.
Di Kedah, mahu tidak mahu ramai maklum Mukhriz dilihat `agak kurang’ berbanding menteri besar-menteri besar junior lain seperti Amirudin Shari (Selangor), Datuk Dr. Sahruddin Jamal (Johor) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak).
Sepatutnya masuk fasa kedua menjadi menteri besar, beliau menjadi contoh kepada menteri-menteri besar Pakatan Harapan yang lain. Pengalaman mengetuai eksekutif pentadbiran negeri patut menjadikan Mukhriz lebih cemerlang dan tidak terkontang-kanting seperti hari ini.
Atas sebab itu, seandainya ayahanda beliau menjadikannya Menteri Pendidikan, karier politik Mukhriz boleh `hidup’ kembali.
Dalam konteks PH, kuasa melantik dan menggugur menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri. Mereka dalam PH yang tidak ada apa-apa, tetapi jika diletakkan di kedudukan strategik, kerjaya dan kariernya akan bersinar semula.
Suatu ketika Datuk Seri Mahdzir Khalid enggak punya apa-apa. Bekas Menteri Besar Kedah yang juga orang kuat Pak Lah semasa era Najib Razak itu cuma Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Tetapi apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari UMNO, Mahdzir menang Naib Presiden – orang nombor tiga UMNO.
Barang diingat pergolakan politik hari ini sudah memasuki gelombang kedua. Jika tidak ada apa-apa yang berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri bulan lima nanti, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat asakan terhadap Perdana Menteri. Bukankah perjanjian dua tahun peralihan kuasa ke “PM ke-8” itu 9 Mei tahun 2020 ini? Ia `due date’ meskipun Dr. Mahathir mengatakan peralihan akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) November nanti.
Namun, dengan suasana politik hari ini, kumpulan Anwar mampu bersabarkah?
Kalau Perdana Menteri `masih duduk, tengok sahaja macam hari ini’, ditambah dengan graduan keluar universiti tidak ada kerja, banyak yang menganggur, apatah lagi kualiti hidup kian menurun, pegawai kerajaan tertekan, prestasi sebahagian besar menteri turun naik tidak boleh dibanggakan, maka apa sasaran khususnya daripada Bersatu seterusnya?
Tekanan pasti dibuat oleh pihak-pihak yang tidak sebulu dengan Bersatu dalam PH.
Justeru, rombakan Kabinet yang dijangka ramai menyusul selepas ini – tidak kira mikro atau makro- akan melibatkan dua persimpangan yang harus difikirkan pucuk pimpinan.
Pertama, adakah memerlukan suatu rombakan Kabinet yang luar biasa untuk menarik kembali keyakinan rakyat kepada PH atau survival politik Bersatu sendiri yang akhirnya orang Melayu akan melihat ada kawalan terhadap DAP dalam PH. Ini sekali gus melenyapkan pandangan atau pemikiran rakyat bahawa Dr. Mahathir dilihat lebih banyak bermain politik daripada memberi fokus untuk memperkasakan ekonomi dan isu `perut’ rakyat.
Namun lebih penting lagi sejauh mana survival politik Bersatu diterjemahkan dalam rombakan Kabinet nanti.
Di akhirnya dalam politik, ia bergantung nyawa bukan kepada rakyat tetapi Perdana Menteri. Hanya Perdana Menteri sahaja boleh ubah nasib, wajah orang dalam politik, termasuklah anakandanya Mukhriz.
– Suara Merdeka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/06/gagal-menyinar-di-kedah-mukhriz-bakal-ke-pusat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Bakal Naikkan Tarif Air

Kedah Bakal Naikkan Tarif Air

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 419 hits
ALOR SETAR Kerajaan negeri berkemungkinan menaikkan kadar tarif air Kedah jika terus dibebani hutang berkaitan infrastruktur air yang masih tinggi Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bagaimanapun tarif berkenaan tidak akan din...
Mukhriz Bakal Ganti Maszlee

Mukhriz Bakal Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 311 hits
ROSLINDA HASHIM ALOR SETAR Spekulasi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik menganggotai Kabinet kembali bertiup kencang kebelakangan ini setelah Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Khamis lalu K...
Mukhriz Nak Mai Pusat

Mukhriz Nak Mai Pusat

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 284 hits
kikikikikiGara maszlee letak jawatan Tekanan DAP Itu je lah idea cai otak kosong MUKHRIZ nak Mai pusat to groom him as PM Bagueh punya idea Sendiri punya idea sendiri ketaq lutut That s why jangan awai dok label Pm in waiting PM tepi Masin ...
Huawei Sebut Bakal Makin Agresif Tahun Depan Manfaatkan Momentum 5g

Huawei Sebut Bakal Makin Agresif Tahun Depan Manfaatkan Momentum 5g

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 210 hits
Tahun 2020 bakal menjadi tahun yang agresif untuk Huawei terutama dalam memasarkan smartphone 5G
Ini Daftar Tarif Yang Bakal Naik Di Tahun 2020

Ini Daftar Tarif Yang Bakal Naik Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 359 hits
Masyarakat harus siap siap merogoh kocek lebih dalam untuk menikmati sejumlah layanan pada 2020 Sebab pemerintah telah memutuskan untuk mengerek sejumlah tarif mulai dari cukai rokok iuran Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Kesehatan tarif ...
Joe Flizzow Marini Bakal Nikah April 2020

Joe Flizzow Marini Bakal Nikah April 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 388 hits
Tahniah diucapkan kepada penyanyi rap Joe Flizzow yang selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya Marini Ramlam Sabtu lalu Majlis yang berlangsung The post appeared first on
12 Filem Gempak Bakal Gegarkan Pawagam Pada Tahun 2020

12 Filem Gempak Bakal Gegarkan Pawagam Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 382 hits
Pejam celik pejam celik kita semua telah berada di penghujung bulan Disember dan lagi sehari saja lagi kita semua akan memasuki tahun baru Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedar bagi menyambut kedatangan tahun baru Wanista tampilkan 10...
Menhub Budi Sebut Jalur Puncak Ii Bakal Kurangi Tingkat Kemacetan 50 Persen

Menhub Budi Sebut Jalur Puncak Ii Bakal Kurangi Tingkat Kemacetan 50 Persen

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 234 hits
Kementerian Perhubungan menyebut pembangunan Jalan Poros Tengah Timur atau biasa disebut Jalur Puncak II bisa mengurangi beban kendaraan di Jalan Raya Puncak hingga 50 persen Untuk memecahkan persoalan di Puncak harus dilakukan secara terin...
Bakal Dijual Rp 50 Miliar Ini Potret Rumah Sarita Abdul Mukti

Bakal Dijual Rp 50 Miliar Ini Potret Rumah Sarita Abdul Mukti

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 297 hits
Intip kemegahan rumah Sarita Abdul Mukti yang akan dijual senilai Rp50 Miliar berikut ini
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal