Formula Asas Mencipta Kejayaan Dalam Perniagaan Di Internet


Saya berpendapat, setiap orang patut mempunyai sekurang-kurangnya satu bisnes internet mereka sendiri.
 
Tak kisahlah, apa bisnes sekalipun, dan dalam apa bidang sekalipun. Sama ada anda memilih untuk menjual perkhidmatan (servis) mahupun ingin menjual produk fizikal.
 
Apa yang penting, mulakan bisnes tersebut secepat mungkin. Kalau boleh mulakan hari ini juga, mulakanlah.
 
Orang yang ada kerjaya sendiri, memang patut ada bisnes sampingan. Setengah orang yang saya jumpa, mereka berpendapat, apabila dah ada kerja tetap dan sudah bekerjaya, mereka dah tak perlu susah payah nak buat bisnes sendiri. Mereka boleh fokus pada kerja sahaja.
 
Saya tak kata pandangan yang mereka pegang itu salah. Cuma saya rasa, pandangan tersebut boleh diperkemaskan lagi. Mungkin mereka ini bimbang, kalau-kalau fokus dan tumpuan mereka terganggu dek kerana bisnes sampingan yang mereka akan jalankan nanti.
 
Itu saya setuju. Kemungkinan tersebut memang mungkin akan berlaku.
 
Bisnes secara online, boleh dijalankan secara separuh masa. Kita tak perlu nak terlalu fokus pada bisnes ini.
 
Ada ketikanya, saya rasa orang yang ada kerjaya yang bagus, kalau mereka boleh luangkan sedikit masa untuk berniaga secara sambilan, mereka ini adalah orang yang sangat beruntung.
 
Kenapa saya kata begitu?

Orang yang sudah ada kerjaya yang mantap, bila dia meniaga, dia tak perlu terlalu bimbang tentang untung. Memanglah, bila kita meniaga ni, kita nak untung. Tapi, orang yang sudah ada pendapatan yang baik, dia tak begitu risau tentang untung, dan tak terlalu fokus pada aspek jana untung semata-mata.
 
Bila dia memberikan sesuatu perkhidmatan, atau menjual sesuatu produk fizikal, apa yang dia pentingkan adalah dari segi
Kualiti produk Kualiti perkhidmatan Kepuasan hati pelanggan  
Apabila ketiga-tiga perkara ini dapat dicapai, pasti pelanggan yang mendapatkan khidmat atau yang membeli produk anda, akan menyumbangkan keuntungan dalam transaksi yang dilakukan.
 
Kita bandingkan dengan usahawan yang berniaga semata-mata sebab nak kejar untung. Ada macam-macam insiden yang boleh berlaku, ketika mana dia ingin mengaut seberapa banyak untung yang boleh.
 
Misalnya,
Barang tak berkualiti tak apa, janji untung Kurangkan kuantiti barang, supaya boleh dapat untung lebih Kalau pelanggan kurang puas hati, kita bagitahu yang dia dapat apa yang dia bayar  
Dalam keadaan ini, untung dijadikan perkara nombor satu. Maklumlah, dari keuntungan itu, dia kena bayar sewa, upah pekerja, modal dan macam-macam lagi kos untuk jalankan perniagaan.
 
Sebaliknya, orang yang dah ada kedudukan kewangan yang baik, dia buat sesuatu bisnes kerana dia betul-betul minat dengan bisnes tu, dia rasa seronok dapat bantu orang, dan dia bukan buat semua ini semata-mata kerana mengejar keuntungan semata-mata.
 
Perkara ini memang agak sukar untuk dijelaskan, lebih-lebih lagi kalau kita nak terangkan kepada orang yang tak pernah langsung buat bisnes. Saya secara personal, juga pernah berada dalam kedua-dua situasi ini.
 
Apa bisnes yang saya pernah buat?
 
Bisnes yang saya pilih adalah dalam bentuk perkhidmatan. Saya menjual kepakaran saya, kepada individu yang berminat untuk dapatkan khidmat saya.
 
Saya tak berapa minat nak jual barang, atau produk fizikal, sebabnya produk fizikal ini lazimnya kita perlukan modal untuk mulakan bisnes. Ataupun kena cari supplier yang boleh berikan sistem dropship.
 
Ok tak apa, itu saya boleh cerita lain kali. Sekarang ini, saya nak cerita situasi dimana saya pilih untuk jual perkhidmatan. Perkhidmatan yang saya tawarkan adalah khidmat menulis artikel advertorial.
 
Biasanya caj yang saya kenakan adalah sekitar RM100 – RM200 untuk servis artikel advertorial yang saya hasilkan. Bagi sesetengah orang, caj ini memang nampak mahal. Tapi, walaupun pada peringkat permulaan, ianya nampak mahal, sebenarnya daripada pelaburan ini, pelanggan saya akan dapat balik pulangan dalam bentuk sales sehingga ribuan ringgit setiap bulan.
 
Saya pernah tawarkan servis ini, pada keadaan dimana saya tak perlukan duit. Saya tawarkan servis penulisan ini sebab saya memang betul-betul seronok nak bantu usahawan lain dapat jana pendapatan dan dapat sales untuk bisnes yang mereka jalankan.
 
Hasilnya, setiap kali saya terima job, saya akan buat dengan bersungguh-sungguh. Walaupun pelanggan saya tu, bayar saya upah RM50 sahaja, saya akan buat kerja seolah-olah saya dibayar upah RM500. In fact, kalaupun saya tak dibayar sebarang upah, saya tetap akan bekerja dan berikan khidmat saya, seolah-olah saya dibayar upah RM1,000 untuk tugasan tersebut.
 
Pada sisi yang lain, saya juga pernah berada dalam keadaan dimana saya sangat perlukan wang. Pada ketika itu, saya perlu seberapa banyak job penulisan yang boleh saya lakukan dalam masa yang singkat.

Pada keadaan tersebut, jika saya dapat tugasan yang dibayar RM50 untuk menulis, saya akan jadi sangat berkira. Saya akan produce hasil kerja yang bernilai RM50 sahaja. Kalau nak servis tambahan dari saya, bayarlah lebih.
 
Pada ketika itu, saya rasa ada sedikit tekanan yang memaksa saya untuk jadi seorang yang berkira. Dengan tak semena-mena, saya perlu berkira soal masa yang saya peruntukkan untuk menulis, kepakaran yang saya perolehi hasil daripada pengalaman saya berkecimpung dalam bidang ini selama bertahun lamanya, dan banyak lagi.
 
Saya jadi seorang yang sangat berkira. Saya tak suka berada dalam keadaan seperti ini, namun saya perlu jadi seperti itu.
 
Berbalik kepada individu yang tak ada masalah kewangan. Apabila dia buat bisnes, dia boleh buat keputusan dengan tenang. Dia tak perlu rasa tertekan apabila jalankan bisnes tersebut. Kalau ditakdirkan, dia terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang suka-suka hati cancel last minute, dia juga tak rasa sakit hati sangat.
 
Apa formula ASAS untuk berjaya dalam perniagaan di internet? Sama ada anda sedar ataupun tidak, saya sebenarnya telah sentuh beberapa formula asas kejayaan dalam perniagaan diinternet, pada awal-awal saya hasilkan penulisan ini.
 
Just in case anda tak berapa perasan, perkara asas yang saya cuba ketengahkan ialah
Memilih produk yang berkualiti untuk diniagakan Memberikan servis yang berkualiti jika memilih bidang perkhidmatan Sentiasa memastikan kepuasan hati pelanggan  
Selagi mana pelanggan masih belum kata, Ya saya puas hati dengan khidmat ini, maka selagi itu, kita kena usahakan lagi dan lagi sampai dia betul-betul kata dia puas hati.
 
Baiklah, itu cerita kalau kita dah ada pelanggan.
 
Bagaimana pula keadaannya kalau kita masih belum ada sebarang pelanggan, dan besar kemungkinan pelanggan kita juga tak tahu tentang kewujudan bisnes yang kita jalankan tu?
 
Persoalan ini timbul apabila saya jalan-jalan di shopping complex. Satu pemandangan yang biasa, ada kedai yang baru buka, dan ada kedai yang dah berniaga untuk setahun atau dua, lepas tu tutup kedai.
 
Saya kira, masa depan sesuatu perniagaan yang ada di mana-mana shopping mall, bergantung kepada prestasi shopping mall itu sendiri menarik pelanggan untuk datang berkunjung ke mall tersebut.
 
Kalau shopping mall tu sentiasa sesak, ada ramai pengunjung, biasanya perniagaan yang ada dalam tu juga akan mendapat tempiasnya. Pengunjung yang keluar masuk dalam shopping mall itu tadi, akan menyumbang kepada pendapatan para peniaga yang berniaga didalamnya.
 
Tapi kalau shopping mall tersebut sendu jer, orang yang datang pun cuma ada berapa kerat sangat, lambat laun pasti kedai-kedai dalam tu akan ada yang terpaksa ditutup, satu per satu.
 
Begitulah juga perniagaan yang kita jalankan secara online. Jika kita jual barang fizikal, kita juga perlu tahu, dimana kita nak letakkan barang-barang dagangan kita.
 
Kalau kita letakkan barangan yang kita nak jual itu, di tempat yang banyak pengunjung, saya yakin, pasti sekurang-kurangnya akan ada satu atau dua barang yang kita jual itu nanti, dibeli oleh pelawat yang mengunjungi laman web tersebut.
 
Saya ambil contoh, jika kita menjual di laman web yang mempunyai trafik yang banyak, misalnya di shopee.

Laman web shopee ini, bolehlah kita umpamakan seperti sebuah shopping complex yang mempunyai banyak pelawat. Kalau anda tumpangkan barang anda di laman web ini, saya pasti, akan ada satu atau dua barang yang anda jual disitu akan mendapat tempahan dari pembeli.
 
Selain tiga perkara yang saya sebutkan sebelum ini, aspek trafik ini juga adalah satu perkara yang tak kurang pentingnya dalam menjalankan perniagaan dalam talian. Jika anda dapat jaga perkara ini, In Shaa Allah, anda juga ada peluang untuk berjaya dalam bisnes secara online.
 
 
The post Formula ASAS mencipta kejayaan dalam perniagaan di internet appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/formula-asas-kejayaan-perniagaan-internet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indeks Aktiviti Perniagaan Zon Eropah Bulan Oktober Lebih Merosot Berbanding Jangkaan

Indeks Aktiviti Perniagaan Zon Eropah Bulan Oktober Lebih Merosot Berbanding Jangkaan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 337 hits
Indeks komposit bagi aktiviti perniagaan dalam industri dan sektor perkhidmatan dari 19 negara zon Eropah pada bulan Oktober jatuh ke tahap bacaan sebanyak 52 7 mata Indeks untuk bulan sebelumnya dicatatkan kepada pada tahap 54 1 mata Secar...
Sm Faliq Dan Chryseis Tan Berkahwin Gabungan Pewaris Empayar Perniagaan Terbesar

Sm Faliq Dan Chryseis Tan Berkahwin Gabungan Pewaris Empayar Perniagaan Terbesar

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 461 hits
SM Faliq Dan Chryseis Tan Berkahwin Gabungan Pewaris Empayar Perniagaan Terbesar Alhamdulillah Berita baik dan menggembirakan Kami kongsikan kisahnya sebagai sebuah cerita yang bahagia Semoga kita juga mendapatkan kebahagiaan seperti itu KU...
Jemputan Terbuka Untuk Usahawan Malaysia Menerokai Peluang Perniagaan Di Taiwan Expo 2018

Jemputan Terbuka Untuk Usahawan Malaysia Menerokai Peluang Perniagaan Di Taiwan Expo 2018

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 352 hits
Taiwan Expo 2018 di Malaysia yang ditunggu tunggu secara rasminya dilancarkan pada hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Pameran 3 hari ini menampilkan 250 gerai daripada 200 syarikat Taiwan dan mempamerkan gabungan produk yang menarik ...
Ahli Perniagaan Mengaku Tak Salah Di Tuduh Palsukan Watikah

Ahli Perniagaan Mengaku Tak Salah Di Tuduh Palsukan Watikah

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 804 hits
SHAH ALAM Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan menipu dan memalsukan watikah pengurniaan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang Tertuduh Wan Yon Ann 34 membuat pengakuan itu sel...
Contoh Idea Perniagaan Dari Rumah Berpotensi Berjaya

Contoh Idea Perniagaan Dari Rumah Berpotensi Berjaya

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 450 hits
Dengan berkembang pesatnya teknologi internet semakin ramai orang menjalankan perniagaan dari rumah Tetapi jikalau ada keinginan saja untuk buat bisnes tetapi tiada ilmu memang mustahil untuk berjaya Di entry kali ini saya akan menerangkan ...
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Boleh Edit

Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Boleh Edit

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 2128 hits
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Boleh Edit Makan gaji dan bayar gaji merupakan dua profesion yang berbeza Bekerja dengan orang atau bekerja atas usaha sendiri Perniagaan yang diusahakan sendiri memang bukan satu proses yang mudah n...
Mengapa Bisnes Online Wajib Daftar Perniagaan Ssm Bermula 2017

Mengapa Bisnes Online Wajib Daftar Perniagaan Ssm Bermula 2017

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 360 hits
Dari hari ke hari kita dapat lihat semakin ramai orang melakukan bisnes online samada melalui Facebook Instagram blog website dan sebagainya Mungkin ramai lagi yang belum mendaftar perniagaan Yelah kalau setakat jual sepasang kasut tu yang ...
Saya Hadiahkan Rosmah Sebuah Bentley Ahli Perniagaan

Saya Hadiahkan Rosmah Sebuah Bentley Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 299 hits
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menerusi temubual dengan sebuah stesen penyiaran berita antarabangsa yang belum disiarkan mendakwa merasuah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya hampir RM300 juta demi mendapatkan kontrak kerajaan Memetik la...
Aor Festival Tonjol Pelbagai Produk Perniagaan Anak Muda Tempatan

Aor Festival Tonjol Pelbagai Produk Perniagaan Anak Muda Tempatan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 360 hits
SIDANG MEDIA KHAS selepas YAB MB Kedah melawat sekitar gerai AOR Festival di tapak letak kereta Balai Seni Alor Setar
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025