From Ibukita With Love Yang Sangat Sedap Dan Berbaloi Di Hari Jadi Angah
Assalamualaikum...
MACAM tahu-tahu saja yang kita ni tengah cari makanan untuk parti-parti sempena hari jadi Angah apabila bos Warung Santan & Sambal hantar tiga menu terkini yang ditawarkan di restoran beliau. From Ibukita With Love, katanya.. WS&S menawarkan set hidangan yang boleh dikongsi tiga hingga empat orang. Teruslah Sk pesan ketiga-tiga menu sebab untuk memasak sendiri tu memang dah tak larat la. Kalau setakat spaghetti bolognese tu sanggup jugak sebab guna bahan-bahan segera aje, hihi.
Ibukita Seafood BoxSet ini mengandungi 3 nasi putih, seekor siakap, ikan bawal putih, udang harimau, sotong, bamboo lala, lala, jagung, carrot dan brokoli.. ni ala-ala shell out. Sosnya tu sedap yakmattt! Kalau malam-malam rasa nak makan seafood, bolehlah order Seafood Box ni
Ibukita Homecooked BoxNi rekomen untuk siapa yang malas masak untuk makan tengahari. Memang sangat berbaloi la.. ada Ayam Masak Lomak Cili Api, Ikan Bawal Sambal Gulai, Buncis Goreng, Keropok, Sambal Belacan dan Telur Dadar dengan tiga nasi putih
Kalau yang anak-anak jenis tak suka makan nasi tu, boleh pesan set Fusion Box ni. Setiap kotak mengandungi Nasi Goreng Pataya, Buttermilk Chicken, Fish & Chips, Meatball, Cheesy Fries, French Toast, Roti John dan Salad.
Semua happy tengok makanan sedap-sedap dan pelbagai variasi. Kreatif kan chef Warung Santan & Sambal ni. Ni pun Sk dah cakap dengan Iman, nanti kita order makan dengan babah pulak 🤭
Selagi PKP tak habis, selagi tu la makan-makan tak cukup korum. Tak apalah, untuk kebaikan bersama semua insan di muka bumi ni kan. Semalam pun kat Giant rasa sunyi sepi dunia macam. Dengan kiosk-kiosk dalam tu diserkup dengan kain hitam, seram pun ado tau
Sk dan Angah ni umur jarak setahun aje. Dulu selalu kena marah sebab Sk tak baca buku sekolah sendiri tapi baca buku Angah. Masa Sk sekolah tadika, Sk akan baca buku Angah yang darjah 1, masa Sk darjah 1, Sk baca pulak buku darjah 2 Angah. Sampailah tahun-tahun seterusnya.. memang taklah Sk baca buku sendiri sebab tahun lepas dah baca siap-siap 😋
Cuma.. bila Angah dah masuk asrama semasa di Tingkatan 4, masa tu tak dapat la lagi nak baca buku-buku sekolah Angah sebab dia dah tak duduk rumah 😂 sampailah Angah sambung belajar di POLISAS, Kuantan. Oh, ya.. bukan Angah saja, buku-buku Along pun Sk suka baca juga, hihi. Dan dorang suka suruh Sk tolong lukiskan peta. Jadi, selalulah Sk tolong siapkan homework dorang sebab Sk memang suka bab melukis dan mengaler-ngaler ni 😆😆
Oh.. lupa nak beritahu, tiap tahun Angah akan raikan hari jadi bersama anaknya Izzat. Tarikh lahir Izzat lat dua hari jer dengan tarikh lahir ibunya jadi buat ajelh sekali arung, senang 😜
Kepada Angah dan IzzatSelamat hari lahir, semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, berbahagia dan sejahtera selalu, Amiiinn
Untuk Izzat juga, semoga berjaya dalam mengejar cita-cita dan impianmu. Bonda sayang Izzat selalu 🤩🤩🤩
Kepada penduduk Pulai, sesekali gantung kuali tu, boleh whatsapp terus chef Warung Santan dan Sambal tu tau, memang sangat berpuas hati dengan servis yang tip top
https://wa.me/0182342468
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/06/from-ibukita-with-love-yang-sangat.html