From Kl To The World Kejayaan Yuna Sedunia Sampaikah Ke Akhirat
HALAMAN HIBURAN
'From KL to the world': Wajah Yuna bercucuk sanggul sebesar-besarnya di Times Square, New York!
KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia yang melakar nama di peringkat antarabangsa, Yuna nyata mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat dengan memaparkan wajahnya selain mempromosi album terbaharunya, Rouge.
Rouge yang merupakan album keempat penyanyi dengan nama sebenar Yunalis Zarai itu dilancarkan pada Jumaat.
Entri Yuna di akaun Instagram miliknya menerima ribuan komen daripada barisan selebriti dan juga peminatnya dari dalam dan juga luar negara Uncle Sam itu atas siaran iklan yang dibawakan khas oleh platform penstriman muzik popular dunia, Spotify.
Melalui kapsyen ringkas, Yuna menulis:
“From KL to the WORLD!, IT’S ROUGE DAY EVERYWHERE AND IT’S DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC1 ROUGE OUT NOW! Also go take photos there and tag me! #yunarouge thanks @spotify
Antara selebriti yang meninggalkan komen melalui muat naik status penyanyi berusia 33 tahun itu adalah penyanyi dari Indonesia, Datuk Rosa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa, Afghan Syahreza, Anggun Cipta Sasmi atau Anggun.
Tidak ketinggalan selebriti dari Malaysia antaranya, Wany Hasrita, Sharifah Amani, Sharifah Sofia, Shalma Ainaa dan Daiyan Trisha.
Rata-ratanya meninggalkan komen tahniah atas kejayaan Yuna dengan pelancaran album Rouge yang disifatkan Yuna sebagai vibe rekod lama seperti tahun 80-an dan 90-an.
Rossa melalui akuan Instagram miliknya dengan nama itsrossa910 serta Afghan melalui afgansyah.rezamenitipkan komen so pround of you!!
Anggun pula menerusi akaunnya, anggun_cipta menyatakan Oh WOW!! Now that's impressive. Kudos dearest sebelum dibalas Yuna dengan thanks anggun!! love u.
Sharifah Amani turut meninggalkan komen, MasyaAllah how beautiful. Congratulations manakala pengacara, Shalmaa Aina pula dengan komen, OMG EPIC! so proud of you. Malaysia represent Yuna.
Terdahulu, menurut Yuna, Rouge bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan.
‘Rouge’ turut menampilkan lagu hasil kolaborasi dengan nama-nama besar industri muzik antarabangsa terkenal, termasuk G-Easy, Jay Park, Kyle dan Tyler, The Creator.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kejayaan artis Malaysia ini, sedunia dan di dunia ini, akan sampaikah ke akhirat? Apakah akhirat tidak diambil kira, atau tidak difikirkan, bahkan dipisahkan dari aktiviti di dunia?
Mari, sama-sama fikir-fikirkan! Tugas Muslim ialah sampaikan Islam, walaupun satu ayat...
Lihat lagi..E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/from-kl-to-world-kejayaan-yuna-sedunia.html