Fungsi Penting Effective Microbe Dalam Ternakan Dan Pertanian


Effective Microbe atau lebih dikenali dengan singkatan EM merupakan 'bakteria baik' hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen atau bakteria jahat yang ada di dalam sistem tumbesaran tanaman dan ternakan.

Gambar hiasan

EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi tanpa pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia, diakui selamat digunakan dan 100% organik yang digunakan di lebih 120 buah negara.

Tiga jenis mikrob tersebut (LAB, Psb, Yis) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan bermacam-macam antioksidan apabila ia bertemu bahan-bahan organik.

Kunci utama dalam larutan EM adalah bakteria Fototropik iaitu Rhodopsuedomonas palustris — kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik.

Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida (lowmolecularpolysaccharides), polyphenol dan mineral-mineral.

Antioksidan ini membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tidak bermanafaat.

Sifat EM

Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

Kesesuaian Penggunaan EM

Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebagainya.

Sejarah Penemuan EM

EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist dan mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik.

Kini, EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.

Mikrob-mikrob terpenting di dalam EM dan fungsinya:

Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria).
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod.Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.
Yis/Ragi (Yeast)
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.
Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.
Pertanian yang ideal mestilah merangkumi:-
Boleh mengeluarkan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk kesejahteraan manusia.Ekonomi dan memberi manfaat kepada petani dan pengguna.Lestari dan senang dipraktikkan.Aktinomisit dan kulat berfementasi.Digunakan sebagai inokulum untuk meningkatkan kepelbagaian haya dalam tanah.Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah.
Kebaikan EM Dalam Pertanian:
EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.Menggalakkan pembungaan dan pembuahan.Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.Konsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman.Kesan sinergi daripda organisma yang hadir.
Kebaikan EM Dalam Penternakan:
Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.
Kebaikan EM Dalam Tasik, Kolam, Air Pancuran dan Akuarium:
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda, juga dapat menaikkan nilai perniagaan.Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kestabilannya(balance).Jika air terbiar statik dalam jangka masa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk.Ruang pengudaraan (water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiasa mengawalnya pada paras yang rendah.EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air (neutralizesalts)— dimana ia bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.Kadar dos adalah 1:10,000, iaitu satu bahagian EM (probac) bagi setiap 10,000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu.Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM (probac) bekerja untuk anda.Jika tinggi bahan organik (sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang.Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja.EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.
Skop Pengunaan EM:
Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.Masukkan EM dalam kolam ternakan.
Kandungan BIM (EM) Tulen:
N - 0.5%P - 0.3%K - 2.2%Ca - 2.0%Mg - 0.4%Fe - 0.03%Cu - 0.5%B - 0.2%
Penyedian EM-FPE (Fermented Plant Extract) Sebagai Kawalan Serangga
EM-FPE mengandungi berbagai jenis asid organik, bahan-bahan bioaktif dan mineral.Untuk merealisasikan perkara ini, kita boleh menggunakan berbagai herba aromatik yang terdapat dipersekitaran kita.Tiada kadar yang tepat dari berat tisu yang akan digunakan.Bahan-bahan seperti daun kesom, neem, limau purut, serai wangi, bawang putih, cili padi dan banyak lagi boleh diuji untuk tujuan ini.Ia akan dapat mengawal dan merenjatkan pembiakan serangga seperti trip, aphid, hamama, pelombong daun, pianggang, kepinding hijau, ulat ratus, kabuh lenting dan lain-lain lagi.
Bahan-bahan untuk membuat EM-FPE:
EM Tulen - 200mlMolasses - 200mlDaun Neem - 200gBawang Putih - 200gCili Padi - 200gAir Sungai - 4 liter
Boleh juga menggunakan apa-apa sumber air bersih yang lain asalkan ianya bebas daripada klorin.

Kaedah Penyediaan EM-FPE (Kawalan Serangga):
Hancurkan semua bahan-bahan ekstrak seperti daun neem, bawang putih, cili padi dan air sungai dengan mengunakan alat pengisar.Campurkan EM Tulen, molasses dan baki air sungai tadi.Perap kesemua campuran ini selama 1 minggu.Kemudian hendaklah ditapis dan simpan di dalam botol yang bersih.
Nisbah Sukatan (Kawalan Serangga):
EM-FPE = 50ml - 70mlAir = 18 liter
Kaedah Penyediaan Pencairan BIM (EM) Tulen untuk Pertanian

Induk (EM Tulen) perlu diaktifkan terlebih dahulu dengan cara mencairkannya dengan kaedah pemberian cecair dan makanan kepada EM Tulen tersebut pada kadar 5%:
EM Tulen = 5mlMolasses (Gula Merah) = 5mlAir (Bebas Klorin) = 1 liter
Campurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 hingga 5 hari.

Apabila kulat putih telah terbentuk dibahagian atas permukaan campuran diatas, menunjukkan EM tersebut telah aktif dan sedia digunakan.

Kemudian siram ke atas tanah atau lakukan semburan kepada keseluruhan bahagian tanaman seperti daun, batang, bunga, buah termasuk juga di dalam polibag dan kawasan persekitaran kebun.

Kaedah dan Masa Semburan:

Lakukan semburan seminggu sekali pada awal pagi dan lewat petang. Elakkan semburan pada waktu tengahari atau pada masa pancaran matahari yang terik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Cara Membuat EM (Effective Microorganism), Paling Mudah Dan Murah5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/12/fungsi-penting-effective-microbe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Aturan Penting Buat Calon Orangtua Saat Beli Baju Bayi Biar Nggak Kalap Persiapkan Nanti

7 Aturan Penting Buat Calon Orangtua Saat Beli Baju Bayi Biar Nggak Kalap Persiapkan Nanti

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 245 hits
Beli sekarung padahal yang sempat kepake cuma beberapa potong karena bayinya keburu gede Nyesek nggak tuh
Sandra Dewi Akui Me Time Itu Penting Agar Tetap Waras

Sandra Dewi Akui Me Time Itu Penting Agar Tetap Waras

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 267 hits
Sibuk mengurus keluarga dan pekerjaan Sandra Dewi tetap memiliki waktu untuk me time Soalnya kata Sandra me time ini amat lah penting
Sebenarnya Lelaki Lagi Power Bab Masak Berbanding Wanita Yang Penting Hot

Sebenarnya Lelaki Lagi Power Bab Masak Berbanding Wanita Yang Penting Hot

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 498 hits
Biasanya tugasan menyediakan makanan di rumah adalah menjadi tanggungjawab wanita iaitu kaum isteri Tetapi sebenarnya pada pandangan mata seorang wanita melihat lelaki rajin memasak adalah lebih hot Lelaki rajin memasak vs bertukang Berdasa...
Peluang Business Partime Fulltime Yang Menguntungkan Dan Mudah Dan Penting Kurang Risiko

Peluang Business Partime Fulltime Yang Menguntungkan Dan Mudah Dan Penting Kurang Risiko

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 309 hits
Masih mencari cari peluang business partime fulltime yang menguntungkan dan mudah dan PENTING KURANG RISIKO Ainul nak share business yang Ainul buat dari 2012 2 tahun buat part time je Walaupun busy kerja engineer dulu tapi boleh manage mas...
5 Tahapan Penting Ahli Jualan Untuk Para Pedagang

5 Tahapan Penting Ahli Jualan Untuk Para Pedagang

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 268 hits
Pembahasan kita sekarang ialah Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki penghasilan tambahan...
Survei Parameter 81 4 Masyarakat Anggap Pancasila Dan Agama Sama Penting

Survei Parameter 81 4 Masyarakat Anggap Pancasila Dan Agama Sama Penting

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 202 hits
Survei menggunakan metode stratified multistage random sampling Margin of error survei sebesar 3 1 persen dengan tingkat kepercayaan 95 persen Pengumpulan data dilakukan dengan wawancara langsung
Bukti Ilmiah Dinilai Penting Jadi Dasar Penyelesaian Kasus Karhutla

Bukti Ilmiah Dinilai Penting Jadi Dasar Penyelesaian Kasus Karhutla

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 148 hits
Sejumlah pemangku kepentingan sepakat menjadikan bukti ilmiah sebagai dasar bukti hukum dalam penyelesaian perkara kebakaran hutan dan lahan Hal ini supaya masyarakat maupun korporasi tidak menjadi korban putusan hukum yang salah serta hany...
Pastikan Buku Pink Di Bawa Bersama Ke Pusat Pemindahan Jangan Lupa Selamatkan Dokumen Penting

Pastikan Buku Pink Di Bawa Bersama Ke Pusat Pemindahan Jangan Lupa Selamatkan Dokumen Penting

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 385 hits
Saban tahun negara kita pasti menghadapi musim banjir terutama di negeri sebelah pantai timur dek kerana kedatangan musim tengkujuh Persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh harus dilakukan secepat mungkin dan tidak terlepas ibu hamil turu...
Genjot Kepercayaan Investor Aturan Ini Dinilai Ppatk Penting Diterapkan

Genjot Kepercayaan Investor Aturan Ini Dinilai Ppatk Penting Diterapkan

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 98 hits
Tindak pidana korupsi penyuapan penyelundupan barang hingga pencucian uang jadi alasan terbesar bocornya sumber penerimaan negara Tak hanya itu tindak kejahatan tersebut turut menurunkan kepercayaan investor sebelum pihaknya menanamkan moda...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk