Forex Trading Online Fatwa Mana Yang Kata Harus


Masih ramai yang keliru berkenaan status forex trading online ni, ada yang kata harus ada pula yang kata haram.
“Alah bro, nak ikut sangat ke fatwa tu? Itu panduan je kot….Cuba tengok, ada je fatwa kata merokok tu haram, tapi ramai je ustaz merokok?”
Allahu Akbar. Macam-macam orang kita ni.
Jom kita lihat ringkasan yang diambil di FB muamalat.my yang ditulis oleh Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Pakar Muamalat di Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Ahli Jawatankuasa Syariah di Kenanga Investment Bank dan Ahli Lembaga Penasihat di Syarikat Takaful Malaysia.
BACA ; 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja
Updated: 26 Julai 2017
1. Prof Dr Rafiq Yunus al-Misri (2010), “Tijarah al-‘Umlah ‘Ibra al-Internet”, Journal Jami’ah al-Malik ‘Abd al-Aziz: al-Iqtisad al-Islami, j. 23, bil. 1. Keputusan: Hukumnya haram kerana spekulasi yang melampau, berbentuk gambling, dan tidak menepati kaedah sarf sebenar yang dikehendaki oleh Islam, iaitu riba serta penyumbang kepada krisis ekonomi.
2. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “al-Hukm al-Syar’i li al-Tijarah al-‘Umlat Bi Nizam al-Hamisy”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1a. Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada kaedah margin dan laverage yang digunakan dalam FOREX trading online. Kajian ini menganggap semua transaksi berasaskan marjin dan leverage adalah haram kerana terdapat unsur qard yang menghasilkan keuntungan kepada platform dan ini adalah riba. Selain itu tidak berlaku qabd walaupun secara hukmi seperti yang disyaratkan dalam akad sarf.
3. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “Dawabit al-Syar’iyyah li al-Tijarah al-Iliktruniyyah fi al-Umlat al-Dawliyah”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1b. Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada parameter urus niaga forex global secara elektronik. Berasaskan parameter yang diberikan, forex secara dalam talian gagal mematuhi parameter dan garis panduan Syariah kerana berunsur spekulasi sepenuhnya, tidak memenuhi syarat qabd walaupun secara hukmi.
4. Rafik Fakhry Omar Eleri Jones , (2015),”Critical evaluation of the compliance of online Islamic FOREX trading with Islamic principles”, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, Vol. 8 Iss 1 pp. 64 – 84 Keputusan: Kajian ini menilai semua urus niaga FOREX Online yang didakwa Islamic Trading. Penilaian dilakukan mendapati semua yang mendakwa islamic trading itu cuma menukar istilah, tanpa menukar apa-apa kontrak dan urus niaga masih tidak mematuhi kehendak Syariah terutama dalam bab sarf. Bahkan ia lebih jelas kepada bentuk perjudian kerana tahap gharar dan spekulasi yang tinggi
5. DR. MARJAN MUHAMMAD et.al (2011) Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut Syariah. RESEARCH PAPER (No: 24/2011), Kuala Lumpur: ISRA.
Keputusan: Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard, leverage, riba al-nasi’ah, rollover interest, qabd, menjual mata wang yan tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi individual spot forex secara online tidak menepati tuntutan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli mata wang
6. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.
7. Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUIN) No: 28/DSN-MUI/III/2002 tentang Jual Beli Mata Uang (Al-Sharf) Keputusan: Fatwa hanya mengharuskan jika FOREX dilakukan bukan tujuan spekulasi (mengambil untung atas perubahan harga), untuk keperluan, dan berjaga-jaga. Oleh kerana FOREX online adalah tujuannya spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan ini.
8. Fatwa Negeri Perak Tentang Forex Keputusan: Jabatan Mufti Negeri Perak memutuskan FOREX adalah harus jika tidak bertujuan untuk spekulasi. Oleh kerana FOREX ONLINE adalah 100% berbentuk spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan yang disyaratkan itu. Bagi yang menggunakan fatwa perak mengatakan harus, baca baik-baik fatwa dan bandingkan dengan apa yang trader lakukan.
9. Majma’ Fiqh Islami Sedunia Tentang Trade With Margin tahun 2006. Keputusan: Perniagaan dengan margin dan leverage jika melibatkan FOREX, adalah haram dan berunsur riba.
10. Dr Bisyr Muwaffaq Lutfi (2009), al-Tadawul al-Ilikruniki Lil al-‘Umlat. Amman: Dar Al-Nafa’is. Buku ini merupakan tesis master beliau berkenaan forex Online. Versi khas ebook boleh dimuatkan turun di web portal beliau iaitu Iefpedia Pedia. Hasil kajian beliau, didapati forex Online mengandungi unsur haram sama seperti yang disebutkan dalam kajian ISRA (Nombor 5 di atas) kerana faktor trade with margin, roll over, leverage, qabd yang dipertikaikan, dan spekulasi tulen. Buku ini turut memuatkan keburukan dagangan spekulasi mata wang dalam perspektif ekonomi Islam. Bahkan dalam edisi elektronik dimuatkan tambahan berkenaan dengan forex Islamic. Pada kajian beliau forex Islamic pun tidak terlepas daripada unsur haram juga.
Kesimpulan Semua kajian dan fatwa yang berasaskan kajian terperinci menganggap FOREX TRADING ONLINE adalah haram. Bandingkanlah kajian dan fatwa yang pelbagai ini dengan pendapat hanya seorang ustaz kuliah itu yang bercakap tanpa kajian, tanpa ilmu dalam bidang ekonomi dan muamalat. Buat perbandingan dengan hati yang terbuka.
Baca dan sebarkan! Semoga kita dan keluarga terselamat daripada dosa riba dan judi.
Disediakan oleh:
Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah
JSP – Jabatan Syariah dan Pengurusan,
Academy of Islamic Studies
University of Malaya
The post FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus? appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/forex-trading-online-fatwa-mana-yang-kata-harus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat S Pura Harus Ambil Iktibar Penularan Mendadak Korea Selatan Kata Masagos

Rakyat S Pura Harus Ambil Iktibar Penularan Mendadak Korea Selatan Kata Masagos

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 350 hits
SINGAPURA Penularan mendadak virus korona COVID 19 di Korea Selatan harus dijadikan sebagai iktibar bagi seluruh rakyat Singapura kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Sebanyak 231 kes COVID 19 dikaitkan dengan gereja Shinc...
10 Cara Ungkap Rasa Kangen Tanpa Harus Pakai Kata Kangen Cocok Buat Kamu Yang Gengsian Nih

10 Cara Ungkap Rasa Kangen Tanpa Harus Pakai Kata Kangen Cocok Buat Kamu Yang Gengsian Nih

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 467 hits
Daripada malu terang terangan bilang kangen mending dikode pakai kalimat kalimat ini aja
Muncul Usulan Fatwa Si Kaya Harus Nikahi Si Miskin Apa Iya Bisa Putuskan Rantai Kemiskinan

Muncul Usulan Fatwa Si Kaya Harus Nikahi Si Miskin Apa Iya Bisa Putuskan Rantai Kemiskinan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 310 hits
Sebenarnya ide semacam ini mungkin sering banget mampir di benak orang orang Kayak Duh enak banget kali ya kalau aku nikah sama miliuner semua urusanku pasti kelar Padahal nggak sesederhana itu juga
Forex Trading Haram Atau Halal

Forex Trading Haram Atau Halal

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 375 hits
Kita pasti pernah mendengar tentang forex atau dengan nama lain foreign exchange yang bermaksud pertukaran matawang asing Pertukaran matawang dilakukan ketika sesorang mahu ke luar negara dan ingin mendapatkan duit negara tersebut Namun ber...
Jho Low Penipu Kata Pengarah Syarikat Dalam Perbicaraan Najib

Jho Low Penipu Kata Pengarah Syarikat Dalam Perbicaraan Najib

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 235 hits
Rosman Abdullah berkata Jho Low mengarahkan anak syarikat Putrajaya Perdana Permai Binaraya Sdn Bhd memasukkan RM27 juta ke akaun Najib Razak pada 2014 KUALA LUMPUR Pengarah urusan sebuah syarikat yang pernah bekerja dengan Low Taek Jho men...
Sabar Beri Saya Masa Sebelum Keluar Kenyataan Kata Mukhriz

Sabar Beri Saya Masa Sebelum Keluar Kenyataan Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 194 hits
Mukhriz Mahathir melambai kepada media ketika meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar malam ini ALOR SETAR Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir meminta diberikan masa sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung ...
Khalid Samad Buat Tweet Bodoh Kata Netizan

Khalid Samad Buat Tweet Bodoh Kata Netizan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 530 hits
KUALA LUMPUR Kalangan netizen pada Rabu meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad Khalid dalam tweet terbaharunya dilihat terus mendesak agar Tun Dr Mahathir Mohamad menyer...
Cover Daftar Isi Kata Pengantar

Cover Daftar Isi Kata Pengantar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 535 hits
Dedi A SatriadiKumpulan Shalawat Nabi Muhammad SAWFor internal use only KUMPULAN SHALAWATDaftar Isi Daftar Isi I Kata Pengantar V1 SHALAWAT ADRIK ADRIKIYAH SHALAWAT REKES 12 SHALAWAT A DZOM 23 SHALAWAT A DZHOM LII RIJALIL GHOIB 44 SHALAWAT ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah