Fuziah Dakwa Pkr Memang Ada Bincang Untuk Tangguh Pemilihan Parti Namun Belum Putuskan




KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh memaklumkan isu penangguhan pemilihan parti memang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam namun tiada keputusan muktamad dicapai.
Fuziah menafikan MPP telah setuju untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas PRU16.
Dia berkata mesyuarat berpendapat lebih banyak sesi libat urus perlu dibuat di semua peringkat kepimpinan parti sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Saya ingin menegaskan tiada keputusan sedemikian dibuat sewaktu mesyuarat MPP pada Ahad, 15 September 2024 (semalam). 
“Walaupun ada perbincangan serta pandangan dilontarkan, namun ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tiga sumber yang hadir ke mesyuarat semalam memaklumkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.
"Betul. MPP bincang tangguh pemilihan parti selepas PRU16. Cadangan itu dibawa oleh Timbalan Presiden Rafizi Ramli.
"Namun, belum ada keputusan muktamad," kata seorang sumber dengan syarat namanya tidak didedahkan.
Mereka bagaimanapun tidak menjelaskan jika perlembagaan parti perlu dipinda bagi membolehkan pemilihan ditangguhkan.
Pemilihan PKR kali terakhir diadakan pada Julai 2022 bagi penggal 2022-2025.
Sementara itu, sumber tidak menjelaskan jika cadangan penangguhan itu dipersetujui, ia membawa maksud PRU-16 akan diadakan lebih awal daripada 2027, iaitu tahun tamatnya penggal pentadbiran kerajaan semasa.
"Ini anda perlu tanya bos (Presiden PKR Anwar Ibrahim). Apa yang penting parti perlu menjadi satu pasukan menghadapi PRU akan datang," kata satu lagi sumber.
Sumber juga berkata Ahli Parlimen Selayang, William Leong dilantik untuk mengkaji cadangan itu dan akan mengadakan perbincangan dengan wakil setiap negeri sebelum membentangkannya kepada MPP pada November ini.
Untuk rekod, pada 2021, PKR pernah menangguhkan pemilihan parti selama tempoh tidak melebihi 18 bulan.
Menurut PKR pada masa itu, ada bahagian dalam perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan ditangguh selama tidak lebih 18 bulan. #MalaysiaKini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/09/fuziah-dakwa-pkr-memang-ada-bincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 510 hits
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta Beliau menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Menteri Dalam Negeri Naib Presiden ...
Fuziah Replaces Saifuddin As Pkr Sec Gen

Fuziah Replaces Saifuddin As Pkr Sec Gen

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 198 hits
PKR has appointed Fuziah Salleh as its new secretary general replacing Saifuddin Nasution Ismail In a statement today PKR vice president Nik Nazmi Nik Ahmad announced that Saifuddin had let go of the position and will focus his efforts as P...
Fuziah Salleh Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung Pkr Yang Baharu Berkuat Kuasa Serta Merta

Fuziah Salleh Di Lantik Sebagai Setiausaha Agung Pkr Yang Baharu Berkuat Kuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Naib Presiden PKR Nik Nazm...
Pemilihan Pahang Sebagai Tuan Rumah Muktamar Selepas Pn Dapat Lonjakan Kepercayaan Pru 15

Pemilihan Pahang Sebagai Tuan Rumah Muktamar Selepas Pn Dapat Lonjakan Kepercayaan Pru 15

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Pemilihan Pahang sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS kali ke 70 mempunyai isyarat jelas selepas parti itu mencapai keputusan yang agak baik pada Pilihan Raya Umum ke 15 Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berka...
Pas Anti Kritikan Mana Boleh Tegur Macam Parti Komeneh Jugak La

Pas Anti Kritikan Mana Boleh Tegur Macam Parti Komeneh Jugak La

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 201 hits
Memang ada yang minta aku ulas tentang ucapan dari dalam Tapi disebabkan aku banyak habiskan masa atas jalan sehari dua ni aku tak sempat Cuma bila aku tengok ucapannya aku teringat kepada peristiwa muktamar 2015 tak silap aku Masa tu ada s...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan