Fosil Dinasour Di Bukit Panau Tanah Merah Kelantan




Pasukan penyelidik Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendakwa menemui kesan tapak kaki dinosaur dipercayai daripada kumpulan spesies Sauropod berusia 145 tahun hingga 66 juta tahun di Bukit Panau, Kelantan.
Penemuan fosil tersebut adalah hasil kajian ekplorasi geosains oleh pasukan penyelidik UMK yang diketuai Pensyarah FSB, Arham Muchtar Achmad Bahar dan Profesor Surono Martosuwito bersama Profesor Udi Hartono dibantu Mohd Syakir Sulaiman.

Arham Muchtar berkata, aktiviti dan penyelidikan itu bermula pada Mei 2017 lagi dan telah berjaya menemukan fosil tapak serta laluan trek dinosaur dari Sbgrup Sauropod.
“Penemuan ini membuktikan bahawa satu masa dulu dijangka antara 160 hingga 66 juta tahun lepas, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan.
“Ini adalah salah satu penemuan dari banyak penemuan lain hasil aktiviti eksplorasi dan penyelidikan yang kami laksanakan di Kelantan,” katanya kepada media hari ini.
Menurutnya, lanjutan daripada penemuan itu, pihaknya telah menerbitkan jurnal ilmiah bertajuk 'The Sauropod Dinosaur Trackways from Tanah Merah, Kelantan' sempena dengan penganjuran Conference on Tropical Resources & Sustainable Sciences (CTRESS) 2.0 secara dalam talian pada 10 dan 11 Ogos 2020.
Beliau berkata, pasukan tersebut turut menemui tujuh tapak kaki fosil spesies Sauropod berukuran purata 72 sentimeter panjang dan lebar dengan purata 66 sentimeter yang tercetak di atas Batu Pasir Kuarsa dari Formasi Panau seluas 60 meter (m) persegi.
"Fosil Sauropod itu dianggarkan berusia antara 65 hingga 160 juta tahun lepas iaitu pada kala Jura akhir sehingga Kapur awal," katanya.
Katanya, pasukan sama juga telah mengenal pasti bahawa tujuh tapak kaki fosil Dinosaur Sauropod itu adalah sejenis reptilia berkaki empat daripada spesies herbivor iaitu hidupan yang memakan tumbuh-tumbuhan.
“Berdasarkan bukti tapak kaki, haiwan ini dipercayai memiliki tubuh yang besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat sekitar 30 sehingga 40 tan.
“Spesies Dinosaur Sauropod dikenali juga sebagai haiwan terbesar yang pernah hidup di muka bumi ini.
“Kejayaan ini amat bermakna bagi UMK terutamanya dengan penubuhan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi yang menjalankan penyelidikan ke atas hidupan dinosaur ini," katanya.
Arham Muchtar berkata, penyelidik telah menghabiskan masa lebih 10,000 jam menyiasat dan menjejak dinosaur di Kelantan.
Beliau berkata, berdasarkan penemuan itu pihaknya mengenal pasti fosil Sauropod ini berdasarkan morfologi tapak kaki dan kesan trek yang dijumpai kemudian mendapat pengesahan pakar dinosaur dunia berasal dari Jepun.
Menurutnya, mengikut kepada keadaan struktur muka bumi dan geologi di kawasan Bukit Panau pihaknya mendapati bahawa Saurapod itu hidup pada persekitaran daratan khususnya di sekitar sungai berliku.
“Sehingga kini kami belum dapat menentukan spesies Sauropod ini sebab data yang diperlukan masih belum mencukupi.
“Aktiviti penyelidikan dan pencarian dinosaur di kawasan ini bukan perkara baru kerana sekurang-kurangnya sejak tahun 2016, pihak kami telah melaksanakan beberapa kajian sama ada oleh ahli geologi daripada dalam mahupun luar negara,” katanya.
Katanya, kewujudan dinosaur di Bukit Panau sudah dijangka oleh banyak ahli geologi berdasarkan keadaan geologi yang dapat dikaitkan dengan beberapa kawasan di Thailand Selatan mengandungi fosil dinosaur.
“Kami mengharapkan dalam masa terdekat semua pihak dapat memberi kerjasama yang positif bagi meneruskan kajian ini. Kami percaya masih ada beberapa lagi jenis fosil dinosaur yang masih tersimpan dalam batuan di Bukit Panau,” katanya.
Kredit :- Bernama (gambar)- Teks (sinar harian)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ahmadzaki82.blogspot.com/2020/08/fosil-dinasour-di-bukit-panau-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyelidik Umk Temui Fosil Tapak Kaki Dinosaur Berusia Lebih 60 Juta Tahun Di Tanah Merah

Penyelidik Umk Temui Fosil Tapak Kaki Dinosaur Berusia Lebih 60 Juta Tahun Di Tanah Merah

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 733 hits
Penyelidik Fakuti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan yang mengetuai eksplorasi Arham Muchtar Achmad Bahar berkata aktiviti penyelidikan yang bermula pada Mei 2017 itu berjaya menemukan fosil tapak dan laluan trek dinosaur dari subkumpu...
Sedap Nikmati Menu Korea Jepun Di Kafe Big Ball Tanah Merah Kelantan

Sedap Nikmati Menu Korea Jepun Di Kafe Big Ball Tanah Merah Kelantan

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 1337 hits
Sedap Nikmati Menu Korea Jepun di Kafe Big Ball Tanah Merah Kelantan What is the best restaurants in Kelantan Jangan sesekali ditanya soalan ini kerana hakikatnya di Kelantan ini ada banyak restoran yang sedap dan best Bukan saja untuk menu...
Kelantan Warta 1 644 Hektar Tanah Bagi Penempatan Pertanian Orang Asli

Kelantan Warta 1 644 Hektar Tanah Bagi Penempatan Pertanian Orang Asli

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 382 hits
KOTA BHARU Kerajaan Kelantan mewartakan kawasan seluas 1 644 hektar sebagai zon penempatan dan pertanian masyarakat Orang Asli di negeri itu Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia melibatkan 8 kawasan perkampungan...
Umk Researchers Find Fossils Of Dinosaur Footprints In Tanah Merah

Umk Researchers Find Fossils Of Dinosaur Footprints In Tanah Merah

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 457 hits
A team of researchers from the Department of Geoscience Faculty of Earth Sciences Universiti Malaysia Kelantan found seven footprints believed to be that of dinosaur from the Sauropod species in Bukit Panau Tanah Merah The footprints are be...
Bersatu Merah Vs Bersatu Hitam Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

Bersatu Merah Vs Bersatu Hitam Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 503 hits
Yang kalah jadi abu menang jadi arang itu antara ungkapan pemerhati politik yang menyifatkan pertembungan Bersatu dan juga parti Dr Mahathir Mohamad yang bakal ditubuhkan Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi menjelaskan hal it...
Jokowi Berharap Vaksin Merah Putih Selesai Pertengahan 2021

Jokowi Berharap Vaksin Merah Putih Selesai Pertengahan 2021

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 351 hits
Presiden Jokowi Berharap vaksin COVID 19 buatan Indonesia bisa diproduksi pada pertengahan 2021 Vaksin buatan dalam negeri diberi nama Vaksin Merah Putih Vaksin lokal tersebut sudah diteliti selama tiga bulan di bawah perusahaan farmasi BUM...
Sebut Islam Agama Sesat Dan Nabi Muhammad Pembohong Apollinaris Darmawan Ternyata Mantan Pegawai Plat Merah

Sebut Islam Agama Sesat Dan Nabi Muhammad Pembohong Apollinaris Darmawan Ternyata Mantan Pegawai Plat Merah

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 489 hits
Apollinaris Darmawan tak jera juga Sudah pernah dipenjara dalam kasus penistaan agama dia kembali mengulang perbuatannya Dia pernah dipenjara tiga tahun Setelah bebas dia kembali membuat postingan nyeleneh di media sosial Dia menyebut Islam...
Kopassus Kibarkan Merah Putih Sepanjang 100 Meter Di Titik Nol Sungai Ciliwung

Kopassus Kibarkan Merah Putih Sepanjang 100 Meter Di Titik Nol Sungai Ciliwung

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 225 hits
Wakil Komandan Jenderal Kopassus Brigjen TNI M Hassan mengungkapkan pengibaran bendera ini sebagai peringatan Hari Kemerdekaan Indonesia ke 75 sekaligus mempromosikan kilometer 0 Sungai Ciliwung ini
Maklumat Merah Putih Ajak Seluruh Elemen Rakyat Indonesia Bangkit Melawan Kezaliman Dan Ketidakadilan

Maklumat Merah Putih Ajak Seluruh Elemen Rakyat Indonesia Bangkit Melawan Kezaliman Dan Ketidakadilan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 236 hits
Sebanyak 38 organisasi masyarakat yang tergabung dalam Aliansi Selamatkan Merah Putih telah menyusun naskah Maklumat Merah Putih Presidium dan Jurubicara ASMaPi Edy Mulyadi mengatakan pihaknya telah menyerahkan naskah Maklumat Merah Putih k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan