Fuziah Dakwa Tuan Ibrahim Gagal Sampaikan Mesej Malaysia Kepada Dunia November Lalu


 

KUALA LUMPUR - Kehadiran Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ke Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-26 (UNFCCC COP-26) baru-baru ini disifatkan sebagai sia-sia

Jurucakap Alam Sekitar dan Air PKR, Fuziah Salleh, berkata meskipun Tuan Ibrahim menerima pujian ramai atas 'keberaniannya' berucap menggunakan bahasa Melayu, namun ia didakwa gagal menyampaikan mesej dan pendirian Malaysia kepada dunia berhubung isu perubahan iklim.
Kata Ketua Wanita PKR itu, ucapan Tuan Ibrahim dalam bahasa Melayu itu dilakukan pada seminar antarabangsa yang sangat penting.
"Jadi, matlamat nombor satu ialah untuk menyampaikan kepada dunia apa pendirian Malaysia berkenaan dengan perubahan iklim, memberitahu dunia bertapa seriusnya Malaysia menangani agenda perubahan iklim serta bagaimana komitmen Malaysia.
"Bahasa hanyalah medium penyampaian, dan sekiranya dia nak memartabatkan bahasa Melayu sudah tentu ia dialu-alukan tapi kenalah pastikan mesej yang hendak disampaikan itu diterima dengan berkesan," katanya kepada Malaysiakini.
Tambah Fuziah, Malaysia sebenarnya gagal menyampai mesej alam sekitar kepada dunia malah pemergian Tuan Ibrahim ke persidangan antarabangsa itu dianggap sia-sia.
Pastikan medium dipilih efektif
Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi kini menjadi tugas Tuan Ibrahim untuk memastikan mesej yang hendak disampaikan Malaysia itu diterima dunia.
"Itu isunya dan dia kena pastikan mesejnya sampai. Penyampainya ialah bahasa. Kalau memartabatkan bahasa itu lebih besar kepada menteri, maka kita gagallah untuk memahami peranan sebenar menteri diberikan ruang berucap di persidangan tersebut," jelasnya.
Fuziah berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tuan Ibrahim berucap menggunakan bahasa Melayu di UNFCCC COP-26 yang berlangsung di Glassgow, Scotland, pada November lalu.
Mengulas lanjut, Fuziah turut mempersoalkan sama ada Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS itu sebenarnya mahu memartabakan bahasa Melayu atau tidak menguasi bahasa Inggeris.
"Apa keputusannya? Kalau dia letak matlamat yang pertama tadi untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia komited, Malaysia nak buat begitu dan begini dia perlu menggunakan medium dan memastikan medium itu efektif.
"Kalau nak guna bahasa Melayu kena pastikanlah ada penterjemah," katanya.
Tuan Ibrahim juga, kata Fuziah, perlu membezakan matlamat dengan wasilah, platform mahupun medium, atau pun cara.
Katanya dengan apa yang dilakukan menteri terbabit bolehlah dianggap dia tidak tahu apa matlamat sebenar diberu kesempatan berdiri di pentas dunia itu.
Jika mahu menyampaikan kepada dunia tentang komitmen Malaysia, kata Fuziah, ahli parlimen Kubang Krian terbabit perlu memastikan dia menggunakan kaedah yang berkesan.
"Boleh saja dia nak martabatkan bahasa Melayu tapi pastikan ia mesti efektif," katanya.
Patut ada penterjemah
Selain itu tambah Fuziah Tuan Ibrahim boleh saja berucap menggunakan bahasa Inggeris jika tidak dapat menyediakan penterjemah kerana tujuan utama pemimpin negara berucap di situ ialah memberitahu komitmen kepada dunia.
November lalu Tuan Ibrahim Tuan Man menerima pujian dan juga kritikan ketika menyampaikan ucapannya menggunakan bahasa Melayu di pentas persidangan antarabangsa.
Pun begitu, Presiden NGO Sahabat Alam Malaysia Meenakshi Raman memberitahu isunya melangkaui soal perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan.
Dia mendakwa tidak ada penterjemahan langsung ketika Tuan Ibrahim berucap pada 10 November lalu itu.
Tambahnya, keadaan sedikit sulit kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahasa Malaysia tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
"Jadi bila anda pergi ke sidang UNFCCC-COP 26 hendak berucap, boleh berucap dalam bahasa Malaysia tetapi harus ada penterjemahan sendiri.
"Kamu perlu bayar atau bawa penterjemah kamu sendiri. Jangan harapkan PBB untuk sediakan," katanya yang turut hadir sebagai delegasi pertubuhan masyarakat sivil pada sidang itu.
Sementara itu, pejabat media UNFCC ketika dihubungi untuk menjelaskan mengenai ucapan Tuan Ibrahim, cuma memberi jawapan ringkas bahawa "terdapat enam bahasa rasmi PBB: Bahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Perancis, Russia dan Sepanyol."
"UNFCCC menyediakan penterjemahan untuk mesyuarat rasmi dalam kesemua enam bahasa rasmi ini," kata pembantu media dan maklumat awam UNFCC Carrie Aβheuer melalui emel semalam.
Sidang COP26 mempertemukan lebih 192 buah negara yang memeterai Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dengan kehadiran lebih seratus pemimpin dunia, bermula 30 Oktober hingga 12 November lalu.
Antara pemimpin dunia yang hadir pada majlis pembukaan COP26 1 Nov lalu ialah Perdana Menteri UK Boris Johnson, Presiden AS Joe Biden, Canselor Jerman Angela Merkel, Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/fuziah-salleh-dakwa-tuan-ibrahim-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berlakon Jadi Oku Untuk Dapat Parkir Khas Pemuda Akui Gagal Sampaikan Mesej Sebenar

Berlakon Jadi Oku Untuk Dapat Parkir Khas Pemuda Akui Gagal Sampaikan Mesej Sebenar

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 203 hits
Pemuda yang merakam aksi rakannya berlakon sebagai Orang Kurang Upaya di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur bagi mendapatkan parking tampil menjelaskan berhubung video tular di media sosial Menerusi aplikasi TikTok pemuda tersebut Iswa...
Lantik Saja Tuan Ibrahim Jadi Duta Negeri Pantai Timur

Lantik Saja Tuan Ibrahim Jadi Duta Negeri Pantai Timur

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 207 hits
NORMAN RADZUANSaya nak menasihati PM Mail boleh tak DS lantik Tuan Ibrahim ini jadi Menteri bertaraf Duta ke Negeri Pantai Timur atau paling kurang Menteri Bertaraf Ketua Penasihat untuk sekalian penasihat2 yg ada Macam rugi besar je keraja...
Who Dakwa Omicron Mungkin Sudah Merebak Ke Seluruh Dunia Tanpa Dikesan

Who Dakwa Omicron Mungkin Sudah Merebak Ke Seluruh Dunia Tanpa Dikesan

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 179 hits
WHO dakwa Omicron mungkin sudah merebak ke seluruh dunia tanpa dikesan Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran varian coronavirus baharu Omicron sedang merebak pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini dan mungkin sudah ada di ke...
Gagal Dapatkan F A 18 Kuwait As Halangi Malaysia Dapatkan Jet Pejuang

Gagal Dapatkan F A 18 Kuwait As Halangi Malaysia Dapatkan Jet Pejuang

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 273 hits
Dua tahun lepas media media di negara ini melaporkan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia bercadang mendapatkan pesawat pejuang F A 18C D yang akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Kuwait
Gagal Patuh Sop Kkm Kompaun Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Rm1 000 Jer

Gagal Patuh Sop Kkm Kompaun Penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Rm1 000 Jer

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 325 hits
Disebabkan gagal memastikan pematuhan penjarakan fizikal dan beberapa lagi peraturan SOP yang lain penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dikompaun RM1 000 mengikut Akta Pencegah...
Covid 19 Is Bad Because Malaysia Is Kerajaan Gagal Says Najib S Brother

Covid 19 Is Bad Because Malaysia Is Kerajaan Gagal Says Najib S Brother

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 328 hits
Malaysia s poor handling of the Covid 19 pandemic is due to deep rooted systemic weaknesses and the impact would have been just as bad regardless of which administration was in power Nazir Razak said today In a speech at the Malaysian Insti...
Kes Najib Jawapan Kepada Tuan Ibrahim

Kes Najib Jawapan Kepada Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 175 hits
Bukan main lagi Tuan Ibrahim cuba untuk sucikan Najib Sampai kaitkan mahkamah dunia dengan akhirat
Sahabat Alam Tuan Ibrahim Addressed Cop26 In Bm Without Translator

Sahabat Alam Tuan Ibrahim Addressed Cop26 In Bm Without Translator

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 326 hits
When Tuan Ibrahim Tuan Man delivered his speech in Malay on the stage of an international conference last month the environment and water minister received praise and criticism in equal measure from local commentatorsEven so Sahabat Alam Ma...
Lebih 4 000 Penumpang Dari Singapura Masuk Malaysia Melalui Darat Sepanjang 5 Hari Vtl

Lebih 4 000 Penumpang Dari Singapura Masuk Malaysia Melalui Darat Sepanjang 5 Hari Vtl

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 243 hits
MALAYSIA NOW Jumlah itu adalah sekitar 60 daripada kuota yang dibenarkan Pihak berkuasa SIangpura memantau pergerakan penumpang yang akan memulakan perjalanan ke Malaysia melalui darat menggunakan bas Gambar AFP Lebih 4 000 orang penumpang ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep