Gadis Mohon Malaysia Ada Group Pemusnah Kucing
'Sepatutnya Malaysia ada group pemusnah kucing macam di Vietnam/China ' - Gadis Kurang Kasih Sayang
Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan bukannya digunakan dengan tujuan meluahkan perasaan geram melampau sehingga mencetuskan rasa kurang senang netizen
Mungkin remaja perempuan ini masih muda dan berfikiran singkat ketika memuat naik status mengenai kegeramannya terhadap kucing dan pemilik haiwan itu yang didakwa telah menyusahkan ibu bapanya. Dalam status tersebut, remaja itu berharap ada pihak yang memusnahkan kucing seperti yang dilakukan di Vietnam dan juga China. Ini kerana kucing katanya membawa pelbagai jenis penyakit. Mengambil contoh terdekat iaitu kucing jirannya yang gemar membuang najis merata-rata sehingga menyusahkan ibu bapanya membersihkan najis haiwan itu
"Sepatutnya kat Malaysia ni kena ada group atau gerakan pemusnah kucing macam di kat Vietnam dan China. Baru betul negara maju dan moden. "Musnahkan kucing-kucing jalanan yang bawa bakteria, virus dan segala macam penyakit. Kalau tak ada kucing sekalipun lagi bagus.
"Memang, malas aku nak carut yang suka bela kucing ni. Kau bagi dia makan, bukan dia keluar duit untuk kau. Ye, memang rezeki dari kucing la, apa la. Tapi kalau dah sampai menyusahkan mak bapak aku bersihkan najis kucing kau, rezeki hidung kami ke?
"Aku memang jijik orang bela kucing ni. Dukung la, cium la, letak kat badan dengan b*nt*t bernajis. Alahai
"Lepas tuan kau bagi makan, berak kat depan rumah aku, kencing bagai. Tak reti bela tak payah bela. Ikutkan hati, nak je lempar najis tu kat muka tuan dia. Tak apa, kucing pandai pergi toilet berak sendiri. H*n*t. Ye la, cebok semua tahu. Aihh, entah apa yang best sangat pun tak tahu," tulisnya
Sementara itu, netizen mula menyerang Facebook remaja berkenaan yang dianggap sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/10/gadis-kurang-kasih-sayang-mohon.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29