Fungsi Sebenar Penutup Radiator Yang Perlu Korang Tau
Penutup Radiator adalah salah satu daripada komponen utama sistem penyejukkan, dan ianya bukanlah hiasan yang boleh ditukar ganti dengan sesuka hati. Padah bakal menanti.
Selain berfungsi sebagai penutup, penutup radiator juga mempunyai fungsi yang lain iaitu mengawal tekanan dalam sistem penyejukkan kereta korang tu. Ia juga adalah penyebab utama "overheat" jika penutup radiator korang tidak berfungsi dengan baik.
Setiap penutup radiator kebiasaannya mempunyai satu Pressure Spring dan Vacuum Valve bersama Vacuum Spring. Fungsi Pressure Spring adalah untuk menahan tekanan yang terdapat di dalam tangki sebelum ia terbuka untuk membolehkan air mula mengalir ke dalam tangki simpanan (overflow tank).
Kenapa perlu tekanan di dalam sistem penyejukkan kendaraan korang? Okey, seperti yang kebanyakkan dari korang tahu, takat didih air adalah 100 darjah celcius dan selepas itu air akan mula mengewap. Jadi di dalam sistem thermalfluids dan thermodynamics, jika tekanan diberi pada sesebuah sistem yang tertutup, ia akan menaikkan takat didih air, lagi tinggi tekanan, lagi tinggi takat didih.
Sebagai contoh, sebuah sistem yang mempunyai Penutup Radiator spring berkapasiti 1.1 bar dapat menaikkan tahap takat didih air (bercampur dengan coolant 50/50) sehingga 120 darjah celcius.
Jadi apabila enjin panas, air dari tekanan yang dilepaskan tersebut akan mengalir ke dalam tangki simpanan. Sebab tu, kebiasaannya akan terdapat dua marking pada tangki tersebut, Hot & Cold ataupun Min & Max.
Apabila sistem penyejukkan mula menyejuk, tekanan akan menurun dan akan terjadinya vacuum. Pada masa ini vacuum valve akan disedut dan vacuum spring akan terbuka pada penutup radiator dan akan menyedut air dari tangki simpanan tangki radiator.
Kenapa pentingnya korang memeriksa keadaan Penutup Radiator ni? Dan Kenapa ada beberapa bacaan atau kadar nilar seperti 0.9 bar, 1.1 bar, 1.3 bar dan lain-lain lagi?
Jawapannya, dalam sesebuah sistem penyejuk kenderaan ini telah direka khas untuk sesebuah enjin berdasarkan tekanan yang diperlukan untuk memberikan kuasa penyejukkan yang optimum. Jika kurang atau tiada tekanan pada sistem akan terjadinya "overheat" kerana takat didih air rendah dan jika tekanan radiator kurang, akan membuatkan komponen yang lain seperti radiator hose dan gasket mula bocor.
Bagaimana cara untuk memeriksa tekanan yang ada pada Penutup Radiator? Dari mata kasar korang boleh memeriksa keadaan seal/gasket pada penutup tersebut dan juga boleh mencuba untuk tekan spring dan pastikan ia berfungsi.
Untuk ujian yang paling baik adalah, korang kena pergi ke mana-mana bengkel yang boleh melakukan ujian dan pemeriksaan menggunakan alat penguji.
Jadi korang rajin-rajinlah periksa keadaan Penutup Radiator dan janganlah suka-suka menukar Penutup Radiator, buruk padahnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://tigapadel.blogspot.com/2020/05/fungsi-sebenar-penutup-radiator-yang.html